From The Dekstop of MakCikPC®

Posts Tagged ‘PELITAWANIS’

Jom bermesra…

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,

Majlis ni dijalankan pada hari Jumaat yang lepas. Tapi baru ni berkesempatan nak cerita dalam blog. Gambar nak muatnaik disini pun terlalu banyak. Jadi gambar-gambar terpilih sahajalah yang dipamerkan disini ya.

Sebelum majlis ni berlangsung, makcik antara orang yang sibuk menjalankan kerja-kerja amal tanpa menuntut lebihmasa. Bukan nak cerita kebaikan, tapi kerja-kerja persatuan memang tak berpeluang la nak buat lebihmasa dan tidak dibenarkan sama sekali. Kerja-kerja persatuan adalah kerja-kerja amal dan sukarela je. Makcik terlibat dalam penyediaan poster, merekabentuk banner, promosi, penyediaan slide tayangan video, pemilihan lagu bagi aktiviti yang berlangsung sepanjang masa serta “poyographer” tak bertauliah termasuklah menjadi model bidan terjun bagi pakaian seragam rasmi persatuan.

Biarlah gambar menceritakan segalanya ye.

Poster yang direka dalam keadaan “last minute”

 

Banner pun mengalami nasib yang sama, hari tu nak hantar kedai, hari tu juga buat.

Semua sedang kusyuk menonton slide tayang video (Lagu shakira – waka waka :P )

Datin macam berpuashati je dengan video yang makcik buat huhuhuhu

Hadiah futsal yang dah basi. Sebenarnya hadiah tu dapat dalam bentuk wang tunai. Tapi tak tahu nak buat apa dengan wang tunai tu. Mengambil keputusan yang lama untuk memutuskan nak buat apa dengan wang tunai tersebut.

Pakaian seragam kami yang baru!!!!

 

Kongsi Cerita

AGM & Dinner Pelitawanis Journal – Bangsar KL

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,

Lupa dah bila pergi dinner ni hehehehe….rasanya awal bulan 3 ari tu. See! Baru nak hapdet. Letihnya pergi sini sebab kene bertugas amik gambar. Sudahnye gambar makcik ada la sekeping dua.

Geng-geng Kuantan pulak tu kene buat show . Tema dinner hari tu lebih urng tradisional. la.  Esoknya ada meeting, yang bestnya cawangan Kuantan dapat no.3 cemerlang seluruh Malaysia. Diorang judge melalui buku laporan yang setiap cawangan dari seluruh Malaysia hantar. Lagi rasa terharu ialah cover buku laporan makcik sendiri design. Pastu gi tempah untuk proses jilid.

layan pic…

Artis jemputan malam tu..

yang kaler hijau tu hasil kerastangan makcik ;P

 

 

 

Kongsi Cerita

Open House best setiap tahun!

Assalamualaikum,

Setiap tahun majlis mesra aidilfitri peringkat negeri la yang paling di tunggu-tunggu. Bukan sebab menu nya yang bermacam-macam. Sebab glamour nya berpakaian raya heheheeheheh. Masing-masing akan mengenakan sut hari raya. Yang lelaki melayu,cina dan india akan mengenakan sut baju melayu. Seronok tengok kaum lain mengenakan baju melayu..1 Malaysia gituuuuuu. Dan kali ni baju nikah mr.hubby jadi mangsa untuk bos makcik chinese tu. Dia tinggi lebih kurang je dengan mr hubby cuma dia lagi sekeping. Tapi tadi tengok ok la sikit cuma bahu ada sikit jatuh. Beriya betul siap bersampin bagai. Memang 90% staff lelaki akan mengenakan sut baju melayu siap bersampin.

Macam biasa juga makcik kene bertugas. Orang lain sibuk makanmakcik sibuk dengan anak-anak yatim. Kena ushered dan pegang dulang berisi sumbangan anak yatim tapi kali ni takda dulang. Bila dah setel nak pergi makan..huhuhu banyak la yang dah licin. Takpa la. Lagipun makcik kene control makan ngeh ngeh ngeh.

Gambar?memang tak bawa kamera sebab tangan dah asyik pegang duit raya anak-anak yatim. Lepas tu kehulu hilir dengan anak yatim. Takde masa la nak menembak – nembak. Di tembak itu banyak. Jadi kene tunggu minggu depan la makcik update semula entri ni dengan gambar-gambar.

Dari pagi dah menyibukkan diri dengan krew rojak buah dari PELITAWANIS, makcik pulak kene ambil gambari bahan untuk buletin dan Tenagawan. Menembak-nembak persiapan banyak la sebab makcik ni dah terlibat macam orang “media” pulak. Gila tamak haloba semua keje nak buat.  Ada pun ni je la sekeping gambar. Pagi tadi masa sibuk-sibuk mengupas buah.



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.