From The Dekstop of MakCikPC®

Posts Tagged ‘bubur bayi’

Resepi Bubur Bayi 6-7 bulan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,

Kalau entri yang lepas makcik tulis ringkas je kisah bubur bayi , tapi kali ni makcik detailkan ye seiring perkembangan Ariq. Ariq skrg dah hampir 7 bulan. Masa umur dia mencecah 6 bulan makcik mula kenalkan dia dengan makanan pejal ataupun bubur.

Memandangkan komen-komen di entri bubur bayi yang lepas nampak mcm-mcm kemusyikilannya. Ok kali ni makcik share untuk yang 6-7 bulan pertama dulu ye.

Untuk permulaan makanan pejal makcik akan buat bubur nasi kosong je. Tanpa apa-apa campuran bagi mevariasikan rasa dan tekstur kerana bayi waktu ini baru mengenal makanan pejal yang masuk dan kena pada tunas rasa lidah bayi,.

Resepi Bubur Pertama Bayi 6 bulan

Sejemput beras ( dicuci bersih)

Air bersih – 2 cawan

Cara-cara:-

Beras di campur dengan air dan dimasak di atas api yang sederhana. (makcikpakai rice cooker) Biar kan nasi kembang dan lembut.

Kisar nasi yang telah di masak. Kisar halus. Suapkan ke mulut bayi.

Untuk waktu ini, saya beri dia mkn 3 kali sehari.setiap kali waktu makan jumlah potion adalah anggaran 2-3 sudu besar. Suap kemulut bayi menggunakan sudu dan mangkuk khas untuk baby. Semua alatan yang digunakan untuk menyuap bayi perlu disteril.

Gambar di bawah untuk bubur yang dah ditambah dengan lobak merah.Bubur seperti ni saya beri pada Ariq sekarang yang sudah hampiur mencecah usia 7 bulan,

 

 

Kongsi Cerita

Resepi Makanan Bayi 6-12 bulan

Assslammualaikum,

Nak kata terrer sgt prepare food utk arissa ni takde la..cuma since dia ni suka makan bubur compare to cereal segera dr supermarket atau ready-made-porridge from mcD tu yang makcik jadi seronok masak bubur utk arissa tu…seronok nak fikir resepi apa eh bagi arissa makin selera…n makin gumuks…makan-makan-makan je keje dia….pic takde la ye…just resepi je..sebab mmg tak sempat nak snap pic…makcik masak semua bubur ni menggunakan rice cooker.puas hati…nasi tak cepat kering….

1.Bubur Ayam Berkeju

Isi Ayam 2-3 ketul (hahahaa makcik tak pandai sukat)

Beras segenggam

Sekeping cheese brand cheesedale

Air 3 cawan (air berlebihan supaya dpt nasi yang betul2 masak…

Cara-cara masak;

Basuh beras sebersih-bersihnya,masukkan 3 cawan air, masuk kan ayam dan masak menggunakan rice coocer, apa bila nasi masak dan semakin likat…bukan hampir kering tau…dia jadi cam bubur lambuk tu…masukkan cheese..gaul gaul….wangi gile bubur tu nanti…sedia utk suap ke mulut si manja anda……

2. Bubur Brocoli Shrek

Apsal nama shrek?sebab kaler dia hijo mcm shrek nanti heheheeh

Bahan-bahan,

Beras segenggam

Sayur brocoli 3-4 pokok( ko ingat pokok brocoli yg mana?)byk gile nak bg perut si kecik tu mkn..pokok kecik -kecik tu la…aku pun tak tau nak panggil apa ….selalu kite beli dia seketul kan?hah pastu ko belah belah la dpt pokok-pokok besar thumbdrive tu…

Ikan bilis 5-6 ekor (dibersihkan..di rendam utk ilangkan masin dia)

Air 3 cawan (air berlebihan supaya dpt nasi yang betul2 masak…

Cara-cara memasak;

Basuh beras sebersih-bersihnya,masukkan 3 cawan air,brocoli yg telah di bersihkan boleh di campak dalam periuk bersama nasi, kemudian masukkan ikan bilis dan masak gunakan rice cooker.Siap!!

3.Bubur Ala-ala nasi ayam

Bahan-bahan;

Beras segenggam

Air 3 cawan (air berlebihan supaya dpt nasi yang betul2 masak…

Sup Ayam berserta ayam (ni kene prepare berasingan)

Kentang sebiji, carrot setengah biji (di hiris-hiris)

Cara-cara;

Masak nasi bersama 3 cawan air,carrot dan kentang sehingga hampir kering, curahkan sup ayam bersama isi ayam kemudian biarkan ia likat. Bau dia nanti mcm bau nasi ayam yg lembik…sedap woo….

4.Bubur fish ‘n’ cip

Bahan-bahannya;

Beras segenggam

Air 3 cawan (air berlebihan supaya dpt nasi yang betul2 masak…

Ikan merah/tuna/tenggiri setengah ketul

Fries yang belum di goreng dicuci sebersih-bersihnya utk menghilangkan baha perisa yg melekat kat fries tu

Cara-cara;

Masak nasi bersama 3 cawan air,ikan dan fries kemudian biarkan ia likat.Sedia utk di suap ke mulut si manja anda.

 

Buat masa ni..ini je yg ingat…nanti ada masa tambah lagi eh resepi.Selamat mencuba!



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.