From The Dekstop of MakCikPC®

Posts Tagged ‘tudung syria’

Isu Sanggul Tinggi – Niat atau Terikut-ikut?

Assalammualaikum,

Latest ni banyak makcikdpt dari emel la…dari fbla…atau dari beberapa blog yang hangatkan isu sanggul tinggi atau diorang panggil pakai tudung ala-ala syrian..makcik pun tak pasti adakah fesyen sanggul tinggi tu berasal dari syria…nak buat kaji selidik amatlah malas sebab tak baper minat nak amik tau….tp bukan itu puncanye makcik nak menulis pasal fesyen tu…tak kisah la ia betul dr negara timur tengah itu tau tak..tp makcik tau dah sanggul tinggi bagi org bertudung ni fesyen camne…

Memang ia nampak comel dan cantik di belakang tudung dan tudung akan nampak beralun jika si pemakai menoleh ke kiri atau ke kanan..mengikut liuk lentok kepala…mmg nampak cantik dan si pemakai nampak ramping… slim huhuhuh….. dan makcik tau ia ada jual sanggul tipu..semata-mata utk nampak tudung tu tertarik tinggi jadi tudung tak kembang sangat…

Tujuan mengikat sanggul tinggi-tinggi ni rasanya bg sesetengah pihak bukan nak mention yg rambut dia panjang rasanya….nak mention pada kaum lelaki especiallynye…sebab kebanyakan yg pakai fesyen gini pun semuanya dah bersuami…makcik tak ckp semua eh…segelintir la…sebab kalau kite nak ckp point sebenar dia nak bgtau kat org yg rambut dia panjang…makcik tak rasa itu sebab utama…..sebab utama dia ialah apabila kita memakai tudung fesyen syria ke…ariani ke…ekin ke..hajaba ke..kalau kite tak buat sanggul tinggi tu..dia akan nampak leper je di belakang..dan maybe kembang sedikit di belakang telinga terus ke bawah bahu…kira mmg nampak triangle la dari belakang…tak comel la..tp once bila tinggikan sanggul tu..belakang tudung akan jadi tertarik sedikit dan  belakang tudung tu akan jadi pendek sikit…ada pulak tu siap pin dgn pin kecik kat belakang tengkuk…lagi menampakkan sosok leher dan bentuk telinga….

Ada juga komen-komen yang makcik dapat bila chatting hal-hal gini..antaranya tak menipu ke bakal suami mcm dia tgk kite bertudung dgn sanggul tinggi tu tapi kita pakai yang tipu punya..(banyak kan skrg jual sanggul palsu ni..mcm rambut palsu gak la) masalah jugak tu…tup tup malam pertama tgk bini rambut pendek ala-ala pengkid gitu…frust menonggeng dah hubby ..sebab antara list dan kriteria wanita idaman dia mestilah berambut panjang hehehhe…jgn la pi cerai pulak bini tu…boleh apa nak dpt rambut panjang..tp kene tunggu masa la sikit kan…tp tak patut gak la si gadis tu..mmg pada mulanya dia takde niat pun nak menipu memakai sanggul palsu tu nak bgtau yg dia berambut panjang kononnya..padahal niat dia nak kasi tudung tu beralun-alun…tp disebabkan sanggul tinggi tu org lelaki bajet rambut si gadis tu mmg panjang gile….huhuhuhu naya kat laki je weh…..

Ada segelintir komen, kalau dah rambut dia panjang nak sorok tang mana rambut tu?panjang camna sekali pun tapi kalau ikat biasa-biasa je ok..ni yg dok peliknye…apa motif nak bersanggul tinggi-tinggi ala-ala org dalam pantang…ikat biasa-biasa dah kan?huhuhuh..ntahla…balik pada tajuk..niat kita memakai tudung…atau mmg terikut-ikut fesyen dan terikut-ikut nak nampakkan tudung tu cantik….tp dah jadi lain kan?

Tapi sebenarnye kita sibuk perbesarkan isu-isu sanggul tinggi ni…sedangkan isu yang tak pernahnya selesai cara bertudung kita di zaman ini…adakah mengikut fesyen semata-mata atau kerana kewajipan sebagai wanita yang memerlukan dia menutup aurat…tp kalau cara bertudung dengan sanggul tinggi itu dia akan kata dia wajib menutup aurat…ermm…fikir dobploh lapan kali gak makcik ni….itu belum lagi bertudung tp nampak pusat huhuhuhuh….isu sensitif……makcik cuma menulis demi kebaikan bersama.Dalam waktu yang sama makcik masih belajar untuk memperbaiki diri.Fikir-fikirkan la….

Pic googled

Pic ehsan dari Kosmo.com.my

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223-.


Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” HADITH RIWAYAT MUSLIM – Hadith no 212-



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.