From The Dekstop of MakCikPC®

Posts Tagged ‘tnb’

Kerja kosong dekat company api

Assalamualaikum,

Pada sesiapa nak mencuba atau masih tercari-cari kerjaya yang di impikan tu boleh la mencuba jawatan Juruteknik ni..dia  untuk jawatan tetap tau..bukan kontrak. Borang boleh download kat sini –> Apply!

Basic gaji bagi technician ni RM1250.00 tidak termasuk elaun-elaun tetap yang lain.

Syarat-syarat seperti di bawah:-

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa / Elektronik / Kawalan & Instrumen) dari Politeknik atau institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan mendapat CGPA 3.00 dan ke atas DAN
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)  (SPM/SPMV) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus dalam matapelajaran berikut:
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
  • Umur tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010
  • Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna
  • Berkebolehan menggunakan komputer
  • Sanggup ditempatkan di mana-mana negeri seluruh Semenanjung Malaysia
  • Keutamaan adalah kepada calon lelaki

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki memohon secara ‘on-line’.
Sila layari http://emadis.tnb.com.my/

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui URL di atas tidak akan dilayan.

Tarikh Tutup: 15 Oktober 2010

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Pengurus Besar (Pengurusan Sumber Manusia & Perkhidmatan Pentadbiran)
Bahagian Penghantaran
Tenaga Nasional Berhad
Aras 5, Lobi 1
Bangunan Crystal Plaza, Jalan 51A/223
46100 Petaling Jaya, Selangor

Tel: 03- 7948 2410  / 7948 2412 / 7948 2413 / 7948 2415 atau

Emel: Puan Fauziah Abdul Aziz: fauziahab@tnb.com.my / Cik Nurul Anis Hanafi: nurulanish@tnb.com.my

Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Penempatan

Calon calon yang berjaya akan ditempatkan di Bahagian Penghantaran, Bahagian Pembahagian, Bahagian Penjanaan, Bahagian Perkhidmatan Korporat, Bahagian Hal Ehwal Korporat dan Bahagian ICT di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kongsi Cerita

Pergi jua Suraya….

Assalammualaikum,

Pagi tadi boleh di katakan hampir seluruh staff pergi menziarah salah seorang rakan sekerja makcik yang baru sahaja kehilangan anak bongsu yang selalu dimanjainya itu. Arwah sememangnya nampak manja dan dari pandangan makcik dia kurang aktif berbanding kana-kanak sebaya dia. Dan dia selalu terlentok di bahu ibu dia tatkala waktu pagi makcik bertembung dengan ibu dia di mesin punchcard. Bila di agah arwah akan memandang kosong dan kadang-kadang tak selesa dengan agahan makcik. Arwah sedikit “memilih orang” untuk bermain agah-agah walaupun makcik sudah banyak kali berjumpa dengan arwah. Bulan pertama Arissa di nursery Anakkucomel tu pun arwah masih ada, dia berada dalam batch arissa.Batch untuk stage babies.

Sebelum arwah di pindahkan ke PPUM, makcik sempat ziarah selepas tahu arwah di masukkan ke KMC disebab kuning pada mulanya. Tiba di KMC ibu arwah kata doktor pun tak dapat kesan lagi puncanya. Arwah masa tu kelihatan releks dan seoloah-olah tiada perasaan. Tengok kartun pun tiada perasaan. Bola mata arwah memang ada sedikit kuning, perutnya juga membuncit.  setiap hari doktor akan mengambil sample darah,najis dan air kencing untuk trace sakit apa yang jadi kat arwah ni. Pagi nya makcik ziarah, petang tu dapat berita arwah dah dipindahkan ke PPUM, dan kami hanya menunggu berita jauh. Antara kronologikalnya perkembangan arwah yang tak berkembang dengan postifi ialah “suraya dah tak larat nak menangis mengelak di rawat oleh nurse dan doktor, dia seolah-olah redha je nurse dengan doktor nak buat apa kat dia”, “suraya kene masuk icu,hatinya rosak” dan berita terkini diterima “suraya telah kembali ke Rahmatullah disebabkan Hepatitis pada Selasa 17 Ogos 2010 @ 9.53″, dan ibunya sendiri tak sempat mendermakan hati,hati arwah rosak teruk dan mungkin merebak ke organ-organ lain.

Suraya, kanak-kanak 2 tahun itu , menjadi kupu-kupu menghiasi syurga kini dan menanti ibu bapanya. Tabahkan hati. Al-Fatihah buat arwah Suraya…..Amin….

Suraya
Sepertimana kau dan mentari
Pengemis ini meminta
Serangakaian cahaya
Hatimu Suraya

Suraya
Bentangkan sinaranmu di sini
Lembah hatiku gelita
Rinduku tiada terhingga
Padamu Suraya

Kadangkala
Perkataan hanya
Merungsingkan sahaja
Kelu tak berbahasa

Hanya lilin hidupku menyala
Dan mengapa
Berkali ku biarkannya
Datang dan pergi semula
Semakin lama

Oh.. Suraya
Suatu masa
Dulu ke bahagia
Walaupun seketika
Kumasih percaya
Dirimu Suraya

Kongsi Cerita

In Hibernation Mood!

Assalammualaikum,

I’m in hibernation mood! Terlalu banyak kerja kat ofis yang pending selepas 5 hari tak datang keje , makcik sibuk dengan team building di temerloh untuk persiapan semangat sebelum menghadapi sukan teknikal di kl,lepas tu makcik berada di kl pula sebagai peserta sukan teknikal atas tiket acara melakar “safety at work poster n safety for public poster”. Kalau orang luar dalam company makcik keje ni mesti confuse apakah itu sukan teknikal. Makcik malas la nak hurai kat sini, satu je yang boleh makcik terangkan sukan teknikal ni bukan sukan yang ada acara bola sepak ke futsal ke atau bola jaring tu semua.

Ok , pertandingan kali ni nasib masih tak menyebelahi makcik, erm nasib ke?ke kreativiti?ntah la..korang tgk poster ni korang nilai la sendiri,nak kata top 3 pun tak, satu-satunya poster makcik yang tidak “berbingkai gambar”!, dah la acara poster ni acara baru, tahun-tahun lepas memang takde acara ini, then pengurus / ketua kontinjen pun tak mention kat makcik kene buat frame, sebab dalam syarat dia hanya tulis “setiap poster perlu mempunyai frame” makcik ingat frame kat poster tu, bukan photo frame, memang tak terlintas pun pasal photo frame ni, sehinggakan satu kontinjen pun tak mention n perasan yang poster ni perlu frame, sekali masa hantar poster n daftar nama, orang lainnye poster semua berframe mcm frame gambar tu, tp urusetia kata syarat frame tu dah di gugurkan sebab ramai tak faham, so takde frame tu tak salah, cuma cara nak present tu la nampak tak cantik, diorang just tampal dengan kat dinding menggunakan masking tape, dalam 13 team yang hantar poster tu, poster makcik je tak frame huhuhuh time tu dah down sebab memang rasa takde can la nak menang..huhuh takpela, think positive, adat bertanding,ada kalah ada menang, n next time makcik buat cantik-cantik!!!

Layankan 2 ketul poster hasil idea makcik, sambil di tacap-tacap sikit team makcik.(diorang tacap pakai air liur!!!)

Poster bawah ni makcik nak masukkan under kategori individu , tp dalam surat kata dah tutup tarikh dia, tp bila pergi masa antar untuk kategori berkumpulan (2org je 1 kumpulan) urusetia kata dia on balik ketegori terbuka tu…aiseh….nyesal tk print…tak sempat dah kalau makcik nak print pun huhuhuhuh…



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.