From The Dekstop of MakCikPC®

Menu sarapan pagi memikat!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,

Rata-rata ibu-ibu yang sezaman umur makcik ni anak-anaknya baru masuk tadika atau pre-skol kan?Penting bagi diorang untuk breakfast sebelum berangkat ke skol. Untuk minggu-minggu pertama memang susah la nak ajar budak-budak ni makan, sebab dah kebiasaan bangkit tido lambat, dan bangkit tido terus lepak-lepak tengok tv dulu baru mandi dan makan. Jadi bila dah skol ni rutin mereka pun dah jadi lain, bangun tido kene terus pergi bilik air dan mandi. Hmmmpp merasa la makcik ada sekali Ammar buat hal taknak bangun,taknak mandi dan takank pi skol. (Teringat masa kecik-kecik dulu pun makcik penah memberontak taknak pergi skol, sekarang rasakan!!:P)

Entri kali ni bukan la nak share tip-tips mengejut anak dan menyuruh anak mandi dengan berkesan, cuma nak share resepi simple lagi cepat bertambah mudah untuk kita sediakan dalam keadaan yang betul-betul kesuntukan masa. Tambahan pula si ibu juga bekerja. Kalau suri rumah tu tahan sikit, tak perlu nak siap-siap kan diri bagai. Ni masa untuk anak bersiap setengah jam, masa untuk si ibu bersiap 1 jam heheheheh. Rekod attendance kene jaga beb!.

Resepi simple-simple je.

Roti Omelette

Bahan-bahan:-

Roti gardenia 4-6 keping

Sosej ayam – 2 batang di hiris tebal

Telur – 2 biji – kasi pukul

Sedikit sos cili/tomatao

Sedikit mayonis

Lada sulah

Cara-cara dia:-

Masukkan sosej yang di hiris ke dalam telur yang telah di pukul. Taburkan sedikit lada sulah. Sapukan keatas permukaan oti dan susun sosej di atas permukaan roti.Sebelah permukaan saja tau. Sebab nanti nak couplekan dia. Kemudian goreng dengan minyak sedikit dan api perlahan. Ulang menggoreng roti yang telah disapukan telur tadi. Couple-couple roti yang telah di goreng, sapuan mayonis dan letak sikit sos tomato atau cili. Dah boleh makan.



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita

Comments

comments

2 comments on Menu sarapan pagi memikat!

  1. amydaud
    January 24, 2011 at 13:31

    merasala ammar sarapan pagi2 dgn air tangan ummi…hehe…

    teringat kecil2 dulu…memula ajer sarapan…pastu mengelat lebih..alasan kat tadika nanti kena sarapan jugak..hehe..
    susu cap teko tue…memang agenda wajib hari2…

    [Reply]

    MakcikPC Reply:

    Uish takdela pagi-pagi, cuma pastikan ammar breakfast setiap pagi, kadang-kadang honey star dengan susu coklat, kadang2 roti bakar, kadang roti dengan jem je.

    dulu-dulu sarapan dengan air milo nipis, mak boh siap-siap dalam piring. Alahaiiii rindu mak…air milo nipis yg milo kurang susu lebih sebab nak jimat punyer pasal. Milo macam tu pun sedap janji hasil air tangan ibu.

    [Reply]

Leave a reply

To use reCAPTCHA you must get an API key from https://www.google.com/recaptcha/admin/create