From The Dekstop of MakCikPC®

December 2006 archive

Tahun Baru, Azam Baru!!!Welcome 2007

Aku rasa cepat betul masa berlalu…tup tup dah hujung tahun 2006…tup tup ammar dah 5 bulan…rasanya macam baru je aku rasa dia “kick” dari dalam perut…rasa macam baru je hubby hadiahkan besday present masa besday aku dulu…cepat betul masa berlalu sekarang….dan umur aku pula semakin banyak angkanya…bukan macam dulu lagi..bukan macam zaman anak dar lagi…tahun 2007 bakal menyambut aku dengan gelaran ibu sepenuhnya…

Macam orang lain, tahun baru ada saja azam yang ingin di capai…tak lepas dengan aku..macam-macam yang aku nak jadikan..ubahkan…apa yang aku harapkan tahun baru nanti aku dapat jadi seorang isteri yang tidak pernah mengabaikan suami demi si kecil dan menjadi ibu yang tidak pernah menyisihkan kasih sayang pada si kecil demi suami! Berat betul azam ni aku rasakan tapi itu lah yang aku paling harapkan dan azam seterusnya aku nak bahagiakan kedua ibu bapa aku selagi diorang masih hidup..

Sepanjang 2006 aku menyaksikan seorang demi seorang sedara mara yang tua pergi mengahadap Ilahi yang maha suci…tak mustahil satu hari nanti ibubapa ku juga akan menyusur….selagi ada saki baki hidup mereka ini selagi itu la aku berazam untuk ceriakan hidup mereka sepertimana mereka ceriakan hidup aku semasa aku kecil dulu….

Apabila kita sibuk menanti kedatangan 2007, jangan dilupa kenangan-kenangan 2006, semuanya manis bagi aku…merayakan harijadi pertama sebagai seorang isteri, mengalami 40minggu membawa permata hati, membeli rumah pada bulan anniversary perkahwinan aku yang pertama, pengalaman melahirkan baby sulung dengan mudah, merayakan Aidilfitri dan Aidiladha bertiga.Erm..semuanya buat aku tersenyum sendiri….

Apa yang aku harapkan semoga keluarga kecilku ini di limpahi rezeki dan ketenangan dan di jauhi dari segala bala bencana dan malapetaka……aku sayang hubby. aku sayang ammar. Muahhhh

Kongsi Cerita

Bicara seorang lelaki…..

teringat pasal satu story…seorang lelaki balik rumah…dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;;masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut…ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya….sepi tiada jawapan
masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak bercuci.mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak
masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam
lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku..”awak sakit ke?”..tanya lelaki itu.. “tak lah”, jawab isterinya ringkas”kenapa teruk sangat rumah kita hari ni”, tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam…
balas isterinya “wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang…..

NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI…….
“Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…
Best baca sampai abis!!!. It’s true.
To share..Dari Ilham seorang lelaki..As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i’m off duty, sure at times boleh membuatkepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmm lah!!
But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”,aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no oneto criticise. Everything will be smooth… Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘assshheemmmm’, tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil…Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati.

Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.
Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best.Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai.Toilet dah mula licin berdaki…lantai dah berbelak, tak dimop…Every nite, every the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly… bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun….belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri…begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..
So guys out there… jgn buli isteri kita. Tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV or tidor melengkor. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita… Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!! Dah le mak bapak dia letak hantaran rendah. Patut kita kena besyukur.
And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi… penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita…tak rela!!!
So to all mums and wives out there… life will be meaningless without you
Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah takbermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!
Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she’s around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter…. pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut…
And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan “dear” sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!
But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam “haunted village”. Pada ketika itulah baru kita sedarbahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI… Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nakmembebel, takde orang nak pulas telinga.
Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.