Aug
Assalammualaikum,
Tajuk semacam je, karang habis la semua peniaga di pasar/bazar ramadhan suruh makcik buat kenyataan maaf pula. Hmmp, sebenarnya bukan boikot apa pun, cuma untuk sabtu dan ahad baru-baru ni makcik tak pergi pun param* sebab nak masak sendiri. Hehehe sebenarnya (sekali lagi) hari ahad je pun yang masaknya. Hari sabtu berbuka di luar sebab sibuk pra-shopping raya. Wa, shopping pun ada peringkat-peringkat dia juga ya. Jadi para peniaga di pasar/bazar ramadhan jangan susah hati atau terasa, makcik masih membeli lagi di param untuk hari-hari bekerja kerana khuatir rushing sangat sebab waktu habis bekerja pun pukul 4.45, hari jumaat lagi la balik macam biasa pukul 5. Tak dapat balik awal pun.Kesian. Asal petang di bulan Ramadhan jem akan menjadi luarbiasa. Semua tertumpu ke bazar/pasat ramadhan barangkali. Hah,cerita pasal param ni,aduhai,semua makanan naik harga ye?Semua boleh di katakan naik RM0.50. Teruk betul la. Murtabak susah dah nak cari yang RM2.50. Semuanya RM3.00., tulis murtabak daging/ayam, tapi bila makan rasa macam murtabak kentang.Mana ntah daging dan ayamnya. Sadis sungguh. Roti john pun macam tu juga, yang kecik saiz hotdog kat stall-stall burger jual tu RM3.00 ringgit juga. Tu belum nasi ayam,nasi kerabu,nasi tomato semua nya rm4.50, susah dah nak jumpa RM3.50. Kalau ada pun ayam dia ciput sangat. Ammar pun tak cukup. Dasyat betul kan?Tapi dah takda pilihan. Berbuka perlu diteruskan.
Ok pasal pra-shopping raya, makcik dan mr.hubby memburu pakaian untuk budak 2 orang tu je. Untuk kitorang tunggu peringkat ke-2 pula. Sebab nak shopping sekali harung tak larat dan pening kepala.Tapi sambil-sambil tu ushar line juga la kelengkapan makcik dan mr.hubby. Semua baju kurung dan baju melayu dah setel awal-awal hari tu.Baju mr.hubby paling siap awal, bulan 4 lagi dah siap. Diikuti dengan baju makcik dan arissa, siap tempah bulan 6, dan terakhir sekali baju melayu ammar,siap bulan 7. Jadi untuk pra-shopping hari tu cuma mencari jeans dan beberapa helai t-shirt ammar dan gaun untuk Arissa.Ammar pun ada sehelai je jeans. Jeans lain semua elok tapi cepat sangat sentengnya. Nak menurun kat Arissa pun macam tak sesuai sebab design dia memang untuk budak lelaki. Lepas tu punya la susah nak cari size 3-4 tahun atau 5-4 tahun. Yang Arissa pun susah juga nak memilih, sebab rambang mata banyak sangat gaun yang lawa-lawa.
Karipap setelah di goreng oleh air tangan mr.hubby!
Jadi hari sabtu tu berbuka je di fastfood, ahad baru masak. Mr.hubbhy request nak karipap. Makcik tak pernah buat lak tu, hehhheeheh, alasa tak pernah buat,makcik tak pandai la nak kelim tepi tu. Nak taknak kena cuba la. Kalau tak bila nak pandainya ye tak?Jadi menu untuk kuih karipap daging. Isi penuh-penuh dalam perut karipap tu. Kalau beli kat param ,alahai, goncang je karipap tu boleh dengar baper ketul je dadu kentang yg ada, ada la dalam 2-3 dadu kentang, dan yang memang kentang semata. Makcik letak banyak daging cincang. Puas makan!. Pasal kelim tu, menjadi juga kelim tu, kredit tu mak makcik yang kat kl tu seingat makcik,makcik penah tolong “tengok” dia kelim karipap ni dulu.
Karipap yang sedang berbaris untuk di campak kedalam kuali
Untuk main course makcik buat siakap stim halia dan kerabu mangga. Matilah!Lepas makan asyik terkentut-kentut. Hehehehehe. Bukan apa jemu la buar siakap 3 rasa dan sweet sour. Tukar la pula. Buat stim halia. Arissa pun layan meratah isi ikan siakap tu.

Kerabu mangga ni, hmmp jenuh tau makcik mencari mangga. Seluruh SK. pusing-pusing takda. Tapi pokok mangga yang sedang membuahkan mangga tu banyak la. Tapi makcik segan la nak tanya tuan dia.Bukan mintak. Nak beli!Kalau mengandung mesti dapat free heheheeh. Mesti orang ingat mengidam. Akhirnya makcik jumpa kat Carrefour. hehheeh jalan-jalan topup barang dapur yang dah habis. Guna sebiji buah mangga ni boleh 3 kali makan untuk 2 orang.Banyak jugakan.

*Param = sekitar tahun 1999, di KL penggunaan param ini adalah singkatan dari pasar ramadhan. Kerana terlalu panjang sangat nak sebut Pa-sar Ra-ma-dhan, jadi di singkatkan jadi pa-ram. Tahun 2006 makcik membawa perkataan “param” di kuantan semua macam tak pernah dengar. Jadi, kalau orang tanya apa param tu.Takda kene mengena dengan pelawak yang sudah tiada tu yang bernama PARAM, atau pun bukan la dari singkatan PARAMESWARA ye. Bulan puasa je di sebut perkatan PARAM ni.
Kongsi Cerita



