May
Assslammualaikum,
Nak kata terrer sgt prepare food utk arissa ni takde la..cuma since dia ni suka makan bubur compare to cereal segera dr supermarket atau ready-made-porridge from mcD tu yang makcik jadi seronok masak bubur utk arissa tu…seronok nak fikir resepi apa eh bagi arissa makin selera…n makin gumuks…makan-makan-makan je keje dia….pic takde la ye…just resepi je..sebab mmg tak sempat nak snap pic…makcik masak semua bubur ni menggunakan rice cooker.puas hati…nasi tak cepat kering….
1.Bubur Ayam Berkeju
Isi Ayam 2-3 ketul (hahahaa makcik tak pandai sukat)
Beras segenggam
Sekeping cheese brand cheesedale
Air 3 cawan (air berlebihan supaya dpt nasi yang betul2 masak…
Cara-cara masak;
Basuh beras sebersih-bersihnya,masukkan 3 cawan air, masuk kan ayam dan masak menggunakan rice coocer, apa bila nasi masak dan semakin likat…bukan hampir kering tau…dia jadi cam bubur lambuk tu…masukkan cheese..gaul gaul….wangi gile bubur tu nanti…sedia utk suap ke mulut si manja anda……
2. Bubur Brocoli Shrek
Apsal nama shrek?sebab kaler dia hijo mcm shrek nanti heheheeh
Bahan-bahan,
Beras segenggam
Sayur brocoli 3-4 pokok( ko ingat pokok brocoli yg mana?)byk gile nak bg perut si kecik tu mkn..pokok kecik -kecik tu la…aku pun tak tau nak panggil apa ….selalu kite beli dia seketul kan?hah pastu ko belah belah la dpt pokok-pokok besar thumbdrive tu…
Ikan bilis 5-6 ekor (dibersihkan..di rendam utk ilangkan masin dia)
Air 3 cawan (air berlebihan supaya dpt nasi yang betul2 masak…
Cara-cara memasak;
Basuh beras sebersih-bersihnya,masukkan 3 cawan air,brocoli yg telah di bersihkan boleh di campak dalam periuk bersama nasi, kemudian masukkan ikan bilis dan masak gunakan rice cooker.Siap!!
3.Bubur Ala-ala nasi ayam
Bahan-bahan;
Beras segenggam
Air 3 cawan (air berlebihan supaya dpt nasi yang betul2 masak…
Sup Ayam berserta ayam (ni kene prepare berasingan)
Kentang sebiji, carrot setengah biji (di hiris-hiris)
Cara-cara;
Masak nasi bersama 3 cawan air,carrot dan kentang sehingga hampir kering, curahkan sup ayam bersama isi ayam kemudian biarkan ia likat. Bau dia nanti mcm bau nasi ayam yg lembik…sedap woo….
4.Bubur fish ‘n’ cip
Bahan-bahannya;
Beras segenggam
Air 3 cawan (air berlebihan supaya dpt nasi yang betul2 masak…
Ikan merah/tuna/tenggiri setengah ketul
Fries yang belum di goreng dicuci sebersih-bersihnya utk menghilangkan baha perisa yg melekat kat fries tu
Cara-cara;
Masak nasi bersama 3 cawan air,ikan dan fries kemudian biarkan ia likat.Sedia utk di suap ke mulut si manja anda.
Buat masa ni..ini je yg ingat…nanti ada masa tambah lagi eh resepi.Selamat mencuba!
Kongsi Cerita
Diana@mama adam & aidil
May 12, 2010 at 02:41TQ info resepi nieh ..boleh copy utk aidl nanti
[Reply]
MakcikPC
May 14, 2010 at 02:41sama-sama diana…
ala..resepi tu rsepi campak-campak je…
takde sukat-sukatan ponnn
[Reply]
Qistina
May 10, 2011 at 11:41Nk tnya resepi2 mie sesuai x utk baby yg baru masuk 6bln?
[Reply]
MakcikPC Reply:
May 10th, 2011 at 12:24
Tak sesuai la qistina. Kalau boleh untuk makanan pertama bayi, (sememangnya umur 6 bulan baru boleh perkenalkan makanan pejal) mestilah nasi lembik tanpa mencampurkan apa-apa perisa. Kalau ikut kita memang la akan kata, apa la dia rasa nasi kosong je. Tapi untuk perut kecil si manja..perkenalkan dulu nasi kosong yg lembik je.
[Reply]
Qistina
May 10, 2011 at 11:41*resipi2
[Reply]
Qistina
May 10, 2011 at 12:32If bg nasi kosong + ikan bilis/ayam je boleh x erk?
[Reply]
MakcikPC Reply:
May 10th, 2011 at 19:25
Boleh, tapi kalau kalai pertama kenebg nasi kosong yang lembik dulu. Lepas dia dah boleh biaskan dgn nasi kosong tu baru kite letak perisa ikan bilis/ayam/sayuran. Tak lama..dalam seminggu dua dia nak biasa dengan nasi kosong, baru la kita boleh perisak-perisakan dia.
[Reply]
ibu aQaid
June 3, 2011 at 17:57hmm…best lah resepi2 tu…..tp nak tnya..untuk anak umur 7 bln..dh boleh mkn pisang?pisang brangan bleh?
[Reply]
MakcikPC Reply:
June 4th, 2011 at 21:40
7 bulan pisang tu boleh buat puree la…tapi jangan terlalu banyak, nanti baby boleh cirit birit. Macam baby saya akan cirit birit kalau banyak sangat, maklumla diorang memang suka pisang ni.
[Reply]
ibu aQaid
June 3, 2011 at 17:58lagi satu….klu msk bubur baby ni..prlu ltk grm tak?
[Reply]
MakcikPC Reply:
June 4th, 2011 at 21:42
Kalau masak bubur bayi takyah letak garam, kalau ikut cakap ibu ibu kita memang diorang suruh ltak dgn alasan sian baby rasa tawar, sebenarnya baby belum pandai lagi nak merasa masin masam manis tawar bagai. Garam sgt tak elok untuk baby bawah 1 tahun. Macam tu juga dengan seafood
[Reply]
ibu aQaid Reply:
June 6th, 2011 at 14:42
thanks 4 the info…..slmt b’knln….
[Reply]
rose_mynn
July 7, 2011 at 08:45klu msk bbur nasi ble x ltk kuib pati ayam or ikan bilis dan juga sosej ayam?
[Reply]
MakcikPC Reply:
July 7th, 2011 at 22:42
Kiub pati ayam tu ada byk msg, kalau boleh gn letak..lebih baik letak daging ayam bersama kulitnya untuk mendapatkan aroma ayam yg enak
[Reply]
rose_mynn
July 7, 2011 at 08:46klu msk bubur nsi ble x ltk kuib pati ayam or ikan bilis dan juga sosej? sesuai ke utk baby yg berumur 7 bln lbh?
[Reply]
MakcikPC Reply:
October 4th, 2011 at 12:48
Kiub pati ayam tak sesuai bagi saya, sebab ada terlalu byk msg dlm kiub tu. Sosej boleh tapi jgn terlalu banyak.Sebab makanan segera kan.Proses nak sediakan sosej tu macam-macam cara.
[Reply]
Nor azan
August 12, 2011 at 09:14Salam.
Anak sy esok bru masuk 7 bln..
Jd semua resepi makanan yang kat atas boleh bg ank sy makan la erk..
[Reply]
MakcikPC Reply:
October 4th, 2011 at 12:49
Bole, cuba la. Bagi variety sikit makanannya.
[Reply]
mamasiti
September 27, 2011 at 19:11saya dah cuba bubur ayam berkeju. fuh anakk saya berselera makan. tq atas resepinya.
[Reply]
MakcikPC Reply:
October 4th, 2011 at 12:49
anak saya pun memang suka bila letak cheese tu.
[Reply]
pjah mama balqis
September 30, 2011 at 21:40tq dear…mmg i tgh survey how nak bt mknan 4 bb balqis ni…reli help hani =)
[Reply]
MakcikPC Reply:
October 4th, 2011 at 12:50
Sama-sama, seronok baca ur komen.
[Reply]
Dayana
October 3, 2011 at 09:17salam…
saya baca kesemua resepi yang disertakan..menarik namun saya minta resepi puree betik madu tu (kalau boleh) dikeluarkan. madu tidak sesuai diberikan kepada bayi berumur kurang dari setahun kerana boleh menyebabkan ‘botulism’. harap maklum..
[Reply]
MakcikPC Reply:
October 4th, 2011 at 12:51
Ok, saya dah remove. Anyway terima kasih atas perhatian berkenaan “madu dan botulism” tu.
[Reply]
idaaiman
October 4, 2011 at 17:03sis, lau bubur+cheese k bby 6bln bole ke? pastu kne blend kn…blend sgt halus ke atau ala kadar jek??
[Reply]
MakcikPC Reply:
October 5th, 2011 at 12:16
6 bulan tu mcm terlalu awal la
saya selalunya bend halus la mcm puree
[Reply]
shida
October 14, 2011 at 22:46salam….nak tanye menu utk baby 8 bulan ape ye?
[Reply]
sarimah
November 9, 2011 at 10:21s
[Reply]
ieda
November 30, 2011 at 09:11nak tanya klu baby 6 bln makan dlm kuantiti yg banyak xpe ker…kekadang sy bagi secawan abis die mkn..
[Reply]
hanis
January 24, 2012 at 08:52secawan mknn utk baby 6 bln?…mak aiii…baby mmg bukak je mulut nak mkn….sbnrnye perut die hanya sekecik gengaman tgn die je…tak ke menggelembung nanti perut die…sian baby awak nanti
[Reply]
aisyah
March 28, 2012 at 17:28slm..bleh sy mtk resepi ni?nk nuat utk bb nant..
[Reply]
mama_haikal
May 18, 2012 at 16:22salam…
thanks a lot for the resepi… haikal da nk masuk 9 bln..tapi awal2 pekenalkn makan dulu..die sgt kuat mkn.. sekali mkn ada la amount 4 sudu besar die makan.. but now.. lps masuk 8 bln die kurang sgt mkn..de la dalam 2 sudu besar jer.. n now saye tgh mencar resepi utk pelbagaikan rase utk die..tapi stakat nih.. die sibuk nk makan ape yg saya mkn..huhu so kene la saye mkn mknan yg xpedas..utk bg die mkn jugak…kalo x.mknn die mmg xmkn la..huhu
[Reply]
MakcikPC Reply:
October 30th, 2012 at 23:48
Boleh cuba beri makanan baru, tp pastikan lembut, tidak ada campuran msg, bukan sejuk atau jenis berais. Usus baby belum matang, lebih baik kenalkan makanan yang lembut-lembut,.
[Reply]
hasnoriah
September 7, 2012 at 15:33slm sis…nk pinjam resepi letak kat bole boleh tak? bby sy bru 4 bulan. tq in advance
[Reply]
MakcikPC Reply:
October 30th, 2012 at 23:46
amik je resepi ni. MNemang untuk share pun
[Reply]
riena
September 11, 2012 at 19:42nak tanya…kalau bubur nasi tu campur telur sesuai tak untuk baby 6 bulan ke atas? bubur nasi tu blh bubur garam atau biarkan tawar?
[Reply]
MakcikPC Reply:
October 30th, 2012 at 23:45
Wsalam, maaf lambat balas. Telur pada saya sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas. Itu pun untuk permulaan kene beri sedikit demi sedikit untuk mengetahui samada dia alergy telur atau tidak.
Bubur nasi seeloknya jangan di letak garam. Tunas rasa lidah baby belum mengenal manis, masam, masin dan tawar.
[Reply]
Lynn
October 16, 2012 at 15:18salam, baby saya jenis yg allegic, kalau saya masak bubur ayam dgn cheese boleh kah
[Reply]
MakcikPC
October 18, 2012 at 20:02Wsalam, boleh kalau baby awak bukan alergy kpd keju.
[Reply]
atikot
October 29, 2012 at 13:44As salam,
Baby saya dah masuk 7 bulan, usia dia 6 bulan lepas saya ada beri dia cereal dan bubur nasi, tapi dia asyik kembung perut walaupun dia nampak berselera benar makan…selepas 3 minggu saya hentikan pengambilan makanan tersebut. Tetapi jangkaan saya meleset kerana masalah kembung perut pada baby saya masih berterusan sehingga hari ini…walaupun telah beberapa kali pergi ke klinik…dua hari ini saya mulakan lagi pemberian makan cereal tetapi dalam kuantiti yang sedikit dicampur bersama dgn susu. Mohon nasihat makcik pc dan rakan2 sekalian
[Reply]
MakcikPC Reply:
October 30th, 2012 at 23:43
Bagi saya antara punca baby kembung ni ialah seperti di bawah:-
1. Kurang sendawa untuk mengluarkan angin
2. Kurang hadam disebabkan usus masih belum matang untuk mencerna makanan
3. Alergi dengan protein susu lembu
4. Alergi laktosa
Cara nak elakkan kembung yang makcik tau ialah :-
1. Pastikan baby “burp” selepas minum susu atau makan cereal
2. CUba cairkan sikit cereal. Jangan terlalu pekat dan kenyal.
3. Set kan waktu makan yg betul. Takut baby makan lambat dah masuk angin dulu.
Ini sahaja yang dapat makcik bantu
[Reply]
tini
December 6, 2012 at 17:32salam…nk tanye…resepi2 ni kalau masak dr pagi…x basi ke smpai ke ptg sbb antar ank ke babysitter…
[Reply]
Azura
January 16, 2013 at 16:46Assalamualaikum sis…
Seronok baca page sis ni..rasa tak sabar nak cuba resepi sis ni utk baby sy. Tapi sedih, kenapa tak boleh copy?? Nak taip balik tak sempat kalau tgh keje ni plus tak larat. Kat umah tak der internet pula.. Izinkan saya copy atau pls email resepi ni kpd sy.. TQ
[Reply]
MakcikPC Reply:
March 2nd, 2013 at 07:32
Wa’alaikumsalam,
Resepi ni meman untuk share pun. Nanti saya emelkan resepi ni semua pada emel puan ya. Terima kasih sudi kunjungi blog ni.
[Reply]