From The Dekstop of MakCikPC®

September 2010 archive

Taknak Ramadhan ilang dalam kemeriahan menyambut Syawal….

Assalamualaikum,

Cuti 2 hari ni, tanpa mr hubby di sisi sebab dia shift siang (6pg-6ptg) di gunakan sebaik mungkin, kalau mr hubby ada konfem kite kuar town kan?Heheheheh…tak tau cari apa sebab semua Alhamdulillah untuk raya dah setel sebelum puasa dan yang sikit-sikit dah setle awal ramadhan hari tu, maybe tudung makcik dan stokin renda-renda arissa..gediknye arissa nak stokin renda-renda, hehhe stokin renda-renda tu untuk di pakai dengan baju kurung nanti, stokin lain memang arissa dah ada dan banyak tapi kebanyakkannya jenis sporty socks. Untuk pakaian raya boleh tak makcik tak beli lagi tudung? Aritu dah pergi Ariani, semuanya tudung size mini, tak berkenan laaa, punya la ramai orang lepas tu dah la ariani kuantan ni kecik. Makcik rasa kalau nak size tudung besar sesuai kat hajaba kot?Tak masuk lagi hajaba. Memang kene cari tudung 1 sebab baju raya makcik ni kaler yang memang makcik takda sebelum ni dan takde tudung yang matching dengan baju tu. Tu je la pun yang tak cukup lagi untuk raya ni.

Semalam siap dah cuci kipas, basuh toilet bilik depan. Dan semalam sempat masak lauk-lauk ni untuk berbuka dan puding karamel salah satu sebab nak habiskan stok telur. Sebab awal-awal puasa ari tu mr.hubby pergi beli telur satu sarang punyerla banyak tak tahu nak buat apa, makcik buat la sardine roll. telur dadar untuk bersahur, dan puding karamel. Sekarang tinggal 20 biji telur semua.

Lepas tu masak ni,siakap 3 rasa, kerat-kerat la pulak,senang nak simpan sikit utk buat sahur. Lepas tu buat sayur campur, semuanya tujuan nak habiskan stok dalam peti ais tu.

Dan yang ini menu untuk ammar, diorang ni semalam makan nasik 3 kali, Ammar yang dah 4 tahun ni belum start puasa lagi, baru di tarbiyah kan, tapi dia belum mula mengamalkan. Ada hari tu kitorang cuba tahan dia  makan, tp sampai tengahari dia dah minta air. Takpala, cuba tahun depan ye Ammar. Jadi seronok sangat tengok diorang makan makcik buat sup ayam+kentang+karot+soohoon sikit. Ada soohoon lagi berselera diorang ni makan.

Kongsi Cerita

Makin dekat raya makin sibuk!

Assalamualaikum,

Sibuk la makcik sekarang, bukan sibuk dengan persiapan raya, sibuk dengan kerja di ofis, sibuk dengan preparation untuk appraisal, dah masuk tahun kewangan baru company makcik tu. Oh ya, sempat lagi wish selamat ulangtahun ke 61 ye companyku pada 1 september lepas. Sambutan yang simple seperti tahun-tahun sudah, persidangan video seluruh malaysia, mendengar amanat Tan Sri Leo Moggie, menyanyikan lagu syarikat huhuhuh, simple sebab berada di bulan Ramadhan!

Tambahan sibuk lagi bila permintaan orang ofis untuk makcik buat virtual card raya, arghh, keje hakiki ofis pun masih dah tempah tarikh-tarikh DEATHLINE nya. Camne dengan virtual card raya bagi makcik pulak?Nak juga ada. Disebabkan kesibukan yang macam tu, preparation raya terpaksa cari tarikh lain. Syukur la semua baju-baju raya dah siap beli masa awal-awal Ramadhan hari tu. Mostly dah setel. Cuma nak cari sedikit present raya untuk f.i.l dan abah., pergi servis kereta dan cuci kasi wangi,kasi bersih, cuci rumah , cuci kipas, buang sawang yang selalu di buat setahun sekali… :P

Pulut panggang yang makcik dying sangat tu!

Dan makin bertambah sibuk mencari ruang untuk kecintaan terhadap Ilahi. Makin hari Ramadhan semakin berakir. Apa yang di hajatkan pada awal Ramadhan hari tu dapat tertunai 50% sahaja.  Sekurang-kurangnya ada la juga kan? Sikit itu memberi makna yang besar terhadap Allah yang Maha Pemurah,Maha Penyayang,Maha Mengasihani dan Maha Kaya. Hopefully InsyaAllah tahun hadapan dapat la capai KPI* kepada Allah tu 100%.

Dah akhir-akhir Ramadhan ni la baru makcik jumpa kuih fevret time dulu-dulu berpuasa di KL. Kat sini susah nak jumpa kuih apa tau ~ Popia Basah yang inti dia sengkuang, samosa ayam/daging dan pulut panggang. Pulut panggang memang berlambak kat sini, tapi inti dia makcik “cannot go”.Sebab inti dia kering dan menggunakan ikan. Kalau kat kl tu pulut panggang dia inti cam basah-basah sikit kan?Boh udang kan?Sedap yang tu. Tapi akhirnya makcik jumpa juga pulut panggang tu. Memang makan 3-4 ketul sekali hadap. (buruk lantaknya makcik heheeh)

Popia basah dengan samosa memang toksah harap la nak jumpa kat sini. Kalau dulu berbuka puasa di kl, param yang harus di terjah untuk mencari popia basah ni ialah param taman permata, dekat sikit dengan Giant Taman Permata tu. Ada lagi ke tak ntah param tu. Kalau samosa pulak boleh jumpa kat param wangsa maju seksyen 1(area nurin jazlin ilang tu la), seberang jalan tu LRT Wangsa Maju. Ini pun makcik tak tau la ada ke idak paramnya. Sebab apa boleh pergi param situ, bila balik kan naik lrt, mesti stop kat wangsa maju, pastu singgah la param situ. Balik rumah naik cab.

Bila nak buat popiah basah ni?

Ini pulak menu merdeka ari tu, nak story dalam blog tak sempat.

Bilis + tempe sambal kering

Kalau dah dok pahang dekat 5 tahun ni, tak reti masak ikan patin asam tempoyak ni tak tau la nak cakap apa huhuhuh. Sebab senang gile masak ikan ni. Yang payahnye nak cari tempoyak kalau bukan musim durian.



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.