Jul
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum,
Sebenarnya makcik ni dah dekat 2 minggu demam on-off dan Alhamdulillah sekarang demam dah surut, cuma batuk tak henti-henti. Selepas ambil antibiotik baru la terasa kurang sikit. Bila malam yang tak tahan tu. Bila sedut udara malam yang sejuk mesti terbatuk-batuk. Kalau keluar malam untuk makan-makan mesti tak tahan asyik terbatuk-batuk.Sebelum batuk tu makcik dah sengsara dengan selsema. Allah!Dekat pejabat dengan penghawa dinginnya sehingga 21 darjah celcius. Nak bercakap pun susah, jadi sengau sekejap. Lepas tu seminggu juga la bawa Vicks ke pejabat, Sikit-sikit tekup hidung dengab botol Vicks. Tu belum berapa kali lari ke tandas untuk menghembus.
Makanya, aktiviti hari keluarga syarikat pun jadi tak berapa seronok, makcik dengan Arissa sama-sama selsema dan batuk, bila berendam je dalam air mula rasa macam sesak nafas dan terbatuk-batuk sebab sejuk. Arissa pun menunjukkan rasa tak berapa minat nak berendam. Mungkin mengalami rasa yang sama macam makcik rasa.
Abang Ammar je yang beria main slide dan mandi dia pantai buatan tu. Samapi kene turut la ajak balik. Makcik dah semakin tak larat. Asyik pening dan rasa sakit kepala macam migrain. Jadi gambar semua takda yang best. Mood untuk bergembira semakin berkurangan dek kerana terasa lemah sentiasa. Yela baru baik dari demam macam ni la.
Nak bergambar pun tiada berperasaan. Ini sahaja gambar yang ada.
Kongsi Cerita



































