From The Dekstop of MakCikPC®

Posts Tagged ‘Arissa’

Anak-anak…..

Assalammualaikum,

Pic ni  makcik ambil pagi tadi. Subhanallah, cantik kan bulan penuh, tak jelas sangat sebab makcik guna kamera dari handphone makcik.Bulan purnama, fasa hari ke 14 3/4.Maksudnya dah separuh bulan juga kita berada dalam bulan Ramadhan ni. Dah lama tak bercoret kisah ammar dan arissa. Kali terakhir kisah birthday diorang yang ke-4 dan pertama.

Tengoklah mereka ni tak berpuasa sedang bersantai menjamah fries sambil menonton dvd. Lepas makan, nak bagi diorang ni lepak-lepak tak kacau makcik nak buat persediaan berbuka puasa, terpaksa la umpan macam ni. Jadi 2 beradik ni akan lepak sesama. Pada mulanya nampak muafakat sangat kan?Lepas je makcik beredar , akan dengar tangisan salah seorang dari mereka, kalau tangisan si abang, ni mesti adik gunakan mainan main ketuk kepala abang. Si abang pun, biarkan je adik buat gitu, sampai satu tahap dah tak tahan baru nak menangis.

Tapi nasib baik ammar tak membalas. Kalau dengar si adik pula nangis, mesti abang curi makanan adik. Tengok-tengok mangkuk arissa kosong,mangkuk ammar tetiba penuh, lepas tu kedua-dua tangan arissa penuh dengan makanan, seolah-olah berebut dan itu je yang sempat arissa selamatkan.Sabar je la kan? Meriah rumah.Kelakar pun ada.

Ammar kalau dulu asyik main game je,tak kisah la di handphone ummi ke,di handphone abah (dengan rated PG-5*), di laptop ummi, di dekstop abah. Tapi sejak arissa dah boleh berjalan,berlari ni dia dah kurang sangat dengan game tu semua. Dia lebih prefer bermain dengan arissa,menyakat arissa. Seronok agaknya ada kawan kat rumah. Ammar pun dah selamat daftar pre-school kat Sini. Untuk tahun 2011. Tak sabar nak tengok ammar dengan uniform purple tu. Ammar dah pandai mengkritik, mencadangkan, mengingati tragedi. Perasaan pasang surut, tapi selalunya mencabar kesabaran ummi dia. Alhamdulillah, dalam bulan posa boleh sabar dengan kids ni. Dengan abah dia la, ada sikit tak sabar heheheheheh.

Arissa pula nampak lebih agrresif dari abang dia. Lebih berdikari, mudah nak faham apa yang dia nak sebab dia akan bawa kita halatuju maksud dia. Contoh nak susu, dia akan bawa kita ke dapur dan tunjuk ke arah rak botol susu dia. Nak cuci montot selepas doo-doo dia akan pergi depan bilik air. Pagi tadi, sebelum nak ke nursery, makcik nak buka grill, dia terkedek-kedek ikut belakang makcik, sambil menjeling ke abah dia, makcik sempat la pesan kat arissa “salam abah dulu..” dia pun patah balik ke arah abah dia dan salam sambil cium tangan. Rasanya dengan arissa makcik kurang sikit latih dia sebab..bukan kurang latih apa,cuma tak selalu sangat la mengulang-ngulang, ajar sekali dua je, macam tu juga dengan minum air menggunakan straw dan cawan. Tau-tau dia dah boleh minum sendiri.

Happy ada duorang budak ni. Walaupun bercampur baur-geram-tension-marah-letih-puas hati-bahagia, diorang ni juga la pengubat stress kalau ada stress di tempat kerja. heheheh selalunya stress dengan rakan kerja yang asyik di pendam je. Dengan kerja jarang stress. Sebab kerja senang hehehehehe

*5PG = 5 years kids with parental supervision

Kongsi Cerita

Arissa kini 10 bulan

Assalammualaikum,

21 hb ari tu arissa dah 10 bulan..kejap je masa berlalu..besar dah penyeri rumah tu…org kata kalau ada anak dara kat rumah kasi seri kat rumah tau…ada bunga la kiranya…heheheh… tp itu anak dara….ini bb kecik lagi heheheh…setahun jagung pun belum sampai huhuhu….update pasal arissa..erm..byk yg dia dah leh buat…jalan masih terhuyung hayang..ada masa rajin dia jalan..ada masa malas dia merangkak…suka sgt mandi dan main air..pastu tiru apa abg buat….dia suka sgt main dgn abang dia…buli abg pun dah nampak tu..pastu dia ni jenis hati kental kot?abg buat apa kat dia..dia buat derk je…ari tu ammar dengan slumber baling bola kat kepala adik dia..arissa tak nangis pun…see..releks je kan budak kecik sorang ni…arissa suka sgt skrg mengemas…habis semua mainan abg dia lam bilik abg dia…dia tolong kemaskan…pastu dah sah-sah abg kene kemas sendiri kan hahahahah….rajin sgt nak tolong ummi menyapu..baik kemas bilik sendiri…hari tu arissa sepahkan jigsaw puzzle ammar yg ammar dah siap susun tu…mengamuk abg dia…sebab kene buat balik hahahahah ummi tamau tolong..lagipun ammar..dah lama ammar tak main puzzle tau..sebok je main game online .

Sebenarnya arissa ni sangat gud girl nye..so far since lahir tak penah kacau ummi tido…meragam ke…mlm – mlm buat hal tamau tido ke nak main ke sakit perut ke…setakat ni la..makcik pun runsing ni kalau ckp buatnye mlm krg dia buat hal huhuhu jgn la arissa ye..bee gud girl ok..pastu arissa ni since lahir takda masalah colic ke kembung perut ke…tu sebab stok minyak yuu yee sampai umur dia 6 bulan je…sebab mcm pakai pun sebab ikut-ikut taknak dia sejuk ke kembung ke…tp mcm abg dia dulu..mcm-mcm…bh minyak yuu yee pun kembung gak…siap minum gripe water lagi…tp arissa ni gripe water pun takde kat rumah..

Pastu yg jadi syok utk masak bubur yg mcm-mcm resepi sebab arissa ni jenis mengunyah dulu baru telan…walaupun takde gigi…tp usaha dia menguyah tu ada..kalau benda keras dia takleh kunyah..dia akan kuarkan…tp makcik still monitor makan time dia…dia suka sgt roti butterscoth tu..dr umur 6 bulan dah mkn hahaahahah…tp cecepat sulam dgn air kosong..hah air kosong kuat minum ni.mcm ummi…sehari tak dpt minum 1 liter air kosong tak sah…mcm ada yg kureng jeee…

Ni arissa yg cheeky…

Kongsi Cerita

Update for my kids!

Assalammualaikum,

Lama tak cerita pasal anak-anak makcik yang semakin membesar…selalunya cerita sikit-sikit je..sebab kesuntukan masa.Kali ni ada masa terluang sikit boleh share perihal dua beradik yang mempunyai tarikh lahir yang sama ni.

Si Abang Ammar,

Dah macam budak besar, selera makan dah ok..sejak tak duduk nursery ni..duduk rumah ibu makin jadi tak berdikari pula…yela kat rumah semua ibu buatkan..ibu manjakan…dulu boleh je pakai baju dan seluar sendiri..sekarang ni nak membantu pula,haih..manja sangat..lepas tu dalam hati ada taman,kalau berebut mainan dengan adik,dia nangis dulu..adik releks je taknak mengalah…skarang ni ammar suka main game online kat cartoon network tu…lapppy ni jadi hak dia dah pulak…mr hubby siap buat satu logon khas utk ammar…tak perlu masuk password…pastu dia akan klik mozilla firefox…dlm tu dah ada bookmarks utk web cartoon network…semuanya dia buat sendiri….dari mula mula nak on lappy sampai dia bosan main game tu semua…kadang-kadang berebut juga dengan ammar..nak nak kalau hubby guna dekstop..nampak gayanya kene cari satu desktop utk ammar la.huhuhuhuh…rajin tu rajin la jugak…adikbuat sepah…dia kemas….

Si adik Arissa,

Budak kecik yg debab ni dah 9 bulan setengah dah….dah amau dah makan bubur yg di blend…whipped potato kfc pun dai dah tak minat..kalau suap dia luah balik…nak nasi kasar-kasar je..nestum ke cerelac ke geber ke semua tu dia tamau…suka sgt main air….mula-mula dulu dia boleh dah 2-3 langkah..tp masa tu dia belum pandai merangkak lagi…sekarang ni dia dah tau merangkak..dia lebih suka merangkak lagi dr berjalan. Mulut memang bising…bababababa…eegegeggegegege..itu je la bahasanye pun hikssss

Arissa nampak comel bila pakai jeans mcm ni..boring la asik bergown je..

Apa yang sama 2 beradik ni?

Sangat la lasak…nak pakai pempes paling payah..haihhhh




Kongsi Cerita

Revenge of The Fallen

Salam,

wa tajuk mcm dendam kesumat je ye? sebenarnya berkenaan budak 2 orang ni..arissa dah besar..dah meniti – niti…kalau merangkak..hmmpp…lain sikit style arissa merangkak…makcik pun tak penah tengok…kalau berjalan 3-4 step jatuh….berdiri mmg lama..dah bolen balance…jadi apabila dia dah boleh buat benda tu semua..tibalah masa dia membuli abang dia yg dulu masa dia kecik ..dia asik dibuli oleh abang….si abang pulak kalau kene buli…ermmm….menangis..mengadu kat ummi dia…

sebenarnya bukan dendam pun si arissa.mmg dah resam rasanya…anak sulung mmg manja..barang-barang dia semuanya baru…sikit-sikit nak nangis…dalam hati ada taman la katakan…berbeza dengan yg nombor dua..lebih indiependent..hati tabah..tak mudah nangis walaupun dibuli heheheh…

kalau dirumah bbsitter dia…kalau ammar tgh tgk tv..arissa mesti shut off plug point tu..ammar mesti nangis ..dan ckp “ibu…arissa buli ammar” kalau kat rumah pula arissa selalu kacau abg ammar main game online kat laptop…kalau ammar tgh bina lego..arissa akan pecahkan…kalau ammar sedang susun puzzle…satu keping dr puzzle tu mesti arissa mkn…car abg ammar arissa nak mkn…ammar tension ..geli suruh kita basuh balik car tu..adeh

memang macam ni ke berlaku dgn korang?

Kongsi Cerita

Kisah 40 minggu nan indah itu…dan detik kelahiran Arissa

Sepanjang preggy ari tu…ada la makcik sempat rakam (eh tulis ke taip ke..camner ntah la) citet citer waktu preggy kan si Arissa ni..tapi makcik wat khas satu blog..mmg citer pasal preggy je..takde citer lain huhuhuh….saje share tips (ada la sikit tips..nak kata pandai sgt tu tak la..)pengalaman…semua semua la pasal perjalan 40 minggu tu…bila dah last last nak due tu makcik dah tak rajin nak menaip..sebab tgn semua dah rasa kekebasan…

sesapa yang sudi dan ada masa nak baca klik je kat The Chronicles Of y Pregnancy

Saat-saat kelahiran Arissa

Makcik lahirkan arissa overdue 3 hari.. sepanjang preggy makcik mmg ligat berwindows shopping ..berjalan sana sini…dan masih boleh berdiri lelama mendengar morning talk setiap pagi isnin..cuma minggu last tu makcik malas berdiri sebab org org lain pula yg sibuk suruh makcik duduk walaupun makcik larat berdiri…sebelum diorang suruh..baik makcik duduk…

Makcik ingat dengan aktif begitu makcik boleh lairkan arisa awal dari tarikh due..masa kandungan 38minggu…makcik dah mula runsing sebab kiraan pergerakan Arissa semakin kurang..tp bila makcik pergi buat ctg…ok je jantung nye…contraction pun takde lagi..jadi makcik pun balik…setiap hari makcik mengira pergerakan Arissa sebab makcik dengar citer macam-macam yg negetif..cth cukup 40 minggu baby tak bernyawa la..itu la ini la…gerun….mmg org len suruh fikir positif..tp bile sensorang tu runsing pulak…

17-19/7 tu makcik asik ulang spital je wat ctg sebab asik rasa baby kurang gerak…18/7 result ctg ada nampak contraction selang 10 minit..tapi makcik tak rasa sakit pulak..jalan pun tak buka lagi..baru 1cm.jadi makcik pun balik la rumah..enjoy dulu makan sesedap ehehehehe….tapi nurse tu kata 20 hb esoknye datang la untuk admid..sebab dah overdue..pastu gynae pun runsing tgk makcik asik ckp baby kurang gerak je huhuhuhu..tunggu apa lagi ye?

20/7 tu pepagi makcik gi kmc untuk jumpa gynae … disebakan ramai sgt nak jumpa gynae ari tu..gynae pun ada 2 kes operation pada ari yg sama…makcik kene masuk wad dulu la..nanti gynae dtg untuk induce…tp bilik pun belum dpt lagi.sempat lagi la pi jenjalan untuk kasik “jalan” buka….kul 4.30 petang baru makcik dapat bilik…terus wat ctg..contrraction kali ni selang 5 minit pulak..tp makcik rasa biasa je…nurse cek jln pun baru 1cm…sampai maghrib la tunggu gynae induce..baru nak kuar wad gi solat maghrib gynae ada depan muka pintu…adeh…terpaksa la masuk ubat dulu…pastu takleh berdiri lak tu lepas induce…sejam baru leh berdiri…mcm ni mmg tak dan nak maghrib la…sekali a dgn isyak..mr pres,ammar,mil dah balik rumah…diorang nak packing toto la apa la..untuk lepak spital mlm nanti.jadi makik kesorangan la kat ward…layan mcm-mcm aznil..sakit masih lum dtg…sampai la kul 11.mula rasa mcm nak pecah perut…tp lepas tu ilang…nurse tanya kalau takleh tahan nanti kita suntik ubat tahan sakit..tp makcik eksen hehehhe..takpe nurse..leh tahan lagi…terasa nak buang air besar lak..uhuh..gi toilet..risau gak..sebab mil pesan baik baik..takut terkeluar budak..perghhh psiko sungguh…tp makcik konfim yg ni sakit mmg ke toilet..bukan sakit nak kuarkan budak…makcik pun sambung baring dan layan contraction..kul 1 pg dah mula rasa selang 10 minit..kendian 5 minit…kali ni mg tak tahan…mintak suntik la…bila dah suntik..rasa koya(khayal dalam bahasa kelate eheehhehe)tp kejap je koyanye…dekat kul 2pg makcik tak tahan…mr pres pulak dpt call dari fil yg baru sampai kat terminal..mintak pickup…mil kat sebelah tak tau nak wat pe..makcik terus tekan butang merah..ckp tak tahan sgt sakit..midwife yg masuk pulak kali ni ..masuk masuk terus kp..masuk labour room la..awak nak bersalin dah ni sebab dah suntik ubat pun awak sakit lagi…sebelum tu dia sempat cek jln dah buka 5 cm…terus la makcik di sorong ke labour room…kepala masih rasa koya koya lagi..sampai labour room terus salin baju…kat labour room sebelahm akcik dgr org jerit jerit..huhuh nak bersalin kot…makcik sempat tanya kat nurse yg tolong salinkan baju ..(gown bersalin tu la) nurse tu ckp kat sebalah tu dah buka 8 cm…ooo…makcik pun baring..nurse pasang ctg..sakit masih takleh tahan..terasa la serik nak pregnant lagi kuikuikuikui..kali ni rasa mcm nak kuarkan je budak ni…sebab semua nurse…gynae kat bilik sebelah mengadap yg dah buka 8 cm tu..tp tak bersalin salin lagi…makcik terus je panggil terus ckp saya nak teran boleh tak…nurse terus kelam kabut buat preparation yg makcik sendiri tak tahu la..malas nak amik tau…mr pres still tak masuk masuk lagi labour room…arghh takde mr pres pun takpe la.janji makcik nak kuarkan jugak baby ni…tetiba je rasa benda meletup perlahan kat bwh…..sarung katuban dah pecah…mr pres makcik tgk baru sampai…upacara meneran pun bermula..kali ni style bersalin amatlah lain…makcik bersandar..tak baring pun…mcm separu duduk gitu…terua la meneran..4-5 kali….lahirlah Arissa Ardini pada pukul 2.20pagi..21/7/2009…dengan selamat..dah atas dada makcik pun Arissa boleh sambung tido…suka gile la..makcik leh tanya mr pres girl kah?hahahah sampai dah bersalin pun masih reragu lagi dgn gender baby nieh..lepas je bersalin makcik kene kuar labour room segera sebab ada lagi yg menunggu nak bersalin .esoknye tghr makcik discharge dr spital….

itu je la kisahnye…makcik tak dan nak berseliratan dengan wayar wayar oksigen pun…suntik suntik epidural ke..syukur sesangat jahitan pun 1 je…membuatkan makcik kuatla nanti dlm tempoh berpantang mil pun leh jaga sekejap je..seminggu je gitu..parents makcik pun takleh lelama…fuh…



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.