From The Dekstop of MakCikPC®

September 2010 archive

Ayat-ayat cinta Ammar

Assalamualaikum,

Ammar ni kan selalu buat ayat-ayat power yang memang boleh menyentuh perasaan. Ammar kalau bercakap memang dah tak pelat la. Idgham dia lagi pekat dan jelas. Ya la kan dan 4 tahun mestilah dah boleh bertutur dengan baik (baik maksud di sini kita boleh faham apa yang dia cakap) Antara ayat-ayat yang boleh mencairkan hati seorang ummi..ngeh ngeh ngeh..

Situasi 1 – Bila ummi ambil ammar dan arissadi taska lambat dari biasa dan waktu tu memang tinggal diorang berdua ja di taska. Kanak-kanak lain dah balik dah pun.

Ammar : Kenapa ummi balik lambat?Ammar risau la.

Situasi 2 – Bila nak balik kuantan dari rumah mertua di Seremban, ucapan terakhir Ammar untuk nenek.

Ammar : Nenek!Nenek! Nanti nenek datang rumah ammar ya!

Situasi 3 – Bila makcik dah siap gorengkan fries untuk dia dan arissa, makcik siap letak sikit sos cili mengikut kegemaran dia.

Ammar : Yeay!!Ammar saaaayang ummi…sedap la ummi masak.

Situasi 4 – Ucapan untuk mr.hubby selepas ammar salam mr.hubby waktu mr hubby nak pergi kerja.

Ammar :Abah!Nanti abah balik sini ya!(abis tu abah nak balik mana kalau tak balik sini?Ada rumah lain yeeeeeeeee?)

Situasi 5 – Bila ammar kene tegur kalau dia buat salah.

Ammar: Macam ni ammar nak lari la…ummi tak sayang ammar dah. (aduyaiiii…)

Situasi 6 – Bila mr.hubby tegur ammar (lagi garang dari ummi dia tegur..ummi dia soft spoken sikit cewahhhh)

Ammar : Ummi!Kenapa abah selalu marah-marah ammar?

Ammar :

Kongsi Cerita

Open House best setiap tahun!

Assalamualaikum,

Setiap tahun majlis mesra aidilfitri peringkat negeri la yang paling di tunggu-tunggu. Bukan sebab menu nya yang bermacam-macam. Sebab glamour nya berpakaian raya heheheeheheh. Masing-masing akan mengenakan sut hari raya. Yang lelaki melayu,cina dan india akan mengenakan sut baju melayu. Seronok tengok kaum lain mengenakan baju melayu..1 Malaysia gituuuuuu. Dan kali ni baju nikah mr.hubby jadi mangsa untuk bos makcik chinese tu. Dia tinggi lebih kurang je dengan mr hubby cuma dia lagi sekeping. Tapi tadi tengok ok la sikit cuma bahu ada sikit jatuh. Beriya betul siap bersampin bagai. Memang 90% staff lelaki akan mengenakan sut baju melayu siap bersampin.

Macam biasa juga makcik kene bertugas. Orang lain sibuk makanmakcik sibuk dengan anak-anak yatim. Kena ushered dan pegang dulang berisi sumbangan anak yatim tapi kali ni takda dulang. Bila dah setel nak pergi makan..huhuhu banyak la yang dah licin. Takpa la. Lagipun makcik kene control makan ngeh ngeh ngeh.

Gambar?memang tak bawa kamera sebab tangan dah asyik pegang duit raya anak-anak yatim. Lepas tu kehulu hilir dengan anak yatim. Takde masa la nak menembak – nembak. Di tembak itu banyak. Jadi kene tunggu minggu depan la makcik update semula entri ni dengan gambar-gambar.

Dari pagi dah menyibukkan diri dengan krew rojak buah dari PELITAWANIS, makcik pulak kene ambil gambari bahan untuk buletin dan Tenagawan. Menembak-nembak persiapan banyak la sebab makcik ni dah terlibat macam orang “media” pulak. Gila tamak haloba semua keje nak buat.  Ada pun ni je la sekeping gambar. Pagi tadi masa sibuk-sibuk mengupas buah.

Kongsi Cerita

Pening-pening lalat kabinet dapur

Assalamualaikum,

Memang pening pala kan nak fikir pasal kitchen kabinet, kontraktor mana yang bagus, pusing-pusing survey. Baru survey 2 kontraktor makcik dah pening. Sebenarnya rumah makcik memang dah kitchen kabinet. Pemaju yang bagi. Memang pindah-pindah dah ada kabinet,top,sinki 2 butir dengan pintu-pintu kabinet nye sekali la…tapi bawah je la. Kabinet atas, hud , cooking top semua tu takda la..tu kena buat sendiri. Tu yang makcik nak buat ni.Yang jadikan dia pening sebab kabinet yang dah sedia ada tu nak padansuaikan dengan kabinet baru bagi membentuk L-shape tambah sekali dengan kabinet atas untuk lebih ruang storan (macam bahasa hardisk pulak ;) )

Tadi surveyr kat kedai bawah ni.

Memang lawa-lawa dan rabun rambang mata la. Sediakan pitih nya saja. Harga boleh tahan dan nasib baik ada contoh rumah kat taman perumahan ni dah buat kitchen kabinet kat kontraktor ni. Jadi dapat la idea nak buat macam mana dengan kitchen kabinet yang dah sedia ada ni. Good!!!

Tapi masih dalam survey untuk mencari kontraktor mana quote harga paling best.

Kongsi Cerita

Kerja kosong dekat company api

Assalamualaikum,

Pada sesiapa nak mencuba atau masih tercari-cari kerjaya yang di impikan tu boleh la mencuba jawatan Juruteknik ni..dia  untuk jawatan tetap tau..bukan kontrak. Borang boleh download kat sini –> Apply!

Basic gaji bagi technician ni RM1250.00 tidak termasuk elaun-elaun tetap yang lain.

Syarat-syarat seperti di bawah:-

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa / Elektronik / Kawalan & Instrumen) dari Politeknik atau institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan mendapat CGPA 3.00 dan ke atas DAN
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)  (SPM/SPMV) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus dalam matapelajaran berikut:
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
  • Umur tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010
  • Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna
  • Berkebolehan menggunakan komputer
  • Sanggup ditempatkan di mana-mana negeri seluruh Semenanjung Malaysia
  • Keutamaan adalah kepada calon lelaki

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki memohon secara ‘on-line’.
Sila layari http://emadis.tnb.com.my/

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui URL di atas tidak akan dilayan.

Tarikh Tutup: 15 Oktober 2010

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Pengurus Besar (Pengurusan Sumber Manusia & Perkhidmatan Pentadbiran)
Bahagian Penghantaran
Tenaga Nasional Berhad
Aras 5, Lobi 1
Bangunan Crystal Plaza, Jalan 51A/223
46100 Petaling Jaya, Selangor

Tel: 03- 7948 2410  / 7948 2412 / 7948 2413 / 7948 2415 atau

Emel: Puan Fauziah Abdul Aziz: fauziahab@tnb.com.my / Cik Nurul Anis Hanafi: nurulanish@tnb.com.my

Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Penempatan

Calon calon yang berjaya akan ditempatkan di Bahagian Penghantaran, Bahagian Pembahagian, Bahagian Penjanaan, Bahagian Perkhidmatan Korporat, Bahagian Hal Ehwal Korporat dan Bahagian ICT di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kongsi Cerita

Sesekali “kotor” itu bijak…

Assalamualaikum,

Dah lama benar rasanya tak bawa budak-budak ni ke taman permainan kat rumah tu. Ye la sebelum ni kan puasa..time petang semuanya sibuk dengan persediaan berbuka puasa. Dan kali ni budak-budak ni agak comot sikit. Gelongsor yang ammar main tu ada air bertakung pulak dah, yang si arissa pantang jumpa pasir.mesti nak kaut.

Balik dari taman tu memang tak tunggu dah.Terus suruh budak 2 orang ni masuk bilik mandi.

Arissa yang dah mula comot

Ammar pun dah mula berpeluh-peluh

Budak ni tak reti dok diam…

Bukan nak pandang ummi dia…

Budak 2 orang ni dah seronok sangat

Tengok la..dah mula main tanah…

Kotor gila..tanah merah pulak tu…

Taknak senyum satu hal…

Babai taman…nanti kita datang lagi…..




Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.