Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum,
Sempena cuti Diwali parents makcik turun ke Kuantan! Ikutkan makcik dah bagitahu tak perlu la susah-susah datang sini sebab sabtu minggu depan nak balik Kl sempena cuti Raya Haji nanti. Tapi diorang nak juga datang, nak tengok cucu di samping jalan-jalan di Kuantan.
Makcik pun tak boleh nak balik kl masa cuti di wali ni sebab mr.hubby kene keje. Jadi makcik la yang kene jadi “tour guide” sepanjang parents makcik ada di sini.

Sambal sotong
Masakan hari ni pun takda la special mana sebab gerai yang jual ikan yang biasa makcik beli tu tak bukak pulak. Jadi masak je la apa yang ada kat rumah tu. Huhuhuhuh..

Sup Ayam
Dan ada ikan goreng..udang goreng kunyit …dan ikan masin bulu ayam.
Kongsi Cerita
Assalamualaikum,
Cuti 2 hari ni, tanpa mr hubby di sisi sebab dia shift siang (6pg-6ptg) di gunakan sebaik mungkin, kalau mr hubby ada konfem kite kuar town kan?Heheheheh…tak tau cari apa sebab semua Alhamdulillah untuk raya dah setel sebelum puasa dan yang sikit-sikit dah setle awal ramadhan hari tu, maybe tudung makcik dan stokin renda-renda arissa..gediknye arissa nak stokin renda-renda, hehhe stokin renda-renda tu untuk di pakai dengan baju kurung nanti, stokin lain memang arissa dah ada dan banyak tapi kebanyakkannya jenis sporty socks. Untuk pakaian raya boleh tak makcik tak beli lagi tudung? Aritu dah pergi Ariani, semuanya tudung size mini, tak berkenan laaa, punya la ramai orang lepas tu dah la ariani kuantan ni kecik. Makcik rasa kalau nak size tudung besar sesuai kat hajaba kot?Tak masuk lagi hajaba. Memang kene cari tudung 1 sebab baju raya makcik ni kaler yang memang makcik takda sebelum ni dan takde tudung yang matching dengan baju tu. Tu je la pun yang tak cukup lagi untuk raya ni. 
Semalam siap dah cuci kipas, basuh toilet bilik depan. Dan semalam sempat masak lauk-lauk ni untuk berbuka dan puding karamel salah satu sebab nak habiskan stok telur. Sebab awal-awal puasa ari tu mr.hubby pergi beli telur satu sarang punyerla banyak tak tahu nak buat apa, makcik buat la sardine roll. telur dadar untuk bersahur, dan puding karamel. Sekarang tinggal 20 biji telur semua.

Lepas tu masak ni,siakap 3 rasa, kerat-kerat la pulak,senang nak simpan sikit utk buat sahur. Lepas tu buat sayur campur, semuanya tujuan nak habiskan stok dalam peti ais tu.

Dan yang ini menu untuk ammar, diorang ni semalam makan nasik 3 kali, Ammar yang dah 4 tahun ni belum start puasa lagi, baru di tarbiyah kan, tapi dia belum mula mengamalkan. Ada hari tu kitorang cuba tahan dia makan, tp sampai tengahari dia dah minta air. Takpala, cuba tahun depan ye Ammar. Jadi seronok sangat tengok diorang makan makcik buat sup ayam+kentang+karot+soohoon sikit. Ada soohoon lagi berselera diorang ni makan.

Kongsi Cerita