From The Dekstop of MakCikPC®

November 2007 archive

Dennis The Menace Christmas

Sejak denis the menace yang pertama..memang aku ulang-ulang tengok citer ni…dan yang terbaru kuar Dennis The Menace christmas…kali ni budak yg lain…mak ayah dennis yang lain….dan semestinya Mr Wilson dan Mrs. Wilson yang lain….tp perangai tetap sapa…denis tetap dengan sikap dia yg nak menolong tapi lain jadinye…

Untuk christmas eve kali ni…keadaan menjadi semakin huru hara..tau-tau la perangai denis kan…sampai ada sorang bapa ni siap buat Dennid Clause tu jual insuran kalau berlaku apa-apa kerosakan..kerugian…yg disebabkan oleh dennis..heheh…erm mmg best citer ni…ending citer ni beri kesedaran pada mr wilson…dan dennis hepi mendapat hadiah krismas nya sebuah basikal..pemberian mr wilson…

Sinopsis:

Dennis Christmas is a Dennis The Menace version of A Christmas Carol where Mr. Wilson plays his own version of Scrooge. While Dennis has problems of his own with the neighborhood bully, he does his best to try and give Mr. Wilson the Christmas Spirit. Dennis causes his usual damage and Mr. Wilson ends up breaking Dennis’ spirit. An Angel of Christmas Past Present and Future steps in to help save Christmas for the Mitchells, the Wilsons, and everyone else.

Image Hosting

Kongsi Cerita

Create folder tersembunyi

Sebelum ni aku menggunakan cara folder option utk menyembunyikan folder secret dan p&c aku…tapi cara ni menyukarkan aku nak carik balik mana icon nye setiap kali nak buka folder tersebut…benda ni terpaksa di buat berulang-ulang kali..agak tak flexible pulak kan…jadi terjumpa tips lagi menarik yang aku nak kongsi ngan korang sumer macam mana nak hindar folder p&c korang drpd pandangan mata yang tak sepatutnya melihat…tambahan ada yg menyimpan list pastword sumer kan…bahaya gak tu…tips kali ni aku dapat dari blog azumass…kredit to azimass sudi share tips-tips berguna!

Langkah pertama :
Klik Kanan –> Select ‘New’ –> Folder

Langkah Kedua :
Sekarang “Rename” Kan Folder Tersebut

Tekan “ALT”, jangan lepaskan kemudian tekan 0160 pada Num Lock Keyboard anda.
Pastikan folder anda seperti gambarajah dibawah

Langkah Ketiga :
Klik Kanan pada folder, pilih properties.
Anda akan dipaparkan seperti gambarajah dibawah

Klik pada Customize –> Change Icon

Langkah Keempat :

Pilih Icon tersembunyi seperti gambarajah diatas.
Klik Ok, Kemudian Apply..

Sekarang anda telah berjaya membuat satu folder tersembunyi, untuk kepastian klik pada kawasan folder tadi. Anda akan dapat lihat kotak biru kecil seperti dalam gambar diatas. Selamat mencuba :)

Image Hosting

Kongsi Cerita

Harga Minyak Naik: Rakyat Ditipu, Kerajaan Goyang Kaki, Petronas Raih Laba

Kondisi ekonomi Negara semakin tenat ekoran kenaikkan harga bahanapi Petrol sebanyak RM 0.10 dan Diesel RM 0.20 pada minggu lepas. Jika dibandingkan dengan Brunei harga minyak Malaysia terlalu mahal dan tidak setara dengan jumlah telaga minyak yang telah digerudi oleh Syarikat – syarikat cari gali.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) turut merasai keperitan yang ditanggung oleh rakyat dan merasakan bahawa sudah tiba masanya rakyat bangkit untuk menegur ‘urusniaga’ yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) bersama syarikat – syarikat carigali minyak.

“Pemantauan Berita Harian mendapati harga ikan bawal putih di Pasar Besar Ipoh melambung sehingga RM30 sekilogram pada 7 Mei 2005, iaitu meningkat RM8 berbanding RM22 pada Selasa lalu manakala harga bawal hitam naik RM1 daripada RM13 kepada RM14 sekilo.

Harga bawal hitam di Pasar Awam Johor Bahru pula meningkat RM2 daripada RM12 kepada RM14 sekilo. Harga sotong di Ipoh juga meningkat, iaitu daripada RM8 kepada RM11 sekilo, sementara di Melaka meningkat RM1 kepada RM10 sekilo.

Harga kacang panjang dan ikan kembung di Ipoh, masing-masing meningkat 30 sen sekilo daripada RM2.50 kepada RM2.80 dan RM7 kepada RM7.30 manakala bawang besar meningkat sebanyak 20 sen kepada RM1.60 sekilo.

Di Johor Bahru, harga cili merah turut meningkat sebanyak RM2 sekilo dari RM5 kepada RM7 manakala di Seremban meningkat 20 sen kepada RM4.

Harga kubis bulat di Johor Bahru dan ibu kota pula meningkat sebanyak 50 sen sekilo kepada RM3 manakala di Alor Star sebanyak 20 sen daripada RM2 kepada RM2.20 sekilo.

Harga sawi di Johor Bahru juga meningkat 50 sen kepada RM3 sekilo manakala di Seremban sebanyak 30 sen daripada RM2.50 kepada RM2.80 sekilo.

Sementara itu, harga telur gred C di ibu kota meningkat sebanyak empat sen sebutir kepada 24 sen; tetapi kenaikan di Johor Bahru dan Ipoh hanya satu sen masing-masing 27 sen dan 26 sen.

Harga santan turut meningkat di Seremban, iaitu daripada RM4 kepada RM4.50 sekilo manakala daging segar tempatan meningkat sebanyak RM1 kepada RM16 sekilo.

Harga ikan tenggiri di Seremban pula meningkat 40 sen sekilo kepada RM16.40 manakala di Johor Bahru dan Ipoh meningkat RM1 sekilo masing-masing kepada RM17 dan RM14.

Di Johor Bahru, harga udang sederhana meningkat sebanyak RM2.50 daripada RM13 kepada RM15.50 sekilo manakala di Seremban dan Melaka masing-masing meningkat sebanyak RM1 sekilo kepada RM17 dan RM10.”

Walaupun pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah berjanji untuk membuat pemantauan tetapi kenaikkan harga barangan keperluan ini tidak dapat dielakkan kerana ianya dipengaruhi oleh kenaikkan harga bahan api diesel dan petrol.

Persatuan Ampunya Lori Pan-Malaysia (PMLOA) pula mengumumkan kenaikkan 25% harga sewaan lori bermula 16 Mei 2005. Kenaikkan ini juga disebabkan oleh pengaruh kenaikkan harga minyak. Harga baru ini pastinya akan menambahkan lagi kos penghantaran dan akan mendesak pengeluar dan pengedar barangan kilang menaikkan harga barangan yang dibawa keluar dari kilang selepas ini.

Secara keseluruhannya kenaikkan harga ini bukan sahaja membebankan orang yang memiliki kenderaan sendiri, tetapi bayi dalam buaian pun terpaksa menanggungnya kerana harga susu mereka juga pasti akan naik selepas ini.

Sebelum ini Kerajaan BN mengumumkan bahawa langkah untuk menaikkan harga bahan api dibuat sebagai langkah membendung kenaikan subsidi yang ditanggung kerajaan. Tahun lalu, kerajaan menanggung subsidi produk petroleum sebanyak RM4.8 bilion. Jumlah tersebut dijangka meningkat pada tahun ini dengan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM8.96 bilion jika harga runcit kekal pada paras sedia ada. Pada masa yang sama, kerajaan juga akan mengorbankan sebanyak RM7.85 bilion dalam bentuk pengecualian cukai. Ini bermakna kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM16.8 bilion.

Walaubagaimana pun, dalam kenyataan media pihak Syarikat Minyak Kebangsaan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) PETRONAS meraih pendapatan lebih RM120 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2005. Jumlah ini juga dijangka meningkat lebih tinggi pada tahun hadapan selepas kenaikkan 25% harga minyak pada hari ini.

Justeru itu, pihak DPPWP melihat bahawa pihak PETRONAS berjaya meningkatkan keuntungannya walaupun hakikatnya rakyat Malaysia terpaksa menanggung kerugian yang banyak ekoran kenaikan harga Minyak dunia. Keadaan ini tidak seharusnya ditanggung oleh rakyat kerana minyak yang menjadi sumber asli Negara merupakan hak rakyat dan rakyat berhak untuk mendapatkan subsidi dari pihak kerajaan untuk itu.

Pihak Kerajaan seharusnya menyemak semula Kontrak Carigali Minyak yang dimeterai bersama PETRONAS dan juga syarikat – syarikat carigali minyak yang lain bagi memastikkan royalti yang diberikan kepada pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mampu untuk menjaminkan subsidi bagi rakyat.

Kerajaan BN tidak perlu mempersoalkan sikap mengharapkan subsidi oleh rakyat tetapi pihak Kerajaan BN harus menjawab tentang hak rakyat yang belum mereka tunaikan setelah pihak Kerajaan BN memberikan konsensi carigali minyak kepada pihak Swasta. Kerajaan BN tidak seharusnya melepaskan diri dengan mengatakan “Rakyat tidak boleh terus hidup dengan bergantung subsidi” sedangkan pihak swasta terus meningkatkan kekayaan mereka dalam keadaan rakyat hidup tersepit.

PETRONAS sebagai salah sebuah syarikat yang dimiliki oleh pihak Kerajaan seharusnya menunjukkan keprihatinan dengan mengurangkan harga minyak yang dijual di dalam Negara dan tidak melihat kepada harga pasaran dunia sahaja. Kerajaan tidak seharusnya membiarkan pihak PETRONAS dan syarikat minyak lain ‘berniaga’ dengan rakyat Malaysia dengan cara yang merugikan rakyat. Mereka ambil ‘barang’ rakyat dengan harga yang rendah kemudian jual semula kepada rakyat dengan harga yang 10 kali ganda lebih mahal dari apa yang kita terima.

Kerajaan BN kini bergoyang kaki sambil melihat rakyat terus tertipu oleh desakkan ekonomi yang kian menghampiri jurang inflasi. Kerajaan BN tidak seharusnya mengambil tindakkan mengumumkan kenaikkan harga minyak dengan cara paksa tanpa melihat realiti dan kemampuan rakyat.

Jika keadaan ini dibiarkan terus berlaku, tidak mustahil harga petrol dan diesel menjelang penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan akan bernilai RM 2.00 seliter.

DPPWP juga berasa hairan bagaimana barangan terkawal seperti Diesel boleh dijual dipasaran gelap dalam Negara. Sebelum ini, tindakkan Kerajaan BN yang marahkan nyamuk (Penyangak diesel) dan membakar kelambu dengan cara menaikkan Kuota diesel dilihat gagal dan akhirnya mereka cuba membakar rumah pula (Menaikkan harga minyak).

Sebenarnya, inilah hadiah Kemenangan Kerajaan BN buat Rakyat yang sentiasa dipergunakkan oleh mereka. Seharusnya pihak Kerajaan BN mengakui kelemahan yang ada dan tidak menyalahkan orang lain sahaja. Pendekatan Pak Lah yang asyik menyalahkan Penyangak Minyak ini, adalah sama pendekatan Mahathir yang menyalahkan George Soros ekoran kerunduman ekonomi Negara pada tahun 1977-1998.

Jika inilah rupa pemerintahan Pak Lah, PAS yakin bahawa tahun 2008 pastinya akan menzahirkan gelombang kebangkitan rakyat untuk menukar teraju kepimpinan Negara. Dan kenyataan inilah yang seharusnya rakyat terima dan membuat perubahan di masa hadapan agar Negara menjadi lebih aman dan stabil.

p/s: Ntah la..aku tak tahu dan tak memihak pada mana-mana pihak…tapi memang terasa duit kuar lain mcam banyaknye berbanding suku dekad sebelum ni…. ntah la….petikan di atas merujuk pada kes minyak naik 30sen dulu…

Image Hosting

Kongsi Cerita

Camner nak make sure yg RAM kite rosak?

Jalan-jalan dalam dunia cyber ni dah tentu la aku jalan-jalan web ilmu..ilmu apa?ilmu pc la…tu la feveret aku…dalam jalan-jalan menyusuri hiway multimedia ni aku accidentaly singgah ke blog bro. ni…erm jadi tribute kat blog bro ni…aku byk gak study dgn dia dan menjadi silent reader je…

aku paste kan kat sini tips nak makesure ram rosak atau tak…ekceli cara ni aku pernah cuba utk pc ofis aku ni…mmg bebetul rosak la..so tips ni memang betul la..korang leh cuba…

1. Kenalpasti masalah RAM
Cara mengenalpasti masalah RAM , apabila keluar bunyi beep.. bunyi beep ni, dikeluarkan dari motheboard [papan induk] anda.. Bunyi ni dihasilkan apabila BIOS [Basic Input Output System] mengesan masalah pada RAM anda, samada RAM rosak atau RAM tidak dilletakkan dengan betul…Jadi periksa RAM, pastikan dipasang dengan sempurna…

2. Cabut RAM anda
Banyak komputer saya dah cuba bagi tips ni, :wink: .. Cabut RAM anda daripada motherboard.. Gunakan pemadam pensel [yang putih tu, masa zaman belajar dulu] :) , raba atau gosok pada jejalur emas kat RAM tu, kemudian lapkan dengan kain kering… Sebab apa ?.. Satu faktor kerosakkan RAM adalah disebabkan kesan [cap jari @ sbg] atau habuk yang melekat pada jejalur emas yang menggangu arus elektrik pada RAM tersebut.. Proses ni bagi membersihkan kekotoran yang mungkin melekat pada RAM.

3. Berus Slot RAM
Sebelum anda memasang RAM, anda sapu slot RAM tu menggunakan berus cat, berus cat yang mahal ker?.. tak kisahlah yang penting [berus cat yang tidak mudah tertanggal bulunya]. :) . proses nie bagi membuang habuk-habuk yang berada pada slot tersebut..

4.Pasang semula RAM anda
Anda boleh pasang semula RAM anda, jika ada masalah lagi..barulah confirm RAM anda rosak. :)
-jangan sesekali pegang pada jalur emas pada RAM apabila anda pasang, mungkin tiada masalah sekarang, tapi masalahnya akan timbul akan datang.
-anda juga boleh gunakan tips ni bagi perkakasan lain, seperti AGP card, network card @ sound card..

Happy menggodek pc anda…

Image Hosting

Kongsi Cerita

Malas wish!

Erm….malas dah nak wish-wish….semua item dalam wish ni kensel serta merta!

malaswish.jpg

Image Hosting



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.