Apr
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum,
Kalau entri yang lepas makcik tulis ringkas je kisah bubur bayi , tapi kali ni makcik detailkan ye seiring perkembangan Ariq. Ariq skrg dah hampir 7 bulan. Masa umur dia mencecah 6 bulan makcik mula kenalkan dia dengan makanan pejal ataupun bubur.
Memandangkan komen-komen di entri bubur bayi yang lepas nampak mcm-mcm kemusyikilannya. Ok kali ni makcik share untuk yang 6-7 bulan pertama dulu ye.
Untuk permulaan makanan pejal makcik akan buat bubur nasi kosong je. Tanpa apa-apa campuran bagi mevariasikan rasa dan tekstur kerana bayi waktu ini baru mengenal makanan pejal yang masuk dan kena pada tunas rasa lidah bayi,.
Resepi Bubur Pertama Bayi 6 bulan
Sejemput beras ( dicuci bersih)
Air bersih – 2 cawan
Cara-cara:-
Beras di campur dengan air dan dimasak di atas api yang sederhana. (makcikpakai rice cooker) Biar kan nasi kembang dan lembut.
Kisar nasi yang telah di masak. Kisar halus. Suapkan ke mulut bayi.
Untuk waktu ini, saya beri dia mkn 3 kali sehari.setiap kali waktu makan jumlah potion adalah anggaran 2-3 sudu besar. Suap kemulut bayi menggunakan sudu dan mangkuk khas untuk baby. Semua alatan yang digunakan untuk menyuap bayi perlu disteril.
Gambar di bawah untuk bubur yang dah ditambah dengan lobak merah.Bubur seperti ni saya beri pada Ariq sekarang yang sudah hampiur mencecah usia 7 bulan,
Kongsi Cerita
