From The Dekstop of MakCikPC®

October 2008 archive

Happy 29th Birthday My Love

This is the simple poem of the busiest wife ever huhuhuhuhuhu….. love you too much bie.

What a wonderful husband you are!
I love you in every way.

Just look how we’ve gotten this far,
and getting better every day.

You mean the world to me
and yet so much more.

Here’s hoping your birthday
will be one you’ll adore.

Mr pres ni gue kenal dulu seorang yang penyegan..pemalu sesangat…pendiam pulak…ini sikap dia yg buat gue cair…dalam diam-diam dia tu..dia terrer pasal komputer…itu pun gue tau sendiri..dia tak pernah citer kat gue yg dia reti wat itu ini..bila gue buka citer atau tanya dia tau ke..dia akan explain mcm org tak tau nak explain camner sampai lama kelamaan korang nampak dia akan explain mcm org dah expert..ni pun sikap dia yg gue suka sgt…senang ckp low profile…dia memang takkan cakap atau cerita kat orang tentang kebolehan dia..bila orang tanya je baru dia ckp..itu pun dia ckp sesikit je..malu sgt agaknye…awal-awal perkenalan gue dengan mr pres..memang gue je la yg talkative…sampai satu tahap gue ckp kat dia..”erm aku takda idea la nak ckp lagi..ko la pulak cakap…” hahahah…part ni mmg gue ingat sentiasa… mr pres juge jenis tak suka amik kesempatan atau nak chatting dirty dengan gue..yerla..kalau dah pemalu dan penyegan takkan nak ckp benda-benda gitu kan..itu pun salah satu sikap dia yg menggothickan hati gue uuuuuuh…..itu je la..citer lelebih krg ada yang force vomit pulak huhuhuh ok…

bie.jpg

Kongsi Cerita

Lying Is The Most Fun A Girl Can Have Without Taking Her Clothes Off

Sekali lagi kene tag dengan Yatt….suka tul main tag ni bebudak ni…hmm..buat je la..gue taknak hutang hutang..nanti asik teringat je kan…

kali ni tag mende ye…

Name : Rozimah, ima, imah, makcik, Caps, Capsi
Sisters : hah?i’m the only girl
Brothers : 3 elders 1 younger

Shoe size : 8,9,10.. tgk kasut jgk..
Where do you live : Somewhere in..
Have you ever been on a plane : nop..sob3x..never…high phobia
Swam in the ocean : I dont think so swam in the ocean is the best opinion.
Fallen asleep at school : Never
Broken someone’s heart : Never, but someone was broken my heart huhuhu
Fell off your chair : Never
Sat by the phone all night waiting for someone to call : Once upon a time huhuh
Saved e-mails : my hubby’s e-mails..
What is your room like : black feature wall, grey the other walls + mystery wallpaper
What’s right beside you: paper’s works, calculator machine, ammar’ pic
What is the last thing you ate : goreng pisang..
Ever had…Chicken pox : once upon a time when i was baby
Sore throat : nowadays
Stitches : i can’t tell you heheheheh
Broken nose : i’m not, my friend have one hehehehe
Do you Believe in love at first sight : I dont
Like picnics : I;m ok
Who was/were…The last person you danced with : Ammar my lovely hubby
Last made you smile : last time?joking emel..eh..err….don’t know..too many smiling today..don’t know which one come first…dang!
You last yelled at : I don;t like yelling
Today did you…Talk to someone you like : I do
Kissed anyone : I cannot tell you hehehehehe
Get sick : Nowadays
Talk to an ex : 4 years ago
Miss someone : yeah…he…
Who do you really hate: hipocrite, politician
Do you like your hand-writing : yes
Are your toe nails painted : no
Whose bed other than yours would you rather sleep in : hah?what type of these question?i can’t tel you hehehehehe..
What color shirt are you wearing now : pink..(bju kurung jgk)
Are you a friendly person : don’t know..how people arround me thinking bout me..pls ask them!
Do you have any pets : i’m really interested with pets but i don’t like to take care of them.
Do you sleep with the TV on : to scary to sleep on the tv..i’m wondering poltegiest
What are you doing right now : are you ok?
Can you handle the truth : maybe…bohong sunat boleh?
Are you closer to your mother or father : mother..father too garang
Do you eat healthy : sometime after when i feel i was have a heay meal like open house and open dept.huhuhuhu

Do you still have pictures of you & your ex : i dont like him…
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : better alone…
Are you loud or quiet most of the time : almost like popcorn with girlfriends…quiet with boyfriends
Are you confident : depends of the situation

Nobody i wanna to tag..do it if you wanna to do ok.

Kongsi Cerita

It's Time To Dance

Tajuk takda kene mengena dgn entri yg bakal gue tulis huhuhhu…last weekn gue saje wat mini open house..jemput kengkawan best office dan jiran tetangga yg rapat jugek…menu dia..erm sikit je…mee kari…nasi impit..rendang ayam…nugget…kek batik…semuanye gue prepare lam satu hari hari sabtu tu bermula di pagi sabtu…sorang-sorang masak tau..tu sebab la sikit je menunye..nak beli ready made…ari sabtu tu gue tak tau nak beli apa….

pic pun ada pic makanan je…nak snap pic dgn tetamu bagai tak sempat..gue sibuk melayan tetamu…melayan ammar yg open bilik dia jadi playing area while mak mak dan pak pak budak mkn…yg mr pres pulak bukak smoking area kat porch…adoi…mmg gue tak sempat nak berpic kan yatt?yatt pun blah awal…ada org meragam huhuhuh…cair betul la tengok muka haris anak dia tu..tergoda makcik tau..huwaaa….

banyak yang gue terkilan ..ish..yerlah first time wat makan-makan gitu…nak wat house warming pun tak dan lagi..ish house warming kene pakai caterer la nampak gayanye..kuali gue kecik la..mana la muat nak masak banyak-banyak…nanti nanti la nak gi kelate shopping kuali dan periuk..gue ekceli preffer masak dr caterrer..tak tau la nape…pastu ajak jiran dua-tiga org menolong..best lagi gitu…tp tu la..peralatan memasak tu takde..tensi tensi..harus carik ni..terkilan lagi bila lagi 2 geng segan silu nak dtg kalau gue tak jemput sendiri..takat jemput guna org tengah diorang segan..gue pulak tak simpan no phone dia…tu la..sipout dan ultraman..next time gue wat makan-makanlagi erk…insyaAllah…gue suka la wat makan-makan gitu..kalau gue yg masak lagi gue suka…tp tu la..ari tu selsema lak..tak dpt nak rasa kuah kari tu masam ke masin ke pahit ke tawar ke ntah la..huhuhuhu…..pic ada satu je ni..layankan…..

miniopenhouse.jpg

Kongsi Cerita

But It's Better You Do

Tag ni daripada Ogy…tak tau tajuk apa…layankan je la…

1)Apa yang anda harapkan dari pasangan/tunang/kekasih/suami anda?
- Dua je, jadi Bapa dan Suami.

2)Rumah yang anda idamkan selama ini?
- Rumah biasa-biasa je…tenang…ok…takde risiko pecah rumah….rumah besar besar sangat pun seram gak nak duduk..family kecik je…
3)Kalau di beri peluang untuk bekerja @ duduk dirumah mana satu pilihan anda?
- Erm..time ni nak kerja..time anak-anak kecik nak kerja…time anak-anak dah sekolah gue nak dok rumah..senang pantau aktiviti dan kerja sekolah diorang.

4)Duit gaji korang dgn pasangan adakah digunakan bersama- sama @ sebaliknya?
- Ya..adat berkongsi hidup.

5)Bila anda menghadapi tekanan @ masalah yang berat apa yang anda akan lakukan?
- Mengemas rumah sampai bersih dan kilat sampai silau mata memandang.
6)Ketika anda menghadapi kebosanan apa yang akan anda lakukan?
- Main game dan layan movie..tak kisah la movie tu dah tengok ke…tengok ulang-ulang kali pun takpe.

Sapa nak wat tag ni..wat la….tak sempat la nak tag sesapa huhuhuhuhuhu

Kongsi Cerita

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

Beberapa hari sebelum nak raya hari tu, gue menerima beberapa emel di mana kita (mostly org pompuan lah) di tegah qada puasa serentak dengan puasa sunat 6 aidilfitri tu…beberapa tahun lepas gue biasa buat sebab sebelum ni takde pula yg kata tak boleh…sebelum gue buat serentak..gue selalu wat asing asing…since ada yg kata boleh buat serentak then gue pun buat la..serentak…senang..sebab nanti dlm bulan syawal datang lagi redline..tak sempat pula..awal-awal syawal confirm tak boleh dah gue berada di kampung dan sebok menziarahi rumah sedara mara kan…bila masuk keje ada dlm 2 minggu je syawal tinggal..kalau buat ganti dulu (ini seeloknya gue rasa ganti dulu puasa tu baru kejar yg sunat 6) confirm gue tak dpt kejar yg sunat 6 tu kan?yerla confrim pastu red light balik…jadi kemusyikilan setiap hari timbul..gue jenuh surf tenet cari pasal ni…tanya org itu org ni berkenaan hal ni…berdiskusi bersama member sewaktu breakfast…ingatkan nak ajak si yatt sekali berpuasa..ada la geng…ooppss ni pun tujuan nak puasa ni belum di utarakan kat mr pres huhuh..sat na….bagi hilang dulu kebuntuan berkenaan hal ini…kadang timbul kat hati gue..kata islam tu mudah…ada tak sesapa leh terangkan kat gue yg tak tahu ni..apa maksud islam itu mudah? seriously pada awalnye gue mmg faham maksud mudah tu..tapi bila dah kes berbangkit seperti puasa sunat dan qada ni…gue rasa tersimpul mati pulak dengan istilah islam itu mudah…kalau ada yg kata kat gue..itu pun tak tau islam tu mudah..yes gue memang tak tau secara detail nak nak bila kes tu related dgn kes puasa sunat dan qada ni…ada sesiapa yg sudi terangkan kat gue pasal islam itu mudah please…ayat mcm bukan org islam kan….gue bukan nak ckp agama lain mudah…tolong gue kasi faham je…gue still islam yang ingin belajar…takdala di kata bodoh sombong nantikan…ok..ada beberapa hujah yg telah meleraikan kerunsingan gue seperti di bawah..gue bet..readers di luar sana turut merasai apa yg gue rasa kan?mari kita sama-sama belajar….

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

” kau , dah hari ker berapa dah?”

“aku dah 5 hari dah ni”

“esok aku raya (sunat syawal)”

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ‘sapa lebih hebat?’.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

“..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

hah ini isu paling besar sekali…cuba korang baca

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut

Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

“Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

 

 

 

 

 



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.