From The Dekstop of MakCikPC®

Posts Tagged ‘Bukit Gambang Waterpark’

Hari Keluarga di Gambang Waterpark

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,

Sebenarnya makcik ni dah dekat 2 minggu demam on-off dan Alhamdulillah sekarang demam dah surut, cuma batuk tak henti-henti. Selepas ambil antibiotik baru la terasa kurang sikit. Bila malam yang tak tahan tu. Bila sedut udara malam yang sejuk mesti terbatuk-batuk. Kalau keluar malam untuk makan-makan mesti tak tahan asyik terbatuk-batuk.Sebelum batuk tu makcik dah sengsara dengan selsema. Allah!Dekat pejabat dengan penghawa dinginnya sehingga 21 darjah celcius. Nak bercakap pun susah, jadi sengau sekejap. Lepas tu seminggu juga la bawa Vicks ke pejabat, Sikit-sikit tekup hidung dengab botol Vicks. Tu belum berapa kali lari ke tandas untuk menghembus.

Makanya, aktiviti hari keluarga syarikat pun jadi tak berapa seronok, makcik dengan Arissa sama-sama selsema dan batuk, bila berendam je dalam air mula rasa macam sesak nafas dan terbatuk-batuk sebab sejuk. Arissa pun menunjukkan rasa tak berapa minat nak berendam. Mungkin mengalami rasa yang sama macam makcik rasa.

Abang Ammar je yang beria main slide dan mandi dia pantai buatan tu. Samapi kene turut la ajak balik.  Makcik dah semakin tak larat. Asyik pening dan rasa sakit kepala macam migrain. Jadi gambar semua takda yang best. Mood untuk bergembira semakin berkurangan dek kerana terasa lemah sentiasa. Yela baru baik dari demam macam ni la.

Nak bergambar pun tiada berperasaan. Ini sahaja gambar yang ada.

 

 

Kongsi Cerita

Bukit Gambang Resort City Journal – April

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,

:D Sepatutnya entri ini dikarang sebelum entri Sg Lembing. Disebabkan idea untuk mengarang entri Sg Lembing lagi mudah, maka entri Gambang ni di keluarkan selepas tu.

Kali terkahir pergi ke Gambang semasa cuti sekolah sekitar Mac bulan lepas, Selepas tu menjejaki semula ke taman tema air ini sekitar 2 minggu lepas. Gila lama baru nak update. Kali ni perancangan di buat secara tak terancang. Jumaat mula buat tempahan Caribbean Suite tu. Sabtu check-in .Dapat bilik jenis family suite 2 hari 1 malam 3 kali makan huhuhu. Gemuk!~ T_T.

Best gak carribean suite ni. Ada mini funfair kat blok N1, jeja untuk pool berlambak-lambak, main seframe dengan MR.Hubby,K–Box pun ada. Nak habiskan masa layan la sejam. Mahal!Sebab kawasan perlancongan kot. Sejam RM30.00. Swimming pool besar dan luas. Tapi takleh lawan water theme park dia heheheeheh.

Nak rehat-rehat fikiran okla kot.

Apa yang main tak puas kat Gambang  ni sungai yg keliling theme park tu Glacier River. Separuh sungai tu ada ombak setinggi 1.5meter.Kalau mandi kat sungai ni mesti 2-3 kali la. Syok dok atas pelampung layan ombak heheheh.

Ok. Layan pic la

Kongsi Cerita

Gambang Waterpark Journal – Cuti Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,

Kali ni cerita dah basi masa cuti sekolah ari tu.M.I.L dari Seremban dah plan nak bertandang ke rumah makcik, dah lama dia tak datang sini. Hari sebelum m.i.l nak datang tu macam biasa mrs. make-sure-all-place-is-clean (makcik le tu) akan cari kat mana slek nye rumah ni. Habis semua lantai mop , bilik air yang dah bersih..dibersihkan lagi huhuhuhuh. Macam nak sambut raya!Hari m.i.l datang time makcik kerja, mr.hubby pulak kerja juga jadi tiada siapa la nak ambil m.i.l dari terminal bas tu memandangkan f.i.l tak ikut, adik ipar pun tak ikut kerana plan asal dia nak drive bawa m.i.l ke Kuantan. Sudahnya m.i.l dengan anak buah sorang tu je la yang datang Sebagai menantu yang baik (heheheheh) makcik la pergi ambil mil di terminal dan bawa ke ofis sementara tunggu waktu ofis habis. Ala..adala dalam sejam lagi. Bawa mil solat asar dulu semua. Baru la boleh balik.

Hari pertama m.i.l di rumah makcik masih kerja kerana tak sempat nak mohon cuti mil pun datang lebih awal dari jangkaan. Otomatik mil jadi bbsitter kepada Ammar dan Arissa heeheheh. Hari kedua cuma jalan-jalan di bandar. Biasa-biasa je.  Cuma malam ru adik ipar yag lelaki baru sampai dari seremban sebab teringin nak ke Gambang Waterpark. Jadi hari rabu tu ke mandi-manda di Gambang Water Park la. Setakat ni pergi kali kedua dah.

Tengok cuaca macam mendung je sebab Kuantan masa tu mendung..tapi bila time mandi kat gambang tu peritnye la rasa panas dia. Sehari lepas tu rasakan hazab kulit muka sunburn uhuhuhu…Arissa paling kesian sebab dia paling byk terdedah dengan aktiviti outdoor…baru nak cerah, gelap balik…abang Ammar je menten putih jambu. Takpela Arissa ye. Janji menten comei.

Gambang waterpark ni memang best nak nak sungai yang mengeliling park tu ada ombak setinggi 1.5 meter. Memang layan la..Arissa boleh terlena lagi atas pelampung.

layan pic pulak

 



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.