From The Dekstop of MakCikPC®

Resepi memikat selera anak (2tahun~6tahun)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,

Sejak dah tau style makanan kesukaan bebudak di rumah, makcik pun makin seronok memasak dan menyuap ke mulut Ammar dan Arissa. Ye la ibu mana tak seronok kan bila masakan yang di masak untuk anak-anaknya, kemudian anak-anaknya makan sampai licin. Mesti la puas hati kan? Kalau dulu payahnya nak suruh Ammar makan. Arissa memang takda masalah sebab dia cuma makan bubur nasi je. Memang tak pernah la tak habis. Sejak dia dah ada gigi ni dan dia dah setahun 3 bulan, Arissa makcik tak beri dah bubur. Join makan dengan abang Ammar. Kalau dulu nasi campur kicap campur ikan goreng. Memang sikit sangat makan. Lama-lama dapat idea makcik teringat masa kecik-kecik dulu makcik suka makan apa. Sejak dari itu menu masakan telah berubah. Kene laungkan masa dan tenaga lebih sikit sebab mr.hubby suka yang kering-kering. Tapi takpa. Tak jadi masalah pun. Untuk menu Ammar dan Arissa senang je. Makcik akan buat sup kentang, sayur bayam merah masak bening.(Orang jawa panggila la bening ni, tapi dia lebih dikenali tumis air)Sayur kobis masak lemak putih,sup ayam dan mesti di selingkan dengan ikan goreng. Ayam makcik kurangkan bagi budak-budak ni. Sebulan 2-3 kali je boleh makan ayam. Makcik lebihkan ikan dalam menu masakan di rumah. Memang mati akal sikit nak pelbagaikan resepi ikan. Kalau ayam macam-macam boleh buat. Ok di bawah ni makcik kongsikan resepi untuk memikat selera anak-anak yang susah nak suruh makan.

Sup Kentang

Bahan-bahan:

Kentang 1 biji (potong 4)

Carrot setengah biji (di hiris tebal)

Soo hoon separuh genggam

Tauhu kering (dicelur dalam air panas terlebih dahulu)

Fishball/Fishcake/Meatball (optional)

Daun sup

Bahan Penumis:

Bawang merah sebiji (dihiris)

Bawang putih seulas (dihiris)

Halia setengah insi (diirs)

Ikan bilis bersih 5-6 ekor (dibersihkan terlebih dahulu)

Cara-cara :-

Masak macam buat sup gitu….(malas nak tulis pepanjang heheheheeh)

Sup Bayam Merah

Bahan Penumis:

Bawang merah sebiji (dihiris)

Bawang putih seulas (dihiris)

Halia setengah insi (diirs)

Ikan bilis bersih 5-6 ekor (dibersihkan terlebih dahulu)

Bahan-bahan lain:-

Sayur bayam merah secekak (bersihkan dan leraikan daunnya)

Cili merah separuh biji (dihiris nipis)

Cara-cara :-

Masak macam buat sup gitu….(malas nak tulis pepanjang heheheheeh)

Sayur Kobis Masak Lemak Putih

Bahan Penumis:

Bawang merah sebiji (dihiris)

Bawang putih seulas (dihiris)

Isi udang 1 sudu besar (dibersihkan terlebih dahulu)

Santan sederhana pekat secawan

Bahan-bahan lain:-

Sayur kobis (ikut nak banyak mana)

Carrot (dihiris tebal)

Semua sup-sup ni harus di curah kedalam nasi dengan kuantiti yang banyak. Budak-budak memang suka makan nasi basah-basah ni. Isi ikan goreng boleh la di tabur banyak-banyak ke atas nasi terlebih dahulu untuk mengelakkan budak-budak ni tercekik tulang ikan walaupun yang halus.

Ikan biasanya makcik gunakan ikan tenggiri,ikan kembong lagi bagus kalau gunakan ikan tongkol,ikan sardin sebab ikan-ikan ni tinggi kandungan omega 3 dia.Goreng ikan ni goreng macam biasalah…kurangkan garam sikit.



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita

Comments

comments

4 comments on Resepi memikat selera anak (2tahun~6tahun)

  1. kakyong
    October 31, 2010 at 00:06

    anak2 kakyong pun suka makan mcm ni.. kdg2 sayur tu kena masak sampai kasi lembik sket..

    [Reply]

    MakcikPC Reply:

    Betul tu kak yong..budak-budak ni suka basah-basah agaknya…try juga beri kicap tp diorang ni tak berkenan.rupanya kicap kene letak banyak..ngeri pulak dengar kene letak banyak2 kicap

    [Reply]

  2. C-Tiey Hamid
    November 1, 2010 at 08:30

    Kalau Luqman kan..dia x suka lauk2 nih. Kalau kuah lemak putih..memang laju je makan. Sup2 pun camtu gak. Tapi masalahnya…dia x suka lauk2 atau sayur2. Takat carrot tuh je la.
    Nasi ngan kicap jer pun dia makan..nak wat camana…errmmm…*

    [Reply]

    MakcikPC Reply:

    Nasi dagang dia tak makan ke siti?nasi dagang tak pedas mana kan?Cuba beri menu2 hok panta timur pulok

    [Reply]

Leave a reply

To use reCAPTCHA you must get an API key from https://www.google.com/recaptcha/admin/create