From The Dekstop of MakCikPC®

September 2006 archive

Aku Kekasih, Isteri dan Ibu…


Kekasih….
Yela..kekasih kepada suami dan anakku. Dua-dua berebut nak dapatkan kasih sayang dan belaian. Sekarang ni 24 jam aku rasa macam tak cukup je. Apapun setiap hari aku belajar merancang waktu supaya kedua-duanya tidak kekurangan mendapat kasih sayang ku. Sayang kalian berdua muah!!!!!!

Isteri….
Bagi aku walaupun dah ada baby dan, tapi hubby janganlah di abaikan pulak. Mula-mula aku memang tak biasa dan kadang-kala timbul sedikit sengketa dengan hubby bab berebutkan perhatian. Aku mengaku yang aku tak banyak pengalaman dalam menangani kes ni. Orang lain tak tau la. Bayangkan lah kalau dulu seluruh perhatian kita hanya untuk dia, tiba-tiba la ada “orang baru” muncul dalam hidup kita, lepas tu kita pula asyik tumpukan perhatian 100% hanya untuk “orang baru” yang tak sampai sebulan pun kita kenal. Sampaikan kita terlupa yang hubby belum makan lagi. Kalau dulu setiap kali pulang kerja dah tersedia minuman sejuk untuk sejukkan hatinya dan kita pula kengkap dengan pakaian bersih menyambutnya pulang dari kerja, tiba waktu makan terhidang makanan kegemarannya, sebelum pergi kerja, stokin, jam, baju dan walletnya semua di tempatkan rapi di satu tempat supaya senang hubby mencapainya. Tiba-tiba pulak sejak “orang baru” tu hadir semua tiada lagi. Air minuman terpaksa di buat sendiri. Nak ngadu sakit-sakit badan minta di urut tengok kita tengah susukan “orang baru” tu. Bila malam, belaian isteri di perlukan supaya hubby dapat tidur lena terpaksa di tolak kerana penat seharian melayan kerenah “orang baru”. Aku rasa sesiapa pun yang baru beranak sulung macam aku mengalami semua yang aku katakan tadi. Perubahan budaya kot! Selepas sebulan aku dah dapat rentak dia. Practice Make Perfect! Dan apa yang boleh aku cuba ialah pengurusan masa dan pengertian hubby sekiranya ada satu-satu waktu contoh bila “orang baru” tu sakit aku terpaksa bagi perhatian lebih pada dia dan aku juga harapkan hubby turut berkerjasama memberi perhatian sepenuhnya pada dia. ;)

Ibu….
Sewaktu aku mula dapat tahu aku pregnant 6 minggu excited ada macam tak bersedia pun ada. Macam-macam lah yang aku fikir. Badan aku nanti macam mana la. Nanti dah ada baby sibuk la. Tak boleh main netball la. Tak boleh berkepit-kepit dengan hubby la. Yang seronoknya pula aku fikir mesti aku dengan hubby bertambah bahagia tengok baby tu membesar, tak sabarnya nak dengan baby tu sebut aku ummi ke mama ke mummy ke ibu ke mak ke. Lepas tu tak sabar nak bawa dia jalan-jalan. Eiii memacam la. 48minggu aku mengandung Alhamdulillah aku takda alahan yang teruk. Aku cuma muntah sekali sahaj sebab perut dah masuk angin sebab makan lambat, habis semua makanan keluar balik. Yang kelakarnya bila pergi dapur je aku bau busuk sangat. Aku tak boleh bau dapur. Puas la aku mop lantai tu hari-hari supaya wangi, tak hilang juga bau busuk. Hubby tak bau pula bau busuk tu. Heheh yerlah bukan dia yang pregnant. Sebulan juga la aku dengan hubby makan kat luar. Aku cukup suka main game. Yang paling pelik aku semakin angau dengan hubby. Bila pergi kerja terkenang-kenang. Rindu sangat. Orang kata nak dapat anak perempuan. Tapi yang keluar lelaki ni apa citer?Hehehe…Tatkala lahir saja Ammar aku rasa macam ntah..pelik betul. Aku macam tak excited pulak. Aku selalu tenung muka dia. Mungkin belum mesra. Bila masuk hari ke-2 aku dah boleh susukan dia, aku jadi bertambah sayang. Tak boleh pisah sekejap mesti sedih. Sepanjang berpantang aku suka tenung muka dia dan cakap dengan dia. Macam-macam yang aku cakap pada dia dan dia diam seolah-olah faham dengan apa yang aku katakan. Apabila menjadi ibu timbul perasaan menghargai ibu aku. Setiap malam aku berjaga melayan kerenah Ammar yang kadangkala taknak tidur membuatkan aku berfikir mungkin begini la juga yang di hadapi oleh ibuku sewaktu aku kecil. Setiap hari aku belajar mengenal jenis-jenis tangisannya. Bila cuti bersalin ku tamat aku kembali ke ofis macam biasa dan perasaan rindu terhadap ammar menjadi-jadi. Apa yang boleh aku katakan di sini menjadi seorang kekasih,isteri dan ibu adalah sesuatu yang sempurna.

Kongsi Cerita

Hikmah Ramadhan

“Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan”.

Ramadhan menjelma lagi. Tahun ni berbeza sekali kerana aku menyambut bulan mulia ini dengan ahli keluarga yang baru. Rutin hidup pun berubah. Ntah mana datang kekuatan untuk aku berpuasa di samping menjalankan tugas di pejabat serta tugas di rumah walaupun kadangkala dugaan menjenguk iman aku yang senipis bawang ini untuk menguji di mana kesabaran ku sebagai kekasih, isteri dan ibu kepada suami tercinta dan anak tersayang ini. Apa yang aku harapkan dari kerahmatan bulan penuh kemuliaan ini adalah keredhaan dan pengampunan atas kesilapan dan kesalahan yang aku lakukan mahupun secara sengaja ataupun tidak sengaja dari suamiku, kedua ibubapaku, kedua ibubapa mertuaku, adik beradik ku dan sahabat handai semua realiti atau secara siber. ®

Kongsi Cerita

….tidurla manja…

“Suriram ram ram
Suriram manisku
Aduhai anakku sayang
Suriram jantung hatiku
Tinggilah tinggi si matahari
Suriram
Anaklah kerbau mati tertambat
Suriram
Sudahlah lama ummi mencari, sayang
Baru sekarang ummi mendapat

Suriram ram ram
Suriram manisku
Aduhai anakku sayang
Suriram jantung hatiku”

Photobucket - Video and Image Hosting


Kongsi Cerita

…..maafkan dinda……

“……..tiada apa yang dinda harapkan selain restu dan keredhaan kanda untuk diri dinda. Maafkan dinda yang melampau akibat terjerumus dengan bisikan sang iblis yang sentiasa berazam merosakkan keharmonian rumahtangga anak adam walaupun dia menangis pada hari pernikahan kita, tapi dia (iblis) tetap akan mencari peluang dan menghasut secara halus untuk mengegarkan tiang arasy. Dinda pohon kemaafan di atas keterlanjuran kata-kata dinda. Dinda hanya inginkan sebuah pergertian dan penghargaan………”



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.