From The Dekstop of MakCikPC®

November 2006 archive

Macam-macam hal….

Perghhhh lama juga tak membebel kat sini. Since sebelum cuti raya aku sibuk di ofis. Di rumah hubby pulak sibuk guna pc. Takda peluang nak update. Meh sini aku nak bercerita…baca erk ;)

20/10/2006
Hari jumaat ni besday hubby. Memang aku dah plan nak plesen kan dia satu jeans yang termahal (bagi aku la…) hehehhe…Pagi jumaat di ofis aku biiiiizzziiiii sangat dengan meeting. Tengahari rehat yang panjang aku melarikan diri sorang-sorang ke Megamall depan ofis ni sambar selai seluar jeans Levi’s® 505 untuk hubby?Size?Hahahaha sumpah aku tak tahu. Bukan tak prihatin, lain jenama lain size dia. Aku pun tanya la pada salesgirl yang sedia berbakti untuk pelanggannya. “Dik..akak nak beli jeans untuk hubby akak tapi tak pasti size dia camne…hah macam lelaki tu..dia pakai size apa erk” Dengan selamba je aku tunjuk mamat ntah mana yang aku rasa memang satu saiz dengan hubby. Aku memang tak konfiden tapi salesgirl tu manyakinkan aku kalau tak sesuai sizenya boleh datang balik tukar. Yes!!..takpa beli dulu kendian baru tukar. Setelah menggeletar tangan mengeluarkan note RM50.00 yang banyak keping tu aku pun sambar beg kertas kaler merah putih tu dan blah ke kedai lain. Aku nak cari kad pulak. Time ni aku berkira-kira samada nak beli kad besday or kad raya. Aku decide beli kat raya la sebab untuk besday dah ada seluar.Puas aku belek kad raya yang sempoi tapi special. Hubby bukan jenis yang minat bunga-bunga kalau beli kad.Dah dapat apa yang aku nak aku terus lari balik ofis..sampai je semayang zohor dulu pastu aku tulis kad raya…
Petang sebelum balik mula drama air mata kat ofis. Biasalah yang banyak dosa mesti sedih. Aku pun sedih gak tapi bukan jenis yang murah air mata. Hehehehe. Lepas salam semua aku tunggu hubby kat bawah. Punyala lama…dari jauh aku nampak kereta putih hubby dan aku tayangkan beg kertas merah putih tu. Waaa senyum bukan main lagi. Terus wish hepi besday dalam keta gak. Takda kek memandangkan aku bergegas nak amik Ammar kat babysitternya. Hari ni merupakan hari last dia kat rumah orang tua tu. Buka puasa kat rumah je memandangkan Ammar bukan nak duduk kat luar.

22/10/2006
Aku dan hubby setuju untuk beraya di KL dulu dan petang Ahad aku baru gerak dari Kuantan dan berbuka puasa di tepi Hiway di Maran. Kitorang just tapau dari McD je yang sempat aku beli di MegaMall sebelum melepasi gerbang pantai timur tu.Aku terpaksa berbuka bergilir-gilir dengan hubby memandangkan Ammar yang taknak tido dalam kereta.Hmmmppp…sanggup dia tahan mata dia…
Sampai kl tepat 9.30mlm. Mak takda, pergi terawih…yang ada abg aku yang baru balik kerja. Ammar diorang terkam dulu ish…ish…
Ammar tidur lena sebab dalam kereta tak dapat tidur..hahahah…malam tu lenanya aku tidur.Penat gak tak dapat tidur sepanjang perjalanan dok layan Ammar je.Hubby penat drive.

23/10/2006
Aku tinggalkan Ammar dengan mak kat rumah dan keluar shopping dengan hubby. Fuh selesa sungguh. Baru la aku dapat shopping raya dengan tenang. Kalau tak, nak bawa Ammar sekali eii tidak la…dah banyak kali aku cuba bawa Ammar shopping bersama..tahan 1/2 jam je..lepas tu meraung raung nak balik rumah.Adeih…

24/10/2006
Yahoo…..dapat aku puasa penuh sebulan.Raya pertama cuma pergi 2 buah rumah dan berkumpul semuanya disitu. Petang aku ajak mak balik cepat2. Takut ada yang menyakat ammar nanti. Lagipun Ammar asyik meragam je pergi rumah orang. Payah aku nak makan dengan tenang

25/10/2006
Raya kedua pun sama seperti semalam…raya dua buah rumah je belum maghrib dah balik.Malam layan tv.Ada sedara datang pulak….

26/10/2006
Tghari aku gerak ke Seremban. Tak sempat jumpa Abang aku di Johor yang akan beraya di KL pula.Sejak ammar lahir dia masihbelum tengok muka Ammar.Hanya tengok di gambar je.Hubby nak cepat2 balik Seremban. Rindu la tu dengan maknya.

27/10/2006
Bertolak ke Masjid Tanah kampung hubby. Tapi sebelum tu kitorang ke Kuala Pilah dan beberapa tempat lagi. Maghrib baru sampai kampung. Punyala ramai umat. Mana taknya semua 11 orang adik beradik MIL aku ada kat situ dengan anak-anak diorang. Semua bilik dah di book terpaksa kami semua tidur di luar. Ammar dapat gak buaian dia. Huh…

28/10/2006 pagi-pagi aku dah bangun semayang subuh, iron baju dan sarapan supaya tak berebut dengan orang lain.Dah setel semua aku mandikan Ammar. Sementara mandikan ammar hubby pun mandi. Nanti senang dia pegang ammar aku boleh mandi dan bersiap.Tengahari baru sampai bandar Melaka. Sepupu hubby kawin. punyer la tensen Ammar asyik nangis je. Tak tidur langsung sampai la balik ke Seremban. Sampai seremban dah malam. Huhuhu aku bengang betul!

29/10/2006
Lepak rumah je malas aku nak beraya. Tengahari bawak Ammar pi berubat. Kononnya Ammar asyik nangis je. Aku tau Ammar nangis bukan sawan ke hapa…dia memang tak suka berjalan. Apsal aku jaga dia kat Kuantan senang je dengan syarat jangan bawak dia keluar sebab dia memang nak lepak kat buaian dia je…..tanya kat org yang ubatkan Ammar tu dia kata Ammar takda sawan. see!! aku dah kata…aku je yang faham Ammar camne….



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.