Erm… kalau ini lah balasan dari mu Ya Allah terhadap kesalahan yang aku lakukan di duniamu ini, sesungguhnya aku redha. Hanya Engkau yang maha mengetahui disebalik setiap kejadian. Bukan kita yang menentukannya.Ingat tu!!
Pic bawah ni masa ammar baru setel di ambil air tulang belakangnya…kesan ubat ada lagi…jadi dia tido je….kul 2 pagi baru terjaga mintak susu…then sambung tido balik.

Segala wayar yang di sambung kat badan ammar di monitor melalui screen ni

Ammar nampak tenang je kan time tido….

Time ni hari keesokkannya..dia dah jaga..jadi mintak makanan dan tak suka dengan keadaan wayar berselirat bagai tu…

Time lapar gila…semangkuk bubur pun tak cukup…lagi nak biskut teddy sepeket..

“Bila leh balik rumah ni???” Ammar merenung jendela memikirkan bila leh discharged nih….nampak tak plaste kat pinggang ammar tu….situ la paed amik air tulang belakang tu…

Ni sumbangan ehsan ..bunga dan buah yang sedap dan fresh. Bunga atas tu bunga PHSM kan?Hehehehe…..wangi gile…

Yang ni masih lam ward icu lagi..dia takmo tido…sebab rimas sangat dengan wayar berselirat tu…sementara tunggu nak ke ward biasa tu…mintak SRN cabut je la wayar tu…nothing to monitor anymore…ammar lelepak sambil layan biskut teddy..gedik je makan biskut guna sudu.

Yang ni baru trasnfer ke ward biasa…segala menan telah di bawa oleh opah…nenek dan atuk seremban lum datang lagik.Termasuk cd barney.Terpaksa bawa portable vcd player nak kasik ammar tak boring.

Tengok barney…at least takda la dia bosan…kdg-kdg bawak dia melawat sekitar sepital…anti betul dia dengan SRN yg pakai uniform kaler biru tu.

Sian dia kan..bosan..monyok je…setiap 4 jam masuk ubat…dah le kene pegang kekuat…kalau tak dia struggle je…

Ini wajah ammar sehari selepas discharged…dah happy cuma masih lemah……
Kalau nak ikutkan ammar ni budak yang jarang demam, suka sangat mkn nasi dengan sayur…kekadang ratah sayur…minum air masak cukup banyak…dia minum guna cawan..selalu nya isi penuh dalam cawan dia akan bawa sendiri cawan tu ke ruang tamu dan letak atas meja..sambung main…bila haus dia akan capai semula cawan dia tu dan minum sampai habis..cawan kosong dia hantar dapur…sayur semua jenis dia belasah..carrot..bayam…sawi…bunga kobis…kacang buncis…dia memang jarang demam..jarang sakit…
Kongsi Cerita
Assalammualaikum all,
Lama kan tak de citer ammar lam blog ni…tup tup entri baru ni timbul pulak pasal ammar dan sudah semestinya kes ammar ke ICU…memang sian tengok keadaan ammar masa tu…bawah ni kronologi kjadian yang menimpa ammar…gambar akan di update soon..cabel tak detect la pulak..dah buat macam-macam..nanti erk…
Selasa 22/01/2008
Aku cuti..sengaja EL ..byk benda nak buat..yang dalam rancangan ikut mr pres carik beday present (padahal lambat lagi beday aku heheh)…pastu kalau boleh nak jab ammar sekalik..jab setahun setengah punya..apa tu MMR2 ke apa benda ntah..ammar ari tu terpaksala antar ke nurseri sebab benda pertama nak wat carik beday present…ammar takleh ikut sebab leceh sikit kalau bawa dia…hari antar ke nurseri tu memang sihat walafiat…parents pun bertolak dari kl ari ni jugak sebab bajet rabu esoknya nak jaga ammar supaya kitorang leh habiskan kerja ngecat rumah..
Petang amik ammar dia mcm biasa..tiada tanda-tanda nak demam pun…kat muka pintu nurseri dia dah berlari sambil tarik beg trolley dia tu dan sempat la cium tgn mak angka dia tu…
Tengah malam ammar menunjukkan simptom-simptom demam…macam biasa aku bagi syrup demam tu je la…sebab dia tak panas mana pun badan..dan dia tido lena sepanjang malam…tido mcm biasa..kami sumer tak detect apa-apa sebab ammar jarang demam…kalau demam pun sekejap je..kalau demam pagi..ptg dah baik..kalau demam siang.malam dah baik..demam selalunye nak tumbu gigi…walaupun gigi yg belah depan sumer dah penuh..tinggal geraham je..jadi sebab dia tido lena..badan dia pun tak panas malam tu..kitorang tak kejutkan la ia utk kasik minum syrup demam tu..sebab apa?sebab dah terbiasa ammar demam gitu..mmg tak suspect apa-apa..selain demam biasa…
Rabu 23/01/2008
Bangun pagi mcm biasa..ammar pun biasa…tapi dia agak monyok..tak lalu nak breakfast..tp susu lalu…tp dia mmg nampak monyok..bagi lagi syrup tu ..badan rasa panas dan dedar (bahasa apa ni erk?)dan aku tinggalkan ammar dengan parents supaya kitorang leh sambung keje-keje ngecat…
Tengahari aku call parents dan tanyakan ammar…parents dah lap-lap badan dia..dia tak lalu makan..lalu susu je…parents tak tau nak bagi ubat yang mana…tapi dari report parents..badan dia tak panas mana…maklumla parents dah tua dan tak nampak serta tak faham ubat mana nak bagi…
Petang parents call bagitau ammar nye badan panas…then kitorang shoot la balik.keja pun kebetulan dapat di siapkan hari tu juga…sampai rumah dalam kul 6 petang gitu..aku rasa tgn ammar cam api..sebenarnya pernah juga rasa tgn ammar mcm tu..gi jugak klinik dulu-dulu tp paed kata demam biasa je…tp ari ni kitorang tak tunggu jgak..bawak je la ammar gi paed..
Sampai klinik paed..ammar nye suhu 40.8degrees..mmg tinggi dan paed tak tunggu lama..terus masuk ubat montot…ammar senyap dan byk monyok..lepas setelkan hal ubat sume.dengar prescribe ubat dr nurse..kitorang terus shoot balik…klinik paed dengan rumah tak jauh mana…ada la 1-2km je..maybe tak sampai koy..mmg dkt sesangat..on the way balik tu tetiba ammarnye tangan mengeras..mata ke atas..dan mulut dia dah herot..kitorang panik gila..aku dah start nak nangis..mr pres apa lagi..istigfar sepanjang jalan..dalam hati mohon yang terbaik je buat ammar…pecut gi balik klinik paed tu..langgar traffic light..drive ke lorong yg salah.semata-mata nak short cut ke klinik tu….sib baik takde kereta ..pasang emergency light..sampai di klinik paed..aku terus kuar tak sempat tutup pintu kete pun…terus dukung ammar berlari masuk klinik dan sempat mintak izin nurse nak serbu bilik doktor supaya slamatkan ammar…ammar menten dengan keadaan gitu…paed yg tgh consult patient terkejut dan berlari ke arah aku dan suruh masuk bilik treatment lain…ubat montot yg power macam air di masukkan..mulut amar dah berbuih..YaAllah masa ni mmg aku redha je ujian yang di berikan tapi tolong jangan ambil ammar….aku merayu byk kali kat paed cina tu please doc…save him..lepas je ubat tu di masukkan ammar aku dgr dia merengek…Alhamdulilah syukur…tapi in future camne?long term effect?Paed tu explain yg kalau aku ccepat bertindak ammar takkan apa-apa…mr pres baru sampai.tadi dia mencari parking yg sesuai…dan kami di nasihatkan pergi ke spital yg berdekatan…yg paling dekat Kuantan Specialist la..500 meter je dari klinik paed tu..
Sampai je emergency ward…ammar di mmg lembik giler..tak pernah aku tgk ammar selembik-lembik tu…mmg lembik habis …mcm kueh..aku dah mula menangis….doktor yg dalam emergency masukkan lagi ubat montot power ..tapi sawan ammar lagi power..baru beberapa minit masuk..amma sawan lagi..tp kali ni yg keras tgn dia je…
PAed yg standby dr siti..huwa…cepat la dtg doktor siti sebab doktor emergency ni tak tau wat apa-apa dan asyik menakutkan aku je…memacam cara dah doktor dgn nurse yang gelabah tak tentu pasal..amik barang sumer salah..grrrr aku tension kali nih….at last aku tgk dia amik tuala basah tanpa perah terus selungkup ammar sementara tunggu paed datang..yela memalam paed mana ada kat spital tu..dia standby je..
Paed tetiba sampai dan nampak agak kalut…dan mcm-mcm soalan di lempar kat aku antaranya..keturunan ada ke sawan..dua-dua belah pihak kitorang mmg free dari sawan ni…jadi dr terpaksa wat post mortem kat ammar nak tau apa punca dan cuba nak pulihkan selain slow down kan temp ammar…
Ammar nampak dah releks tapi nampak lesu..aku cuba panggil nama ammar tapi takda tindak balas..dia tak pandang pun aku..huwaaa..time ni memacam benda buruk dah ada lam fikiran.tapi tabakan jugak…peluk mr pres masa tu jugak ..pastu kene tabahkan hati…ada org lain lagi teruk dugaan dia..dan aku percaya Allah takkan bagi sesuatu dugaan tu kalau hamba dia tak mampu menghadapi nya..kira ikut kesesuaian la..wallahualam bissowap..
lepas paed wat memacam dengan ammar yang aku sendiri tak paham apokobondonye..paed terus bagi tau yang ammar kene masuk ke ICU skarang jugak…huwaa..rasa nak gugur jantung bila dengar perkataan ICU tu…tapi nak wat camne..redha je….aku ikut nurse dan doc on the way masuk icu..ammar di sorong terus dgn katil yg dia baring dari wad kecemasan tu…uwa..sampai depan ICU tu aku takleh masuk…aku ngan mr pres tunggu luar..apa la yg doc buat kat dalam tu…hukhukhuk…dalam 20 minit gak aku tunggu…penuh dengan tangisan je la..mr pres pujuk je…kdg2 nampak cam dia nak nangis gak..masa ni mmg teringat semua gelagat ammar yg melucukan tu…dia mmg budak yg aktif sebelum ni..jarang demam…jarang sakit…notti….dan cepat belajar…
doc dan nurse pun kuar..dia suruh aku masuk untuk tgk ammar…ammar terbaring tido ke tak sedar ke aku tau tau..tp mata dia pejam..wayar berselirat sana ini yang aku tak tau apa jenis dan apa fungsi dia……paed datang dan agitau ammar perlu di xray keseluruhan tubuhnya utk check sendi..otak..dan apa-apa ntah lagi la….dan aku follow ke bilik xray..ammar masih terbaring sepanjang proses xray tu….lepas xray..paed datang kat aku utk mintak izin nak amik sikit air tulang belakang..nak check sama ada kuman dah merebak ke belum…tapi kene sign mr pres..aku tanya paed takda option lain ke…paed cakap kalau tak amik dia akan duduk di icu selama byk hari la.untuk masuk kan antibiotik tanpa kompromi…dan aku tanya lagi apa risiko amik air tulang belakang tu…paed cakap kalau salah cucuk…air tulan belakang tak henti mengalir kuar dari badan akan menyebabkan maut….sekali lagi aku rasa bagi jantung aku disentap…..dan tatkala ni aku merayu pada paed tu supaya tolong la buat betul-betul…dan paed leh nasihatkan aku jgn risau..she try her best…YA ALLAH, SELAMATKAN AMMAR AIDID!…itu je yang mampu di ucapkan..mr pres pun sain…aku rasa lemah…..dan sepanjang mlm tu ammar dalam ICU dan aku menunggu result air tulang belakang ammar yang tecit tu…
Keputusan sumer aku dapat malam tu jugak…Syukur yang tak terhingga air tulang belakang ammar bersih..dan paed menjalankan tugas nye dgn sempurna…result xray pun dapat..semua sendi-sendi ammar di dalam kedudukan yang ok…seperti sediakala..semuanya ok…kesan long term pun doktor kata mungkin takda apa-apa..
Ammar perlu duduk icu sampai esok!Aku tido icu dengan ammar…dan nurse silih berganti masukkan antibiotik menerusi tiup…masuk air bagai…
Khamis 24/01/2008
Pagi kul 2 pagi lebih ammar tersedar…”kaka” perkataan pertama yang dia sebut…dan dia sengih je..aku buat susu untuk dia..tak habis..maybe takde selera….tapi dia senyum je…aku ajak dia main-main…tanya bunyi monyet camne…bunyi itik….pass tgn sebut we’re friend…semua dia buat seperti sediakala…kemudian dia sambung tido semula…ubat tu buat ngantuk kot..aku terus smsing mr pres dan syukur sgt2…
Pagi aku smsing kengkawan opis dan bos utk maklum kan cuti emergency…
Tengahari ammar bangun…aku suapkan dia bubur ayam…licin satu mangkuk (size 2 kali mangkuk taufufa)..tak cukup dgn tu dia mintak biskut teddy yg mmg ada dalam bakul susu dia…adala dalam 2 genggam dia makan…pastu mintak susu…licin…lega tengok dia makan gitu…
Paed kata mlm ni pindah wad biasa…demam dah takda….
Jumaat – Isnin 25-28/01/2007
Sepanjang ammar lam wad..dia ok..stabil…dan nurse masukkan antibiotik setiap 4 jam…tu sebab dok situ lama sebab kene habiskan antibiotik….
Alhamdulillah …syukur terlalu syukur ke hadrat Ilahi kerana beri peluang aku bersama ammar lagi…dan lepas ni ammar akan dapat perhatian lebih lagi…kalau demam kene cecepat turunkan suhu dia….
Conclusion:
1. Tiada keturunan kami yang ada sawan
2. Ammar jarang demam panas melampau…
3. Pelik…tak sampai 5 minit masuk ubat punggung…dia di serang sawan
Kongsi Cerita
Entri yang lepas-lepas aku up Luxor 1 kan?Korang dah main ke?Ok kali ni aku up yang latest punyer Luxor 3. Aku dah main dah , Luxor 3 ni display dia lagi cun la…try la!
Luxor 3
Description of Luxor3 game Luxor3, the next smash hit in this awe-inspiring series, takes you on an ethereal journey where your match-three skills are used to battle the power-hungry god of Chaos! Free the spirits of other Egyptian gods by stopping the procession of approaching spheres before they reach the pyramid at the end of their path or all will be forever lost! There are seven unique game modes and many unlockable power-ups, ball sets and shooters! The Battle for Eternal Afterlife begins here, with Luxor3!

Kongsi Cerita
Permainan “tag” merupakan entri pada hari ini. And i was tagged by Ajoy (The Last Malay Philosopher)Kali ni agak sofistikated soalannya kerana terlalu general la ajoy. So jawapan yang bakal aku beri pun general la juga ya?!
Soalan-soalan bocor nya seperti di bawah:-
1. Aku suka makan: PEDAS! *Dan, juga benda-benda pelik (contohnya, sotong mentah, ayam mentah, dsbnya)
Nasi!Sebab tanpa nasi hidup tak bermakna.
2. Aku benci makan: Ubat air..
Non-Malaysian Variety Food!Because i’m proud to be Malaysian
3. Aku suka pergi ke: Pejabat! Sebab dapat duit.. hehe..
Komputer aku!Sebab situ ada macam-macam yang nak kecuali kasih sayang.
4. Aku benci pergi ke: Kubur, sebab takut mati..
Ujian memandu!Sebab cikgu misai tu garang nak mampos!
5. Aku suka apabila: Dapat siap kan kerja!! PUAS!!
Bahagia!Rasa macam dunia ni ana yang punya!Yeah!
6. Aku benci apabila: Orang potong jalan aku! MARAH GILA!
Ada orang cari pasal yang tak tentu pasal asal usulnya!
7. Aku suka lihat: perempuan comel… *Lumrah, dah nama org bujang.
Laut!Rasa senang nak tido kalau tengok laut.(Utk kes insomnia)
8. Aku tidak suka lihat: Org cerita nak bagus, tapi sampah!
Pembunuhan ngeri, gambar eksiden ngeri, baby kene buang, baby kene bunuh.
9. Aku suka dengar: lagu!!
Aku pun suka dengar lagu!
10. Aku tidak suka dengar: ALASAN!
Lagu Sumbang!Kelaut!
And now i’m gonna tag these people!
1. Aida
2. Nana
3. Akak Pu3
4. Zu
5. Huda SMKJ
Ni hidangan gambar laut.Aku suka tengok laut.

-Pantai Batu Hitam, Kuantan
-Gambar di ambil menggunakan alat telekomunikasi berkamera SE k618i tanpa sebarang editing dari photoshop.

Kongsi Cerita