Hah…today nak ubah cara hidop punyer pasal….makanan pun dah mula di jual dengan harga yang sagat tidak munasabah dan tak leh terima dek akal….projek makan beramai-ramai..membawa makanan dari rumah atau nama yg lagi sesuai ialah potluck telah berlangsung di opis aku ni….apabila 7-8 org bawa lauk-lauk dari rumah in small portion..bila di gabungkanm enjadi big portion yg boleh dimakan oleh 7-8 org sampai ke petang!
Menu gue sambal tumis ikan bilis jerk…jadilah…gue nak pedas….takde pedas putus selera makan !heheheheheeh…..tp since pagi td ada jamuan nasi lemak utk odit pulak….5-6 org lain dah setell makan..gue je yang sangat setia menunggu sehingga pukul 10 pagi untuk makan potluck ni…at last perasmian makan potluck ni buat oleh gue sendiri….syiok beb huhuhuhh
layan pic yang boleh membuat saliva korang drooling~~~~~~

Kongsi Cerita
KUALA LUMPUR, 11 Jun – ‘Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.Demikian antara petikan pendapat Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abdidin berhubung soal pembaziran yang memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat yang turut dikaitkan dengan isu kenaikan harga minyak yang mendadak baru-baru ini.
“Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya.
“Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun,” katanya yang dipetik daripada blognya.
Akibat daripada itu kata Asri, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak memperolehi yang selayaknya malah pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka.
“Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas,” katanya.
Beliau dilihat tidak bersetuju sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi’.
“Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?
“Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.
Dr Asri juga turut membangkit persoalan kewajaran di saat ‘genting’ ini adakah patut orang-orang besar diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka.
“Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?
“Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat,” katanya yang sedar bahawa beliau mengambil risiko menulis hal ini namun baginya tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya.
Maka kata Dr Asri alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan.
“Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini,” katanya.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini katanya perkara-perkara yang disebutkan itu mestilah dipandang serius malah kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi
Semalam kan..gi la shopping brg dapur…bukan shopping kehendak pun..shopping keperluan dapur la kan…nama cam gah je gi bershopping…hehehe…sangat lengang la itu market…beras beras semua takde yg licin…mungkin sudey takde kot yg mampu beli beras…sebelum ni mmg gue ada dgr kecoh kecoh pasal semua rege brg naik ..tp since masa dia naikkan tu gue dah shopping brg dapur end of may tu….so semalam utk bulan jun ni gue pergi la…waa gue sgt terkejut tgk harga-harga makanan yg bukan kehendak mcm coklat ke jajan ke kan..ni brg keperluan hoke….apa nak jadi mesia nih….gue sedih..mmg gue balik semalam menangis tau…
beras yg biasa gue beli 10kg = rm21.90
tapi semalam gue beli beras jenama yg sama 5kg = 24.90
(ini bukan naik 100% lagi nih..naik 200%…gue terpaksa beli la…nak mkn apa beb?bihun?itu pun beras biasa-biasa je..gue tak mampula nak beli herba poni ke taj mahal yg mahal tu sume…kata ubah cara hidup??sebelum ni pun gue pakai beras ni je beb!)
nescafe 3in1 yang biasa gue beli sebungkus 7.99time offer…time tak offer 8.99
tapi semalam jadi rm12.75
(gue tak beli..sangat mahal..kata ubah cara hidop..minum la air kosong…kesihatan terjamin lagik-gue garu kepala huhuhuh)
bawang besar dulu gue rasa 10 biji rm2.00 je
tapi semalam jadi rm3.09
bawang kecik lagi mahal weh…4.99 sebonjot ada la dua kali genggam tgn gue ni ha
(gue kene beli la bwg besar..sebab lagi murah…kalau tak nak msk camner..kata soh ubah cara hidup?bawak bekal gi ofis..masak dari rumah..kebersihan terjamin)
Kongsi Cerita
Saspen je kan baca tajuk hahahaha…..ekceli gue ada 2 benda mo story…story dari kejadian minggu lepas la….ok let reading!
Terkunci!
Alkisah last saturday gue tinggal berdua je dgn ammar since mr pres shift siang pada hari tu….mmg dah routine gue la untuk cuci toilet…mop lantai…basuh kete(ini kalau rajin..bukan rutin) kemas umah…cuci cadar sarung kusyen bagai….bila tiba time tengahari yg supposednye time ammar tido…waktu tu la supposed gue ligat jlnkan kerja-kerja tu…sebab kalau buat time ammar celik mata…memang dia akan membantu sama….tp waktu gue nak tidorkan ammar..dengan gue gue terlelap sama…bila terjaga…gue dah rugi 1 jam setengah time ammar tido…walaaaaaa…habis la….ammar siang dia tido 2 jam je..gue pun bangun la ligat wat keje…tgh-tgh gue baru nak mula wat keje tu..si ammar bangun…alaaaaa tensi la pulak…dia gi doo doo pulak tu…tu sebab bangun awal kot..terpaksa la layan dia kejap….lgipun ini la peluang dia nak main air…gue biarkan je la dia di bilik air sebelah supaya gue boleh sambung cuci toilet lagi satu…tapi gue pastikan keselamatan dia la…bilik air gue pun tile dia jenis tak licin..dan gue tak letak air lam baldi…in case la..kan….gue mula je mencuci bilik air sebelah…gue dgr dia menangis…gue tau bukan sebab eksiden ke apa…dia mesti pelik la tengok ummi dia hilang…ini satu lagi peel ammar di mana dia tak boleh tengok takde sesapa kat rumah…kalau ummi takde tp abah ada ok la…salah satu…ok pas dia nangis nangis tu gue buat tak tau je…tengah pikir sure dia mencarik ummi dia dalam keadaan bogel…huhuhuhu…..pastu gue dgr dia ketuk pintu bilik air gue…huwaa….gue jerit dari dalam…ammar!ummi ada sini gi la sambung main air….gue dgr dia lalak lalak sebut nanak nanak….gue dgr cam serius je nanis dia tu…gue pun bukak pintu…takbley la..huwaa..nampak ganyanye ammar sudey kunci gue dari dalam…..gue jerit lagi “ammar please bukak pintu…pegang balik tempat ammar pegang..!ummi takleh kuar ni..”yang gue dengar ammar just lalak-lalak…sudey…time tu gue rasa kul 3.30 petang…dlm keadaan ammar berbogel…air di bilik air terpasang membazir begitu saje….gue cuba gegarkan pintu dgn harapan pintunye engsel dari luar tu akan longgar dan membuka dgn sendiri..ammar gue dgr sudey senyap…ahhh sudah!gue lagi panikan…yg gue tau 2 cara yg gue ada…pecahkan pintu atau gue panjat memboloskan diri ke bilik air sebelah…utk pengetahuan korang…bilik air gue mmg ada lobang yg menghubungi bilik air sebelah…gue takmo pecahkan pintu..lagi naya dan gue rasa gue tak kuat untuk memecahkan pintu pvc itu…satulagi gue kene panjat lobang atas tu…mmg besar lubang tu…tp sangat tinggi…rumah gue mmg terkenal dengan siling tinggi di kuantan tu…adoi nak taknak gue kene panjat jugek…nak tunggu mr pres balik?ohtidak…ammar sedang berbogel…belum makan lagi…dan air di bilik air sebelah terpasang….gue pijak tempat flush ..satu tangan memaut lubang tu satu tangan lagi memaut shower punyer batang…dengan sekuat daya gue panjat dah fuh,…..hazab..gue dpt turun dgn selamat tanpa sebarang kecedaraan..cuma tangan gue sakit sikit…yer la memaut diri sendiri punyer berat badan mo panjat itu lubang yg agak tinggi…lucky pintu bilik air sebelah tu tak berkunci…ammar main kuar je dari bilik air tu…gue nak marah ammar pun tak gune gak…adoi……ammar…ammar…ummi report pada abah!



Ok..citer eksiden pulak..sebenarnye mmg takde kene mengena dengan cite di atas…takde yang eksiden pun dalam insiden gue memanjat lubang udara toilet rumah gue tu….sebenarnye camni..gue saje mo citer kepentingan car seat….mlm td gue sadis la tgk jenazah seorang kanak-kanak berumur setahun 7 bulan…lebih kurang sebaya ammar ni walaupun ammar dah nak masuk 2 tahun…tapi sekolah mesti sama darjah kan?budak tu mati di sebabkan tercampak dari kereta yang di drive oleh bapanya…cara tercampak tu dgn tak semena-mena si bapa membuat corner baring agaknye..pintu belakang terbuka dgn sendiri dan kanak-kanak malang itu tercampak keluar..dah la tercampak kepalanye di lenyek kereta pula…waaa sadis woo…..dari sini gue amik pengajaran…car seat mmg sangat penting…cuba bayangkan kalau budak tu dok dalam car seat?dari cerita berita tersebut..budak itu duduk di belakang dengan kakaknye..sementaraibu dan bapanye duduk di depan…kalau budak tu dok dalam carseat…pastu buckle kemas kemas kan…sekali dgn buckel seat kete tu…kebarangkalian budak tu nak tercampak kurang la kan?perghh…mintak di jauhkan dari gue….beringatkan korang-korang yg dirve membawa permata hati memasing tu…jgn ikut perasaan sangat…lelaju nak gi mana pun?lagi laju..lagi kerete kuat mkn minyak tau….minyak lak dah la mahal…so ..ingat erk..!
Kongsi Cerita
Gue telah di tembak menggunakan pistol air kepunyaan siti
Matilah mana nak carik bendera ni semua?
1) Tahun korang lahir. Jangan main tipu yer.(mana korang tau gue tipu?_
- 1990 hahahaahhaah
2) Negara tempat dilahirkan. Sila tempek bendera negara tersebut.
- Malaysia (negarayang harga minyaknye sangat mahal)

3) Negeri tempat korang dilahirkan. Sila tempek bendera negeri tersebut.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4) Nama sekolah rendah dan menengah korang. Sila tempek bendera negeri sekolah tersebut berada.
1) Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1, Kuala Lumpur

2) Sekolah Menengah Khir Johari, Sg Sumun, Bagan Datoh , Perak.


3) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Rampai, Kuala Lumpur

5) Institusi Pengajian Tinggi Korang. Sila tempek logo dan bendera tempat IPT tersebut berada.
Takda institut bley?

6) Tempat korang keja sekarang. Sila tempek logo dan bendera negeri tempat keja korang berada.
TENAGA NASIONAL BERHAD

7) Korang tinggal kat mana sekarang. Tempek la pic bendera negeri tersebut ye..
Pahang darul Makmur

9) Anak korang dilahirkan di negeri mana. Sila tempek pic bendera negeri tersebut. Yang x ada anak lagi tue…nyatakan tempat lahir mak korang yer.
-Pahang darul Makmur

10) Negeri / negara mana tempat terakhir korang lawati. Sila tempek bendera negeri/negara tersebut.
Kuala Lumpur – baru balik dari pertandingan nasyid

11) Minggu ni korang nak g mana. Tempat tu berada di negeri mana. Sila tempek pic bendera negeri berkenaan.
Takda mana nak pergi.dok dalam pahang ni je…

12) Last sekali, korang nak tembak siapa. Jangan lupa, tempek sekali bendera negeri diaorang berada.
Alaa…ni masalah nihhh…
Liza a.k.a putralady je la..dia berada di Selangor darul Ehsan
Kongsi Cerita
Hmm….nasyid tu kan..keputusan dia kitorang kalah.gi final pun tak..tak tau pasal apa ntah…mungkin suara harmoni tak mantap kot…yerlah grup lain siap sorang satu mic lagi…grup kitorang je kedekut mic..dewan bapak besar tau…bajet suara lantang la tu nak kurangkan mic….tapi tu la..terus suara tenggelam..harap solo je la yg powerfullnye pun…gaya…keseragaman semua dah ok…tu la yg kitorang rasa punca kekalahannya…
Ok…khamis pagi-pagi gue dah gerak ..drive sendiri je dari kuantan – kl… mr pres tak ikut…dia kene keje…ada sorang ahli nasyid..kira geng la..teman gue on the way ke kl…gue sorang je drive kereta sendiri…ahli-ahli lain naik kenderaan syarikat… bukan apa..senang gue nak post ammar kat mak gue heheh….gue pun tak join diorang lepak kat kancil villa bangsar tu…gue lepak rampai la… senangnak jumpe parents gue…sampai bangsar lam kul 12..pusing pusing carik villa tu…nak hantar kawan gue tu…dia join bebudak lain…
khamis malam tu gue ada rehearsal…perghhh..penat tau..settle kul 11….mlm tido kul 1 lebih pagi..dahla besok nak bangun kul 6pagi…gue kene kuar awal utk elakkan jam beb…gue tak biasa sgt jem kat kl ni kul baper dia nak congested…tp gue prepare awal-awal je…gue kuar rumah kul 6.20…sampai bangsar 6.40….tak jamm yesss heheheheeh…so siap-siap la kan pakai baju hijau sebab pagi tu ada perasmian…pastu baru perform….nerver tu ada…tp dah minum air utk ilangkan gemuruh…huhuhuhuhuh cam air selusuh la kaedahnye….lepas rehearsal puas hati la dgn persembahan..takde salah…gaya semua mantap…tp kitorang tak di beri mic sorang satu…bukan urusetia yg tak bagi…pengurus gue yg tak kasik…adehai….suara harmoni pun tak kuar….itu je spoiler dia….balik dr saringan tu kene trening lagi..cesss…cam la konfem masuk final….sebenarnye nak citer asal usul kumpulan nasyid tu…kronologi latihan…konflik dalaman ahli-ahli dia mmg tak cukup terabyte nak cite kat sini….tp tu la..mungkin ada hikmah yg berlaku ….gue lak di paksa beli kasut flat supaya tidak mencacatkan susunan..chet…ada lagi sorang yg tinggi wat….kenapa gue jugak yg kene?
hari sabtu plak kitorang kene gi balik dewan tu..nak tau sapa masuk final…dan persembahan dari final…kitorang tak masuk final pun…mmg ramai grup lain terkejut…apa yg kitorang leh jawab…kitorang takde mutu suara yang bagus…harmoni takde..pitching lari semua sebab ada yg terpakda menjerit utk cover suara org org yg ada mic(gue la tu)….
layankan la pic nasyid gue tu….agak kelakarkan baju nasyid ni…ntah la pengurus ni gile apa…dah cam badut sarkis dah aku rasa….pakai la jubah ke hapa ke..ishhh ni baju kurung pahang ..bunga bunga cinta banyak pulak tu..dah tu pakai sarong tangan….adehhhhhh




Kongsi Cerita