From The Dekstop of MakCikPC®

March 2010 archive

It tooks so long….

Assalammualaikum,

Semakin lama semakin sunyi blog makcik yang tersimpan pelbagai komen ni. Apa yang menyebabkan makcik semakin menyepi dalam dunia blog ini?Sebenarnya banyak sebab, nak cerita kat sini pun macam erm..macam..pendam saja la.Pertama makcik terlalu sibuk dengan urusan keluarga sejak ahli keluarga bertambah dan ammar pula semakin dewasa,perlu perhatian lebih dari segi mengenal dunia. Takut tersalah tafsir lain jadinya nanti. Makcik dan suami juga sibuk memperbaiki dan muhasabah diri supaya menjadi contoh yang baik buat ammar. Keduanya makcik sibuk dengan kerja-kerja di pejabat tambahan pula semenjak Februari lagi makcik telahpun menamatkan perkhidmatan C***** Berukband. Jadi tak dapat la bawa modem ke pejabat lagi untuk jenguk sekejap sekejap facebook ke blog ke. Sebabnya makcik dan suami telah pun melanggan streamyx 1mbps. Sangat berpuashati!Okay seterusnya kesibukan makcik bertambah apabila makcik terlibat dengan aktviti2 persatuan wanita kat pejabat,Buletin la..poster la….macam-macam lagi la.

Baru-baru ni cerita pergi bercuti ke Cameron pun tak dapat nak kongsi bersama. Takda masa untuk upload semua pic-pic dan menulis setiap aktiviti harian bercuti di tanah tinggi tu.

Kalau cerita anak-anak, Arissa dah pun 8 bulan, seronok ada anak perempuan ni, dia jenis yang tersengih dan ketawa saja kerjanya, kalau baju jangan cerita…macam-macm fesyen, baru-baru ni arissa bertudung, di sarung oleh bbsitter dia. Comel sgt.Terfikir nak latihkan arissa biasa berpanas dengan bertudung dari kecil. Perlahan-lahan ye arissa. Makan pun banyak tu. berat dah 8.5kg, kelmarin pengasuh dia bawa anaknya ke hospital, timbangkan la arissa sekali. Sebab lepas jab 6 bulan ari tu sehingga la sekarang tak dpt lagi berat arissa berapa sebab dah takda jab dah sehingga dia setahun nanti. Arissa masih belum mengengsot atau merangkak, tp dia dah boleh duduk (kalau kite dudukkan dia) dan dia boleh berpusing dan mengengsot sambil duduk untuk mencapai mainan yang jarak jauh. Dia boleh berdiri sambil lepaskan tangan dalam 5 saat. Gigi pun belum ada lagi.

Cerita Abang ammar pula, semakin suka bersembang dalam telefon, kalau telefon abah ke opah ke nenek ke, mesti tanya mcm-mcm contohnya tanya kabar ke…dan makan belum ke, bila nak datang/balik rumah ammar, atau nanti dia akan suruh belikan car untuk dia (car lagi?) Makan minum pun dah tak memilih..dia akan mkn bila dia lapar.Baru saja berlajar mengenal Allah dan Rasul.

Oklah cukup setakat ni je ye. Lepas ni makcik pun tak tau bila la nak update cerita lagi. Jumpa di lain coretan.



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.