Assalammualaikum,
Cuti 3 hari baru ni menyaksikan si Abang Ammar yang sangat la rajin membantu ummi di dapur dan melayan kerenah adik. Tatkala makcik sibuk di wetkitchen, Ammar akan bersedia untuk menghantar bekas-bekas kotor macam besen ke sinki di dry kitchen, tolong masukkan botol sos cili dan kicap ke dalamfridge. Kalau dia nampak Arisa menyibuk di wet kitchen Ammar akan berkata “meh Arissa, ikut abang ammar main game” dan dia akan tarik tangan Arissa, dukung dan letakkan Arissa di kerusi di meja komputer tu. Mungkin time ni mood Ammar tengah ok kot? Takpun lama tak pergi skol..maklumla 3 hari tak pergi skol Ammar cepat berubah mood dia.

Tiba time nak mandi Ammar akan segera menolong membukakan baju Arissa kalau makcik suruh dan mereka akan makcik mandikan serentak. heheheh nak jimat masa. Time kekecik ni bole la nak mandi bersama. Esok-esok abang ammar dah besar..arissa dagh besar tak boleh la kan? Lepas je sekolah sehari dua…modd Ammar berubah,menyakat adik,kadang-kadang tarik rambut adik. Runsing di buatnya. Kenapa ye ammar selalu berubah-ubah mood dia?Kalau dari skol dia akan mengda-ngada,merengek-rengek,buat adik, kalau weekend atau cuti panjang sikit tak pergi skol, Ammar jadi tersangat la baik. Pengaruh skol ke?

Satu kerusi muat je dua orang duduk,Arissa memang suka main dengan abang dia. Kadang tu abang dia tengah tido, dia jaga, dia boleh tunjuk kat abang dia lepas tu dia gelak.
Kongsi Cerita
Assalammualaikum,
Entri lepas cik Ami boleh perasan yang makcik bawa Arissa shopping raya dengan memakai kasut Abang Ammar masa kecik. Hehehehe. Kalau nak tau shopping raya hari tu la baru nak beli kasut Arissa pada usia Arissa setahun sebulan ni. Padahal Arissa dah bole berjalan sejak umur dia 9bulan lagi.
Sebabnya, ntah kenapa anak nombor tak seteruja anak nombor 1 agaknya. Serius kami memang tak pernah beli lagi kasut untuk Arissa, memang Arissa ada 3 pasang kasut baby itu pun dihadiahkan oleh bbsitter Arissa,kawan pejabat dan Mil. Kalau nak bandingkan koleksi kasut abang ammar, memang banyak , dan memang ada yang boleh dikitarsemula untuk Arissa guna. Sebabnya walaupun beli kasut extra 1 saiz, kaki ammar akan membesar dengan jayanya. Kasut semuanya tak sempat buruk.
Kalau nak buat jalan-jalan pergi kedai ke, main-main dia sekitar porch sambil makcik sidai kain, memang Arissa masih pakai lagi kasut abang Ammar yang pertama, yang ada bunyi chet chet, tapi dah takda bunyi dah. Arissa pun seronok nampaknya pakai kasut. Setiap kali keluar je pintu, dia akan bawa kasut tu ke makcik untuk disarungkan ke kaki comel dia tu.
Ok , sesi tayang kasut Arissa yang pertama, belum rasmi di pakai oleh pemakainya. Rasmi pakai pada hari raya nanti hehehehe. kasut murahan je.
Kongsi Cerita
Assalamualaikum,
Kenapa la dah hampir setahun makcik baru tahu yang pengasas Sendayu Tinggi ni berpurdah. ish..ish..nampak sangat makcik sibuk dengan dunia anak-anak sejak beranak dua kebelakangan ini. Tapi kagum la, bukan semua wanita boleh berhijrah menjadi sebegini. Pada mulanya makcik menyedari Puan Rozita Ibrahin ni pada petang 30 Ogos 2010 semasa menonton Iktibar Hijrah sambil menunggu waktu berbuka puasa. Hati terpaut untuk menonton dari mula hingga akhir rancangan bila ada slot tentang wnaitah berpurdah. Makcik berminat sangat nak tahu sejarah hidup wanita berpurdah tu. Rupa-rupanya wanita itu Rozita Ibrahim, pengasas Sendayu Tinggi. Artikel di bawah ni makcik dapat dari blog http://beautifulnara.com. Post empunya blog berkenaan Rozita Ibrahim ni pun pada tahun 2009. Apapun kita ambil yang positif, dan jadikan contoh serta iktibar. Buang yang keruh ,ambil yang jernih. Huhuh..makcik nak juga……
Image dari blog http://kelatemaghi.blogspot.com
Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.
“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .
Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.
Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.
Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.
http://i999.photobucket.com/albums/af113/kakchikniza/rozita%20ibrahim/IMG_9167a.jpg&t=1” alt=”" width=”259″ height=”194″ />
Image dari blog http://kelatemaghi.blogspot.com
Kongsi Cerita
Assalammualaikum,
Pejam celik, pejam celik, pejam..syukur dapat celik semula … dah 20 hari kita berperang dengan nafsu , memperkasakan puasa kita bukan sekadar lapar dan dahaga, kini tiba pula malam yang dinanti-nantikan org mukmin iaitu Lailatul Qadar. Mengikut pembacaan makcik, Lailatul Qadar ni ada 2 maksud, 1 ialah Kemuliaan kerana sebahagian erti qadr itu ialah kemuliaan dan kedua bermaksud Penentuan kerana pada waktu itulah bermulanya penentuan langkah yang akan ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w didalam memberi pertunjuk kepada umat manusia.

Image dari maramissetiawan.wordpress.com
Ada beberapa hadis mengatakan Lailatul Qadr berlaku di malam ganjil padal 10 malam terkahir Ramadhan, dan ada pula yang mengatakan berlaku bila-bila masa sahaja sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: “Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulanRamadhan lebih daripada yang lainnya”
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Manakala 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan juga di kira Lailatul Qadar seperti hadis di bawah ini:-
Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”
Maknanya tak semestinya pada malam ganjil je Lailatul Qadr ni. Boleh jadi pada malam ke-20 ke, atau ke 26 ke. Cuma usaha yang baik untuk mencari dan menghidupkan malam Lailatul Qadr itu mempunyai pahala yang berganda.
Marilah bersama kita hidupkan malam yang sentiada dinantikan ini. Pada yang ini memohon keampunan atas keterlanjuran sikap kita yang terdahulu kepada Allah itu, gunakanlah malam yang diberi Allah yang maha Pengasih untuk kita mengejar cinta Allah. InsyaAllah..
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatul qadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Tips untuk mudah bangun sepertiga malam untuk beribadat:-
1. Berbuka dengan makanan yang sederhana, Rasulullullah S.a.w menyarankan kita berhenti sebelum kenyang.
2. Elakkan minuman sejuk (ais) kerana ia melemahkan anggota badan.
3. Selepas terawih, masuk tido awal, jangan pula pergi sambung makan pula.Ini lagi la menyebabkan kita letih dan mengantuk sebab terlalu kenyang. PAda yang nak diet tu, memang tak sesuai.
4. Sebelum tido niat dalam hati untuk bangun beribadat kepada Allah dan mohon disedarkan pada waktu sekian sekian.
Kongsi Cerita
Assalammualaikum,
Makcik selalu jalan-jalan blog kawan-kawan, terutamanya yang ada di list belog makcik, makcik juga akan tinggalkan jejak itu pun kalau boleh, kalau tak boleh makcik”TERPAKSA” jadi silent reader.
Sebab apa?
Kebanyakan blog kawan-kawan makcik menggunakan blog hosting seperti blogger.com, boleh dikatakan 95% menggunakan blogger.com yang mana address blog mereka ada .blogspot.com. Yang menjadikannya lebih sukar untuk meninggalkan jejak ialah makcik menggunakan wordpress sebagai hosting untuk blog makcik dan domain sendiri. Bukan itu sebenarnya masalah besar. Itu cuma sipi. Tapi kalau dapat bantuan dari kawan-kawan blogger supaya mengubah setting di ruangan komen mesti makcik dapat komen. Mungkin bukan niat blogger tu sendiri nak setting macam tu. Mungkin dia tak perasaan apabila di ruangan setting komen, diorang tak usik.
Perhatikan pic di bawah ini, makcik selalu berhadapan dengan ruangan komen seperti di bawah, bukan tak boleh nak masukkan akaun google, tapi makcik prefer untuk letak nama dan link blog makcik, mudah diorang nak jejak makcik kat situ.Kalau masuk akaun google, dia takkan tinggalkan link blog makcik sebab blog makcik bukan diregister di bawah google.com.

Kadang tu kan, dah taip panjang-panjang komen, bila scroll ke bawah jadi macam kat atas ni. Alahai,tak dapat juga nak komen. Terpaksa la exit macam tu je. Tapi bukan semua la blogger tu setting ruangan komen dia macam di atas, ada juga yang makcik boleh tinggalkan komen dan boleh masukkan nama dan link makcik untuk tinggalkan jejak. Cuba korang tengok pic di bawah ni. Ha…ruangan komen macam ni baru ok. Ada ruang untuk makcik isi nama dan link blog makcik.

Mungkin salah satu sebab blogger ni taknak ada Anonymous komen kot?Sebab kalau nak setting gitu,automaik ada pengomen boleh jadi anonymous. Kalau memang gitu niat bloggger tu, tak dapek la makcik nak buat apa. Boleh tinggalka komen kat shoutbox diorang je la. Itu pun kalau ada shoutbox, kalau takda, jadi je la silent reader. Ok…suka blog korang semua….

Kongsi Cerita