From The Dekstop of MakCikPC®

June 2010 archive

Pengertian cinta khas buat Sang Pecinta

Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini…

Dan aku sangat selesa dengan “kewujudan” cinta yang selama ini tidak aku sedari dan sentiasa mengharapkan kewujudan cint dari sudut yang berbeza.

“Aku mahu mencium bau syurga. Wanginya merasuk ke dalam sukma.
Aku ingin masuk ke dalamnya. Di sana aku berjanji akan mempersiapkan
segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya
kesucian dan kerelaan Allah selama-lamanya.”Ayat-ayat cinta….

Kongsi Cerita

Report Pertandingan Nasyid

Assalammualaikum,

Terlambat pula makcik nak update pasal pertandingan nasyid di kl baru-baru ni. Sebab makcik tunggu pic dari photographer,dia pula takde sepanjang minggu ni, ada kursus di kl. Tapi since ada la yang tanya macammana dengan nasyid tu. Menang ke kalah?Jawapan dia KALAH.Punca kekalahan?Ntah la..makcik tak dapat dengar lagi rakaman sepasa perform tu. Tu la..sebab photographer cum videographer tu tak balik ofis lagi. Jadi nak tau la di mana kepincangan kitorang.

Rasanya suara tak mantap kot?Kitorang pun mmg takde menubuhkan kumpulan nasyid, nasyid yang sebelum ni org lain, so yg kali ni pun org lain pulak,org yang dulu dah taknak join dah. Lagipun kitorang praktis sangat singkat, bygkan bila dah dapat suara nak nyanyi lagu..kene hafal gaya persembahan pulak, bila dah dpt gaya,suara mesti lari…yerla part mana nak tinggi,part mana nak rendah semua jadi mendatar, pulak tu setiap kali trening mesti tak cukup 10 orang…memang sangat kesuntukan masa, baju pun org lain tukang belikan..tapi kitorang redha dengan kekalahan ini. Sebab memang rasa dah mcm susah je nak menang..sebab masing2 suara dah hampir ilang..bygkan trening tak cukup, sehari just dpt trening dr kul 1 tghr sampai kul 3 ptg, pastu sambung semula kul 5ptg hingga 6ptg…tuntutan kerja lagi, kalau boleh taknak keje pending. Takpa..cuba lagi 2 tahun akan datang…..

melihatkan team-team yang bertanding lagi la buat kitorang down..huhuhuunak pulak yg bertanding semuanya 31 team…juri mesti cari yg terbaik betul….perasaan down tu telahpun di hilangkan dengan hiburan dari saujana dan rabbani yg hensem2 heheheheheh

Malam rehearsal

Time sesi pagi,kitorang perform petang,turn no.22, so pagi tu just berbaju kurung biasa je la

Inila team kami dari Kuantan

Gabungan Saujana dan Rabbani..artis jemputan dan salah seorang dari ahli Saujana tu merupakan juri pada hari tersebut.

Sehari sebelum bertolak ke kl,duduk tengah tu cikgu yg cipta lagu n bimbing vocal selama 2 minggu

Praktis sambil pakai baju terus,mencari semangat yg hilang

Kongsi Cerita

Kuasa Bismillah menjadikan keluarga bahagia

Assalammualaikum,

Entri kali ni makcik nak kongsi pada yang masih tak tahu di mana kita boleh “melembutkan” hati anak-anak dan suami dengan sekadar Bismillah. Tapi pada yang dah tahu bagus!Pada yang masih tak tahu sama-samalah kita praktikkan di rumah. Kalau orang-orang zaman ibu-ibu kita, mereka “melembutkan” suami dan keluarga dengan pelbagai cara, ada tu sampai yang di tegah dan sepatutnya pun ada. Pulak tu bukan senang nak guna cara tak elok tu, susah!Modal nak bayar pada tok dukun pun sikit, maklumlan pengerasa yang agak keras,keras gak la tangan nak bayar kat pak dukun tu. Susah-susah je,baik guna dengan lafaz bismillah je. Memang senang, tapi kesan dia bukan la drastik kita boleh nampak perubahannya. Ambil masa juga, yang penting niat dan kite lakukan dengan penuh kusyuk dan tawaduk. Ok, lafaz bismillah ni kita boleh sebutnya di waktu-waktu yang sangat santai,yang kita sendiri tak sedar kita dah lafaz bismillah sebanyak itu.

1. Ketika di dapur (memasak)

Basuh beras baca bismillah sambil niat di hati, letak kuali atas dapur secara perlahan-lahan,jangan di hentak-hentak pun baca bismillah,hidupkan api di dapur gas pun baca bismillah juga,memotong bawang dan sayur-sayuran, boleh di katakan semua-semuala asal kita memulakan sesuatu je kite mulakan dengan lafaz bismillah sambil berniat di dalam hati “dekatkan la hati suamiku dan anak-anakku dengan hatiku”

2. Ketika menguruskan pakaian suami dan anak-anak

Tak kira la membasuh atau melipat, mulakan saja perbuatan ini dengan lafaz bismillah disertai dengan niat “sesungguhnya aku adalah pakaian suamiku,jadikan aku pakaian yg indah buat suamiku”

Ada banyak lagi waktu-waktu untuk menyebut kuasa Bismillah ni , tapi makcik terpaksa berhenti setakat ini. Ada hal sikit hehehehe…InsyaAllah, lain kali makcik akan sambung.

Kongsi Cerita

Tangisan mencari keredhaan Ilahi

Assalammualaikum,

Kebelakangan ni makcik dirundung kesedihan di dalam hati yang sememangnya tiada seorang yang perasan, sememangnya makcik tak mahu insan-insan yang sayangkan makcik di sekeliling makcik sedar tentang kesugulan yang meruntun di dalam hati makcik ini. Semakin hari semakin makcik cuba mencari sesuatu yang makcik sendiri tak pasti dan tak tahu adakah keredhaan Ilahi itu hadir dalam diri makcik. Kerana hati makcik masih tak senang dan gundah, semakin lama makcik mengenangkankannya semakin tambah parah hati makcik menangis. Semakin runsig, tak tahu nak ekspresi kan perasaan ini dalam penulisan blog, mudah atau tidak mencari keredhaan ilahi ini makcik sendiri tak pasti dan sesugguhnya makcik sedih…..huhuhuh….mencari cintamu Ya Allah…lagi penting dari cinta sesama insan.

“Dan ingatlah ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina. Mereka berkata: Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan? Nabi Musa menjawab: Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil iaitu yang melakukan sesuatu yang tidak patut dan kejahatan.” (Surah al-Baqarah, ayat 67)

Pic ehsan iluvislam.com

Kongsi Cerita

Kesibukan melanda

Assalammualaikum,

Hah tengok la tulisan huduh makcik tu, beberapa hari kebelakangan ni makcik tak dapat nak siapkan kerja-kerja tu semua..nampak mcm sikit, tapi leceh beb, tray in mmg dah kosong..tapi prosesnye belum setel, nasib baik bos tak bising…ada lagi keje yang pending selain dari yang makcik tulis tu, kalau sampai pfis je makcik takde la nak lepak-lepak dulu ke apa , terus je buat keje, kadang-kadang sampai berlari dalam ofis bila nak dapatka sesuatu tu perlu ke unit HR/Admin kat sebelah, tu belum main belasah je naik turun tangga kalau nak ke tingkat bawah, tunggu lift lambat sangar.Sekarang memang takleh nak pending2 kan keje sebab 12.45 je dah kene training nasyid, berlanjutan la sampai ke pukul 3 pun ada. Lepas tu berkejar-kejar nak solat zuhur dan lunch, gedebuk gedebak dah pukul 4, samung balik buat keje, closing account semua dah ku 4.45, pastu nak berkejaran solat asar pulak sebab kul 5 ptg sambung lagi trening nasyid. Ni semua gara-gara trening nasyid last minute, minggu depan hari khamis makcik dah kene ke kl sebab Jumaat minggu depan dah start competetion nye. Nak lawan dgn 30pasukan nasyid TNB seluruh malaysia. Aduhai, kalau 2 tahun lepas makcik training nasyid 2 bulan sebelum compete, yang ni 2 minggu paham2 la camna susahnya nak ngingat lirik, lirik 3 hari dah boleh hafal, cara nyanyian semua tu, pastu nak mengingat gaya pulak, takkan nasyid berdiri tegak je sebab nak gak dapatkn point persembahan, gaya dah ingat nyanyi pulak tak betul, kalut sangat nak buat gaya, nyanyi terus jadi takde perasaan…bukan senang, orang lain yang tengok tu ckp senang la….try buat tengok!

Yang bencinya dah last minit ni pun nak tambah lagi gaya…adeh…..whatever..memang stress + tension dengan nasyid. Nak sambung noktah cinta pun takda mood…..tunggu la ye..nanti-nanti akan terjawab juga kisah Khai & Rania tu.



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.