Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum,
Sudah 6 bulan saya berjaya menyusukan Ariq sepenuhnya. Walaupun terpaksa beri susu ibu yang dibekukan bila Ariq tinggal di taska. Tapi apabila saya berada dirumah dengannya saya beri dia susu segar la. Salah satu cara ransangan untuk memperbanyakkan susu.
Saya tak buat stok EBM (Expressed Breast Milk) banyak-banyak sampai perlu beli deep freezer. Stok saya cukup untuk cover seminggu sahaja iaitu waktu-waktu kecemasan. Saya selesa dengan cara begini. Ariq pun sudah 6 bulan dan sudah mula dengan makanan pejal. Susu sekarang sebahagian dari pemakanannya. Sehari saya akan membuat stok dalam 10oz sehari.
Ariq sejak berumu 6 bulan ni sudah pandai mengengsot macam askar. Percubaan untuk diri nampak bersungguh Ariq lakukan. Tak pernah pula cuba untuk rangsang dia belajar duduk.
Layan pic Ariq bersama abang dan kakaknya. Serabut sikit mereka bertiga. Maklumla dah ada kawan jadi keadaan diorang masa bermain jadi comot la.
Kongsi Cerita
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum,
Selagi tak setahun…selagi masih sempat untuk ummi menjenguk blog ni, selagi itu la ada update terkini tentang Ariq. Ariq kecil je orangnye. Kadang-kadang timbul gusar di hati kenapa anak orang lain breastfeeding tapi badannya gedebom tapi Ariq breastfeeding tak gedebom? Nak kata makcik diet tak juga. Susu dutch lady tu berkotak-kotak minum + susu ilham . Nasi 3 kali sehari makan. Semuanya untuk production susu. Buah yang sedap makan sekarang buah epal rangup atau pun epal fuji. Stok letak kat ofis sebab kat ofis ada masa nak makan sambil buat kerja. Kat rumah takde masa ( dasyatnye sibuk sampai nak makan epal pun takde masa hehehehe)
Berat dia 5.4 kilo je setakat ni. Tapi masih dalam kedudukan graf pertumbuhan bayi yang normal. Dan seronoknya bila tengok Ariq asyik meniarap berguling habis satu ruang tamu di explorenya dengan cara berguling-guling. Erm. syukur segala puji bagi Allah Ariq sihat. Dan harap-harap berkekalan kesihatannya itu sebab Ariq duduk di nursery. cabaran kesihatan terlalu tinggi. Ok layan pic Ariq.
Kongsi Cerita
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum,
Sekejap je kan masa berlalu. Dah 3 bulan anak bujang nombor 2 ni. Manja terlebih ni. Demam dah sekali sepanjang 3 bulan ni. Ingat kan fully bf nak elak demam la. Tapi tak boleh juga
. Tapi takpe, masih meneruskan fully bf. Sebab itu yang terbaik kan?Semoga dapat bf selama mungkin. Amin.
Nak cerita perkembangan dia pun erm, 3bulan kan. Apa je yang dia boleh buat. Sama je macam bayi lain. tengah seronok tersenyum, tergelak dan baut bunyi. Mencapai-capai patung lembut depan mata dia tu. Lepas tu kalau letak tangan kat dada dia mesti dia menangkap pastu susah nak lepas.
Masa baby lain betul muka Ariq ni.sekarang dah lain. Biasala tu kan bayi kan muka dia berubah-ubah?
Kongsi Cerita
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum,
Sedang buang kemaskini external hardisk tu tetiba terasa nak buka folder gambar Ammar. Satu folder tu semua gambar Ammar sorang-sorang. Dari newborn sampai sekarang. Tiba-tiba muncul satu idea nak gabungkan semua muka anak-anak makcik semasa umur diorang dalam hari lagi yakni sebulan masuk umur 2 bulan.

Bila tengok pic ni rindunya la zaman Ammar dan Arissa masa kecik-kecik. Takleh cakap , takleh pegang lagi. Senyum pun kadang-kadang mujur bila “agah di uri” orang tua-tua kata. Time ni bau pun sedap kan. Cium banyak kali pun seronok. Bila masuk kerja mula la sedih dan rindu sebab seronok 2 bulan menggentel baby ni. Tak lama je lagi makcik dah nak masuk kerja. Haih jangan bersedih ye…oopss..cuba teka mana satu Ammar, Arissa dan Ariq?
Kongsi Cerita
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum,
Walaupun sedang bercuti, nak update pasal anak-anak pun makin tak sempat. Ingat dulu waktu ammar dari umur sehari sampai la setahun ada saja update perkembangan dia. Masa tu ye la dia sorang je yang ada, lepas tu mengandungkan Arissa masih lagi ada masa dan buka sebuah blog kehamilan tentang mengandungkan Arissa, lepas tu Arissa lahir saja update perkembangan dia pun ikut sempat. Tak macam Ammar setiap bulan ada. Lepas tu dapat si Adik ni pula, apa pun tak sempat. Semakin sibuk melayan anak-anak. Banyak benda yang perlu di perhati dan perlu diawasi sepanjang pertumbuhan Ammar,Arissa dan Ariq ni. Semestinya hanya yang terbaik sahaja bagi mereka.Maknanya berblog adalah perkara yang ntah ke berapa penting. itu belum soal suami. Sentiasa fikir untuk menjaga keharmonian rumahtangga demi mendapat keberkatan Baiti Jannati.
Ammar

Alhamdulillah Ammar semenjak dah bersekolah ni banyak benda yang dia pelajari. bagik positif mahupun negatif. Negatif tu memang adala bila ikut kawan-kawan jadi bawa balik rumah. Hah yang ni paling merisaukan. Puas la nak “brainwash” Ammar bila dengar dia mengeluarkan kata-kata yang tak ok tu. Setakat ni ammar dahb oleh membaca. Apa yang dia nampak semua dia nak baca walaupun plastik roti gardenia. Sekarang ni serba serbi mengharapkan dia. Setiap hari mengingatkan dia supaya tolong makcik dalam hal-hal kerja rumah dan menjaga adik baik jaga Arissa atau Ariq. Sapa lagi nak harapkan kalau bukan Ammar. Jadi sekarang ni memang dia kene menolong la dan kadang-kadang terpaksa layan diri sendiri contohnya bila nak makan roti. Dia sendiri la ambil roti, am bil sudu, ambil botol mayonis, sapu sendiri kat roti tu. Lepas ni kene ajar dia basuh cawan pinggan sendiri. Dia pun dah tinggi dah sampai dah dengan sinki. Puas juga la menerangkan kat dia yang makcik dah tak boleh nak layan dia keseluruhannya. Dia dah besar. mandi pun dah sendiri dah.
Ammar antara yang paling gembira dengan kehadiran Ariq. Asyik cakap “nanti Ariq besar kita main car sama-sama ye?”. Suka juga henjut ariq dalam rocker sampai tertidur. Suka sayang Ariq. Dia suka gelakkan Ariq kalau Ariq buat macam-macam memek muka. Mungkin sebab sama jantina jadi dia seronok la tu.
Arissa

Anak perempuan tunggal makcik ni sekarang semakin la ligat. Diam bila waktu tidur sahaja. Lain-lain buat itu buat ini la. Arissa cepat mengira. Sekarang dah boleh mengira 1-10 dalam bahasa melayu dan inggeris. Baca doa makan dengan jelasnya walaupun pelat tapi kita boleh faham yang dia baca itu doa makan. Makan masih berselera dan susu semakin kuat. Kadang-kadang mendengar kata kadang-kadang buat tak tahu je. Ada masa-masa tak suruh tolong pun dia tolong. Dia yang paling sayang kat abang dia Ammar. Ammar balik sekolah terus nak peluk. Lepas tu sentiasa ingat Ammar bila time minum atau makan. Kalau beli makanan pun dia akan tanya “Ammar?”. Kehadiran Ariq tak mengujakan Arissa pun. Dia tak kacau adik dia. Kadang-kadang je dia akan bagitahu makcik bila Ariq menangis. Tapi untuk sayang adik, panggil adik ke jarang sekali. Kene suruh banyak kali baru nak buat. Sebab Ariq boy agaknya jadi Arissa tak berapa teruja.
Ariq

Hari ni genap la Ariq berusia sebulan. Kalau mengangkat kepala memang dah ok dah sejak umur seminggu lagi. Kaki pun dah tegak bila kita timang dia. Suka bila tengok dia membulatkan mata bila kita cuba bersembang dengan dia. Menangis bila nak susu,doo-doo, nak tidur. Ada masa-masa memang meletihkan bila Ariq buat hal taknak tidur. Tapi kene banyak bersabar. Lepas 3-4 jam mengelek dia, barulah dia nak tidur.
Melayan anak-anak ni memang agak meletihkan tambahan pula diorang ni semua kecil lagi. Boleh di katakan masih bergantung dengan kita. Kadang-kadang keletihan tu makcik terpaksa zahirkan dengan kata-kata sebagai luahan sahaja. Bukan tak ikhlas melakukan semua tanggungjawab ni. Apapun kalau tak ikhlas, macamana kekuatan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu boleh ada, balasan kesabaran tu makcik dapat rasakan ianya ada sebab letih tu nanti akan hilang bila selepas 3-4 jam. Makcik rasa ibu lain pun turut rasa perkara yang sama. Selepas buat itu buat ini dari pagi sampai petang. Lepas tu bila malam, tenaga tu masih je ada. Takda la sampai flat habis dan muka masih lagi boleh tersenyum. Hebat kan kuasa Allah?

Kongsi Cerita