May
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum,
Terlambat sedikit kali ni untuk update blog. Sampai sahaja di Kuantan makcik terlalu sibuk dengan kerja-kerja rumah dan kerja-kerja di pejabat yang sememangnya tak pernah nak siap. Makin laju kita kosongkan in-tray kita makin banyak pula work load yang masuk. Disampin tu terpaksa pula terlibat dengan sukan teknikal sekali lagi. Kalau tahun lepas kena buat poster kali ni kene buat video pula.
Kali ni nak update kisah balik kampung hari tu. Cuti yang singkat kami ambil kesempatan untuk bawa anak-anak pergi mandi-manda kat Pantai Pengkalan Badak je. Pergi pada 1 mei tu la.Dari pagi makcik dah sibuk di dapur tolong mertua menyediakan juadah untuk berkelah. Macam-macam la di bawanya.
Tengok la gambar-gambar ni semua ya. Gambar boleh menceritakan segala-galanya.










































































