From The Dekstop of MakCikPC®

July 2010 archive

Sesekali berfantasi di alam magis (jangan smpai lalai sudah)

Assalammualaikum,

Kalau di soal sekiranya makcik suka tak menonton movie, sememangnya ya!Itu pun kalau makcik ada masa terluang. Makcik memang sangat teruja kalau movie tu jenis fantasi magis magis, tempat kedua kalau movie itu movie seram, oooppss pasal movie seram makcik cerita di lain entri okeh?

Hari ni sempat la melayan kebosanan hubby yang sedang bercuti. Tadi masa di pejabat hubby skyping makcik dan meluahkan rasa bosannya cuti beliau hanya duduk di rumah. Bila makcik tanya apa yang dia rasa nak buat untuk hilangkan boring tu…(sepatutnye makcik bagi cadangan,tapi makcik pun no idea la huhuhuh). Jadi hubby rasa nak menonton wayang. Ok juga tu. Lama dah rasanya tak menonton. Kali terkakhir menonton wayang rasanya filem Harry Potter and the order of phoenix. Kan?Cerita pasal magis memang makcik suka dan dvd nya akan makcik ulang-ulang tengok banyak kali pun takpe. Selain harry potter, cerita magis lain macam The Golden Compass, The Chronicles of Narnia dan The Seeker. memang movie ni makcik akan ulang-ulang tengok la banyak kali pun takpe. Dan yang terbaru, filem ala-ala harry potter yang memang makcik nak sangat tengok :- The Sorcerer’s Apprentice.

Pic ehsan Google

Pelakon utama pun best, yang pernah membintangi filem National Treasure, Nicolas Cage yang suka buat lawak tapi muka serius. Cerita ni memang ada la diselitkan lawak supaya tak nampak serius. Mungkin sebab Walt Disney yang menjadi studio dan penerbit cerita ni, jadi kena ada unsur-unsur humor sikit kot.

Disebabkan ia berkenaan magis, memang tak jemu tengok dan grafik yang di hasilkan memang superb. walaupun magis “dave” (lakonan Jay Baruchel) dan “balthazar” (lakonan Nicolas Cage) tak sehebat Dumbledore dari Hogwarts School of Wizardry tapi api-api biru la merah la hijau la yang kuar dari tangan Dave tu memang menakjubkan. Puas hati la tengok movie ni. Akhir cerita ni hero sebenar dia bukan la Dave atau Balthazar mahupun Veronica, HERO dia ialah Beckie (watak yang di pegang oleh Teresa Palmer yang pernah berlakon sebagai anak tokey hotel Nottingham dalam Bedtime Story). Kalau tak beckie yang panjat ke atas menara untuk menendang satellite yang membantu pebentukan bulatan sihir dari Morgana (ahli sihir jahat) dan Horvath (lakonan Alfred Molina yang pernah berlakon sebagai dr. otto octovius dlam Spiderman 2) mesti Morgana dapat power paling superb, tapi power magis dia tak menjadi sebab satu dari settelite yang menjadi penghubung untuk membentuk bulatan tu telah jatuh di tendang oleh beckie. Baru la Dave dan Balthazar senang sikit nak tewaskan Morgana.

Tak macam file magis yang lain yang kebanyakkannya 100% penggunaan magis tanpa dia campur adukkan teori lain, tapi The Sorcerer’s Apprentice ni yang bagusnya Dave menggabungkan teknologi sains dan fizik dalam magisnya yang balthazar sendiri tak sangka. Jadi sesiapa yang terasa nak mengubah mood sikit dari dunia realiti ke fantasi, movie ini yang di cadangkan oleh makcik yang harus korang tonton.

Kongsi Cerita

Sweet Cute Baby Smile Contest

Assalammualaikum, saja nak mencuba nasib si Arissa dengan senyuman dia tu melalui blog best ni Intanku Terpilih. . Reader sekalian apa kata daripada blog korang tu tak berupdate,kita join contest ni. Best tau!Cepat join!!!Tarikh tutup 31 Julai 2010 tau..tak lama je lagi. Cepat…klik sini untuk detail —>> Intanku Terpilih

Create your own banner at mybannermaker.com!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Dari BABY KU CUTE COLLECIONS special for cute baby as me!

Saya yang cute ni  akan bertambah la cute kalau pakai gown Laura Ashley dari butik BABY KU CUTE COLLECTIONS

NAMA SI CUTE NI : ARISSA ARDINI

UMUR SI CUTE NI : SETAHUN SEMINGGU

NAMA IBU SI CUTE NI : ROZIMAH ISMAIL

Kongsi Cerita

Muzik, yang melalaikan atau yang sedap didengar?

Assalammualaikum,

Kelmarin  di office makcik sempat bersembang dengan sahabat online makcik berkenaan minatnya makcik mendengar alunan lagu Mari Berkasih Sayang version suara arwah Ustaz Asri dari Rabbani bergabung dengan kumpulan In-team dan beliau mengatakan beliau lebih suka dengan Hijjaz kerana muziknya klasik, hanya ada bunyi rebana atau seperti alat gendang yang makcik tak berapa la arifnya tentang alat muzik tersebut. Antara alasan beliau, muzim yang di hasilkan dari tali adalah HARAM. Dan makcik tak henti berfikir setakat itu, dan makcik taknak khilaffiyah antara makcik dengan sahabat online makcik tersebut, jadi hasil dari en. google, segalanya terungkai sedikit berkenaan muzik sekiranya ia berunsu dakwah tapi di mainkan secara kontemporari,moden, sudah tentu banyak “alat muzik bertali” yang di gunakan untuk menghasilkan irama dan lagu yang sedap di dengar.

Image by Google

Dalil:

Luqman [6] “Dan ada di antara manusia, orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab Yang  menghinakan.”

Bagi pendapat sepuluh sen makcik la, yang menjadikan sesuatu muzik tu haram bila ia beralun sehingga melalaikan,kemudian di nyanyikan oleh artis wanita dalam nada suara yang berbaur memberahikan, merangsangkan ke arah zina, pastu dengan suara yang di buat-buat seolah -solah rengekan manja, atau liriknya seperti menjurus kepada percintaan yang dah tak ingat dunia akhirat. Sebab kalau muzik yang dimainkan dengan tali sekalipun sekiranya ianya berunsur dakwah,zikrullah rasanya HARUS..cuma ia di bawa melalui konsep muzik. Supaya sedap di nyanyikan. Mnenjadikan perasaan kita bertambah sayang dengan Allah, sebab kiriknya pun puji-pujian terhadap Allah kan. Sama mcm lagu cintan-cintun yang memuja kekasihnya. Bertambah sayang bukan. Last but not least klimaks dia makcik selitkan nas/dalil di bawah supaya terungkai semua kekeliruan. Wallahualam…

*Kesimpulan- Menurut Imam Ghazali, semua alat muzik boleh digunakan asalkan ia tidak melibatkan perkara-perkara maksiat.

l-Imam Hujjatul Islam, Abu Hamid Al-Ghazali telah membincangkan permasalahan hukum nyanyian dan muzik dengan panjang lebar dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin dalam juzuk yang kelapan bahagian Al-Adat. Al-Ghazali di dalam perbincangannya telah membahaskan hukum muzik dan alatnya daripada pelbagai sudut sebelum mengeluarkan pandangannya. Beliau tidak hanya berpegang dengan zahir nas malah cuba menggali di sebalik nas, sebab dan ‘illah diharamkan beberapa alat muzik sebagaimana yang disabdakan oleh junjungan besar Nabi SAW dalam hadith-hadith Baginda. Ini bertitik tolak daripada pegangan beliau bahawa nyanyian dan muzik adalah kelazatan-kelazatan dunia yang asalnya adalah halal dan harus.

Al-Ghazali menegaskan sebab pengharaman alatan yang dipetik (seperti gitar) dan ditiup (seperti serunai) sebagaimana yang disebut dalam hadith Nabi SAW bukan kerana alatan tersebut menimbulkan kelazatan kepada pendengar. Sekiranya demikian sudah tentulah diharamkan semua jenis suara atau irama yang membangkitkan kelazatan kepada pendengar. Kerongkong manusia, gendang, rebana kecil (duf) dan binatang-binatang seperti burung mempunyai potensi untuk menghasilkan irama-irama merdu yang mampu membangkitkan kelazatan di dalam sudut hati pendengar. Walau bagaimanapun Islam tidak mengharamkan suara-suara tersebut.

Oleh itu Al-Ghazali menyatakan sebab pengharaman alatan yang disebut di dalam hadith-hadith Nabi SAW adalah kerana alatan-alatan tersebut biasa digunakan oleh ahli-ahli fasiq, maksiat dan peminum-peminum arak dan menjadi syiar mereka.

Begitulah pandangan Imam Al-Ghazali tentang hukum penggunaan alat-alat muzik. Beliau melihat di sana wujudnya sebab diharamkan alat-alat yang disebut pengharamannya melalui lisan Nabi SAW. Sekiranya hilang (gugur) sebab tersebut sudah tentulah gugur hukum pengharamannya. Bagi beliau semua perkara yang baik (At-Thayyibat) adalah halal melainkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kerosakan.

*Kesimpulan- Imam Ghazali dalam Ihya Ulumiddin mengharuskan semua jenis alat muzik termasuklah yang dipetik seperti gitar dan yang ditiup/ berlubang seperti serunai, apatah lagi gendering.

Kongsi Cerita

Bunga Larangan tetap di larang, jangan cuba-cuba petik!

Assalammualaikum,

Sharing is caring, bersama-sama menjaga rumahtangga supaya bersinar dan menjadi syurga untuk di diami sementara di dunia dan bersambung di firdausi nan kekal abadi….Amin…..

Seksyen 36 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 – Akta 559) memperuntukkan: “Mana-mana orang yang memujuk lari seseorang perempuan bersuami atau membawanya keluar dari atau dengannya apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan mahkamah boleh memerintahkan perempuan itu supaya kembali kepada suaminya.”
Seksyen 37 akta yang sama memperuntukkan: “Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.”
Seksyen 38 akta yang sama memperuntukkan: “Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana lelaki atau perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”

Kongsi Cerita

Penjual Burger juga punya perasaan….

Assalammualaikum,

Terpanggil pula makcik hari untuk share apa yang makcik rasa selepas dengar sedutan brother love dengan seorang perempuan yang melalut lalut tak tahu ke mana. Petang tadi sewaktu makcik dalam on the way balik dari kerja makcik on radio dan terus ke channel x.fm, bila on je sedutan perbualan antar brother love tengah slow talk dengan seorang perempuan. Pada mulanya makcik tak berapa berkenan sangat segmen bersama brother love ni, part brother love cakap best la, masuk couple-couple ni cakap makcik muak pulak…heheheh, tapi kali ni buat makcik terus menguatkan volume radio apabila perempuan yang sedang di slow talk oleh brother love tu macam naik hangin, wa!dengan perasaan busy body nya  makcik terus pasang telinga, ye la apa kes kan perempuan ni mengamuk pulak. Dialog dia berbunyi lebih kurang macam di bawah,

Image dari Mr. Google

brother love: so awak memang nak putuskan la hubungan ni dengan dia?

perempuan melalut tu : ye la!(dengan nada meninggikan suara dan pada mulanya sedikit angkuh) saya dah fed-up dengan janji-janji dia cakap nak berubah la, nak apa la…tapi habuk pun takda. saya memang nak putus dengan dia, saya dah ada lelaki lain yang jauh lagi kaya dari dia, lagi hensem dari dia, masa depan saya terjamin!!!

brother love: so awak fikir awak ni bagus sangat la ? (broher love nampaknye dah mula emo!)

perempuan melalaut tu : mestilah!!!awak tu macam bagus sangat!..sapa nama tadi..brother..brother apa..brother love..hah macam bagus sgt awak tu..

brother love : memang saya bagus pun, saya keje di radio (hahah brother love bertambah emo)

perempuan melalut : eleh, ingat keje radio tu banyak duit ke?

brother love : jadi wang tu lagi penting la dari segala-galanya?

perempuan melalut tu : hello!!saya perlu cari yang ada masa depan, takkan saya nak kawin dengan dia, macam mana saya nak hidup nanti.

brother love :wang tak menjanjikan apa-apa kebahagian!

perempuan melalut tu : dunia sekarang ni perlukan wang!

Tetiba macam panggilan tu di senyapkan terdengar pula brother love memujuk “samad” yakni berkerja sebagai peniaga gerai burger.

brother love : samad,kau tak payah la kawan dengan perempuan tu, dia boleh di beli dengan wang ringgit, dia pun dah taknak kat kau. perempuan macam ni memang tak bagus.

samad : tapi saya sayangkan dia bro, dah lama dah kitorang bersama.

brother love : macam ni la ko dengar sendiri apa dia ckp kat kau ok.

Panggilan samad dan perempuan melalut tu di sambungkan oleh brother love, masa ni kemuncak perempuan melalut tu memang mata duitan.dialog dia lebih kurang mcm ni la..nak cakap exactly sgt tu tak la..tapi maksud dia memang exactly seperti di bawah ni..

Samad : awak, saya dah cuba mengubah hidup saya, saya dah beli lori.

Perempuan melalut tu : saya taknak lori!!takkan awak nak dating dengan saya awak nak bawa saya naik lori?

Samad : kan saya ada motor, kita boleh naik motor..

Perempuan melalut tu : taknak!saya taknak naik lori ke moto ke…awak memang tak berubah dari dulu,takda masa depan. Saya dah ada lelaki lain, dia hensem, dia kaya, dia ada masa depan. Bukan macam awak!!!

Samad : Ala, saya janji saya akan berubah. Dia belikan awak kasut dan henbeg kan?

Perempuan melalut tu : Takda maknanya awak nak berubah…dari dulu sampai sekarang takda apa-apa perubahan pun. Ya memang dia belikan saya henbeg, dia belikan saya kasut, awak mana ada nak belikan saya semua tu.

Samad : tapi saya belikan awak gelang..

Perempaun melalut tu :ala gelang tu..saya taknak gelang tu..dah la awak..saya dah ada lelaki lain, awak tak payah la cari saya, minggu depan saya akan bawa family saya dtg jumpa awak utk putuskan……….(tetiba je sore pompuan tu stop sampai situ dan brother love meneruskan perbualan dia dengan samad tu semula)

Brother love: dah la tu samad, dia memang taknakkan ko, kali ni ko usaha diri ko semoga berjaya dan cari la cinta lain, aku percaya perempuan macam tu takkan bahagia dengan wang ringgit.

Samad : takpela brother, saya pun dah tawar hati dah.

Brother love :o k jangan sedih-sedih, aku doakan semoga kau berjumpa dengan perempuan yg lagi baik…love love love…

Fuh..penat tulis dialog! Tu la..adeh…memang tak matang betul la perempuan melalut tu, kalau tak suka pun jangan la hina, makcik kesian dengan samad tu, at least samad tu menjalankan peniagaan halal, walaupun setakat menjual burger, ok la tu…dari dia jual dadah?Teruk samad tu di hina oleh perempuan melalut tu, siap di banding-bandingkan pula dengan pakwe baru yg hensem la yg kaya la..dengan brother love pun di hinanya. Erm kalau kerana wang ringgit dan rupa, susah la…silap haribulan lelaki yg dia puji tu jatuh bankrupt, muka hensem dah tak guna dah time tu dik oiiiii….betul pe kata brother love tu..wang bukan segala-galanya. Fikir-fikirkan la…jangan sampai kita jadi hamba wang.

Image dari Mr. Google



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.