From The Dekstop of MakCikPC®

Posts Tagged ‘puasa’

Persediaan Berbuka Puasa

Assalammualaikum,

Puasa tahun ni nampaknya macam mencabar sikit berbanding tahun lepas. Waaa bunyinya macam gempak je cabaran yang bakal di tempuhi. Hmmpp…cabaran la sangat. Sebenarnya ada perbezaan antara tahun lepas dengan tahun ni dari segi masakan untuk berbuka dan bersahur. Tahun lepas cuma 2 kali je makcik tak masak lauk pauk untuk berbuka dan bersahur. Satu sebab Arissa meragam dan makcik rasa macam nak demam, satu lagi keluar bershopping untuk persediaan hari raya. Boleh masak sebegitu sebab nya makcik dalam bercuti bersalin. Dan yang bestnya tahun lepas makcik dapat berpuasa penuh. Pada hari ke 21 berpantang makcik dah boleh solat dan berpuasa dan hari ke 21 tu juga la bermulanya 1 Ramadhan 1430H. Jadinya memang boleh la kan nak masak sebab pukul 12 tengahari je makcik sediakan “raw material” untuk memasak, pukul 4 ptg “raw material” tersebut sedia untuk di campak dalam kuali, lepas je masak boleh mandikan Arissa dan Ammar. Makcik masa tu pun berpantang sesorang. Sampai minggu ke-3 je, lagi beberapa hari nak puasa tu mak makcik dah pulang semula ke KL, MIL sempat jaga umur Arissa seminggu pertama. Selepas tu makcik la jaga diri sendiri. Dah memasak pada hari ke-21!!!!Tapi masa ni masih berstokin bagai lagi la. Cuma mencabarnya waktu berbuka makcik dapat perhati je Mr.Hubby berbuka dengan air tebu sejuk2 tu…kadang-kadang sirap bandung, adehhhh sabar je la. Makcik cuma boleh minum air suam dan makan lauk pantang je..bakar-bakar semua tu. Tapi makcik boleh tahan tu semua, demi badan sendiri huhuhuhuh. Cuma terpaksa la bangun memasak dan menguruskan Ammar dan Arissa yang masa tu baru sebulan umur dia.

Tahun ni ntah la. Dapat ke masak macam tahun-tahun lepas, sebab dah kerja, balik kerja pun pukul 4.45, awal ke?Sampai rumah dah pukul 5.30. Nak melayan 2 orang drama king dan drama queen tu lagi. Bukan boleh tengok makcik kat dapur. Ada saja yang di mintanya. Mengenangkan macam “rushing” je nak masak tu semua Mr.Hubby ada cadangkan supaya nak ke dia beli lauk kat cafe dia? Erm, makcik ni kalau boleh nak elakkan lauk-pauk baik di param atau di mana-mana. Takut la akan kebersihan dia. Dulu – dulu dah kena sampai 2 hari terkena diarrhea. Jadi nak cepat makcik prepare awal-awal antara yang penting seperti di bawah ni. Cili kering kisar harus ada untuk stok seminggu dan bawang merah dan bawang putih yang siap di kupas untuk stok seminggu. Sekurang-kurangnya dah jimat masa di situ.

Ok la selamat berbuka puasa pada semua pembaca blog makcik. Jangan tamak-tamak kalau membeli di param tu. Semua tu nafsu je. Berpuasa salah satunya mengajar kita mengenang golongan yang kurang bernasib baik. Golongan yang susah nak mendapat makanan. Renung-renungkan la bagaimana saudara seislam kita di Palestine yang sengsara tu. Lagi satu nikmatnye berbuka puasa sesuap nasi tu pun sudah mengenyangkan. Ingat tu, berhenti sebelum kenyang. Pada yang nak kuruskan badan tu, boleh la selitkan sikit disipilin dalam pengambilan makanan ni. Makcik dah try, memang kita boleh ikut kalau kite dah biasa mendisiplinkan diri iaitu “berhenti makan sebelum kenyang”. Boleh punya. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Ok! Love!

Pic atas ni takda kena mengena dengan persedian pose, cuma sesekali melanggar pantang diet, katanya si Ammar yang request kek coklat, makcik tumpang semulut tapi tambah sikit dengan aiskirm. Pic untuk menggoda kamu-kamu yang sedang berpuasa heheheeeheh

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.