From The Dekstop of MakCikPC®

October 2006 archive

Ammar oh Ammar…


“Opah” dah takmau jaga Ammar..huhuhu…menggelabah la aku ngan hubby nak cari mana pulak bbsitter dalam masa terdekat ni. Susah sangat hantar Seremban je. Aku tak setuju betul. Kalau dekat takpala..boleh jenguk hari-hari. Ini jauh. Hari ni aku pergi keje melilau dok cari dan tanya org sana sini. Semuanya jauh-jauh.Sampai masa nanti aku nak je tampal poster “Babysitter di perlukan”.Aku dah agak Ammar akan meragam bila tiba 2-3 hari sebelum dia buang air besar. Memang style dia macam tu. Bukan jenis membuang hari-hari.Aku dah rujuk paed. Since muka dia tak meneran-neran takda masalah. Ammar bukan sembelit. Tapi bila tiba 2-3 hari untuk cukup seminggu dia simpan uk-uk dia akan meragam dan minta perhatian lebih. Dia takkan tidur lena punya. Dia nak orang layan. Aku dah perhatikan dah perangai si Ammar ni. Tapi bbsitter belum faham lagi. Yela berapa hari je dia baru jaga Ammar. Mungkin Ammar sukar di handle jadi bbsitternye pun surrender jaga sampai hujung bulan ni je. Tak terfikir pulak aku pasal nursery.Kalau dah takda choise aku terpaksa hantar nursery walaupun aku banyak dengar cerita nursery ni teruk dan tak berbaloi dengan apa yang kita bayar pada diorang.aku sedapkan hati aku tak semua nursery begitu.Sehari lepas Ammar buang uk-uk dia Ammar tidur lena dan bangun menyusu dan sekali sekala dia taknak tidur lepas menyusu.Dia nak main. Kalau main pun sekejap je..setengah jam macam tu dia minta di masukkan dalam buaiannya.Ammar oh Ammar…please being a good little boy sayang………nanti ummi upah susu……

Kongsi Cerita

First day Ammar on his babysitter

Hari ni Ammar mula di hantar ke babysitternya. Camna la agaknya keadaan dia. Tengahari aku call makcik tuk tanya Ammar macam mana. Makcik kata dia takmau tidur. Aku dah agak semuanya gara-gara buaian tu. Aku kalau boleh taknak Ammar susahkan makcik tu. Adeih rasa macam nakbeli lagi satu buaian elektrik tu. Tapi makcik sendiri mengaku dia tak pandai guna elektrik-elektrik ni. Takkan dia nak buai Ammar sampai Ammar terlena?Ammar bukan senang nak lena melainkan kalau berenjut. Bila dah lena nak angkat ke nak karaoke ke belasah je. Masalahnye sekarang nak melenakan dia.Adeih tak jadi kerja la orang tua tu. Jangan la dia fedup dengan Ammar sebab bukan senang aku nak cari babysitter lain kat sini. Aku agak dia kat rumah “opah”nya tu tak dapat tidur lena sebab malam tadi dia bangun sekali je nak susu. Aku pun dapat tidur lena dan hari ni ada la tenaga nak siapkan kerja yang menimbun. Yea besok cuti.!!!!!!

Kongsi Cerita

Just Me, Hubby and Our Little Baby…

Selasa yang memenatkan selepas aku hantar mak abah balik kl. Bermulala kehidupan 3 beranak yang jauh di perantauan. Selasa juga aku mula kerja dan Selasa jugalah hubby cuba jaga Ammar sementara aku bekerja dan kebetulan cuti dia remain 3 hari lagi, dan kebetulan juga aku belum bersua muka dengan bbsitter Ammar. Harap=harap semua berjalan dengan lancar dan Ammar tak buat hal kat rumah tu. Sepanjang hari aku di timbuni dengan work load hari Isnin punya di tambah dengan sebahagian hari Selasa. Muntah darah aku nak setelkan semua secepat mungkin memandangkan aku memikul tanggungjawab yang besar menjaga imej dept. PCM yang selalu jadi tempat aku melepak pun aku tak dapat nak masuk .. kalau dapat pun sekali dua je. Petang ni hubby fetch aku kat ofis bawa Ammar sekali..ye la takkan nak tinggal Ammar kat rumah kan. Hubby sampai je terus tengok Ammar..waaa tengah tidur kat seat dia dan he looks clean!!. Hubby ajak pi param memandangkan nak masak memang tak sempat la. Sampai param dengan Ammar sekali aku bawak..letak dalam stroller dia..dia terjaga dan diam. Ntah apa yang dia fikir tak tahu la. Sepanjang jalan kat param dia diam je dan jadi tumpuan ramai. Ntah la tak tahu kenapa orang dok pandang. Salah kot bawak baby gi param. Cam tak sesuai lew tu nak bawak jenjalan pun pi la taman wakakakaka.



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.