Aug
Aug
Assalammualaikum,
Pic ni makcik ambil pagi tadi. Subhanallah, cantik kan bulan penuh, tak jelas sangat sebab makcik guna kamera dari handphone makcik.Bulan purnama, fasa hari ke 14 3/4.Maksudnya dah separuh bulan juga kita berada dalam bulan Ramadhan ni. Dah lama tak bercoret kisah ammar dan arissa. Kali terakhir kisah birthday diorang yang ke-4 dan pertama.

Tengoklah mereka ni tak berpuasa sedang bersantai menjamah fries sambil menonton dvd. Lepas makan, nak bagi diorang ni lepak-lepak tak kacau makcik nak buat persediaan berbuka puasa, terpaksa la umpan macam ni. Jadi 2 beradik ni akan lepak sesama. Pada mulanya nampak muafakat sangat kan?Lepas je makcik beredar , akan dengar tangisan salah seorang dari mereka, kalau tangisan si abang, ni mesti adik gunakan mainan main ketuk kepala abang. Si abang pun, biarkan je adik buat gitu, sampai satu tahap dah tak tahan baru nak menangis.

Tapi nasib baik ammar tak membalas. Kalau dengar si adik pula nangis, mesti abang curi makanan adik. Tengok-tengok mangkuk arissa kosong,mangkuk ammar tetiba penuh, lepas tu kedua-dua tangan arissa penuh dengan makanan, seolah-olah berebut dan itu je yang sempat arissa selamatkan.Sabar je la kan? Meriah rumah.Kelakar pun ada.

Ammar kalau dulu asyik main game je,tak kisah la di handphone ummi ke,di handphone abah (dengan rated PG-5*), di laptop ummi, di dekstop abah. Tapi sejak arissa dah boleh berjalan,berlari ni dia dah kurang sangat dengan game tu semua. Dia lebih prefer bermain dengan arissa,menyakat arissa. Seronok agaknya ada kawan kat rumah. Ammar pun dah selamat daftar pre-school kat Sini. Untuk tahun 2011. Tak sabar nak tengok ammar dengan uniform purple tu. Ammar dah pandai mengkritik, mencadangkan, mengingati tragedi. Perasaan pasang surut, tapi selalunya mencabar kesabaran ummi dia. Alhamdulillah, dalam bulan posa boleh sabar dengan kids ni. Dengan abah dia la, ada sikit tak sabar heheheheheh.
Arissa pula nampak lebih agrresif dari abang dia. Lebih berdikari, mudah nak faham apa yang dia nak sebab dia akan bawa kita halatuju maksud dia. Contoh nak susu, dia akan bawa kita ke dapur dan tunjuk ke arah rak botol susu dia. Nak cuci montot selepas doo-doo dia akan pergi depan bilik air. Pagi tadi, sebelum nak ke nursery, makcik nak buka grill, dia terkedek-kedek ikut belakang makcik, sambil menjeling ke abah dia, makcik sempat la pesan kat arissa “salam abah dulu..” dia pun patah balik ke arah abah dia dan salam sambil cium tangan. Rasanya dengan arissa makcik kurang sikit latih dia sebab..bukan kurang latih apa,cuma tak selalu sangat la mengulang-ngulang, ajar sekali dua je, macam tu juga dengan minum air menggunakan straw dan cawan. Tau-tau dia dah boleh minum sendiri.

Happy ada duorang budak ni. Walaupun bercampur baur-geram-tension-marah-letih-puas hati-bahagia, diorang ni juga la pengubat stress kalau ada stress di tempat kerja. heheheh selalunya stress dengan rakan kerja yang asyik di pendam je. Dengan kerja jarang stress. Sebab kerja senang hehehehehe
*5PG = 5 years kids with parental supervision
Kongsi Cerita



