From The Dekstop of MakCikPC®

August 2006 archive

21.07.2006 1327hrs lahirlah Ammar Aidid

20 July 2006

Hari ni aku terpaksa kejarkan semua kerja aku supaya cepat setel.
Memandangkan esok hubby kerja siang dan tak boleh temankan aku
pergi weekly checkup yang jatuhnya pada esok hari.
Jadi aku pilih hari ni untuk jumpa gynae yang bakal menyambut kelahiran aku nanti atas nasihat
doktor panel aku.

1630hrs
Aku dah bersiap sedia tutup pc dan kemas semua barang-barang dan tunggu hubby untuk jemput
aku ke hospital.Macam biasa aku suruh hubby parking saja kereta di bangunan TNB ni sebab aku masih mampu lagi
berjalan ke KMC yang memang bersebelahan dengan bangunan TNB ni. Hubby pun tak kisah.
Sepanjang mengandung aku memang mengaktifkan diri cuma kadang-kadang terasa juga penat, aku rehat la.
Ok..seperti biasa sampai je di KMC aku serahkan buku laporan checkup pada assistant gynae tu. Lepas tu bagi sample airkencing, timbang dan ambil tekanan darah.
Alhamdulillah semuanya ok. Aku pun duduk sebelah hubby menunggu giliran. Langsung tiada rasa bedebar-debar dan aku planning dengan hubby jumaat dan sabtu aku nak MC
sebab aku dah tak larat nak layan kerenah bos aku tu yg tak sedar aku ni menunggu masa. Hubby pun setuju. Memandangkan
aku jarang MC..hubby suruh aku mintak saja mc dengan Dr.Sue (gynae KMC aku tu). Tiba giliran aku di panggil..
dan dr.sue memberitahu kandungan ku berusia 39minggu. dr sue ada tanya pasa kontraksi yang aku rasa atau sebarang cairan keluar.
Aku mengatakan tiada apa-apa yg di sebutkan olehnya terjadi kat aku. Dan aku di suruh baring utk scan pula. dr sue sahkan air ketuban aku sikit. 5ml la mcm tu…sikitnya.
dr sue kata kalau 3ml paras bahaya..8ml selamat dan 5ml tu selalunya dia nak monitor jantung baby..lepas tu dr sue nasihatkan aku bersalin secara induce dan mereka aim to normal bersalin..
aku pandang hubby…aku tanya lagi “jadi saya kene warded ke ni”..dr sue tanya barang baby semua dah prepare..atau aku nak tunggu sehari dua..kalau tunggu takut bahaya pula..so hubby pun serahkan
apa yg terbaik buat doktor…INDUCE DAN WARDED petang ni juga. Waaaaa baby nak keluar esok… :)
Aku buat CTG sementara tunggu ward di kemaskan..

1830hrs
aku di arahkan tinggal di ward dan dr sue datang untuk memasukkan ubat induce di bawah tu..adeihh peritnye..huhuhuhh….hubby tengok je..lepas je nurse dan dr sue blah aku nangis…nangis sebab sakit..dan fikiran aku
terbayang esok mesti lagi sakit…hubby tanya kenapa aku sedih..aku cakap aku sakit…huhuhu…hubby pujuk dan fikirkan ammar yang comel ni akan keluar besok..boleh cium dia..terus aku tenang.
hubby pun excuse kat aku nak balik ambil barang dan semayang serta mandi sekali.tinggallah aku sorang-sorang di wad.nak msg semua org h/p aku habis bateri..takleh on…
aku rasa hubby dah bgtau semua org2 penting yg aku bakal bersalin esok harinya…aku pun layan je la tv dlm ward tu sampai la hubby dtg…nak tidur pun tak lalu…
kesan ubat tu aku masih belum rasa…lambatnye..perut dah lapar..memandangkan aku warded pun dah petang..so makanan untuk aku tak di sediakan untuk mlm tu..hubby ajak aku turun makan di luar..

2100hrs
Aku telefon mak abah di kl utk mohon maaf dan halalkan makan minum..sempat juga aku mohon maaf pada adik-beradik ku yang lain..
aku telefon mil pula untuk tujuan yang sama..dahhh mil nangis pulak dah..dia tanya aku kenapa aku merepek yg bukan-bukan…apa la..aku cakap la kat dia aku nak dia redha dengan aku
supaya aku mudah bersalin esok..takda hutang apa-apa ngan dia…

21 July 2006

0005hrs
Sakitnya perut aku rasa..agak-agak ini kot kontraksi yang terhasil dari ubat induce tu..nurse datang monitor jantung baby…masa tu juga dia cek jalan. arggh ..peritnye..sama perit macam siang tadi dr sue buat..cuma yg aku rasa dr sue buat
slow slow..tp nurse india nih buat kasar-kasar plak…adeihh….siap perli aku lak katanya esok bersalin lagi sakit dr yang ni…sikit pun tak patahkan semangat aku..tiba-tiba aku rasa makin kerap pulak sakit tu..masa tu nurse masih lagi monitor
jantung baby…nurse tanya aku samada aku perlu suntikan tahan sakit atau tak..aku cakap aku nak la sebab aku takleh tidur kalau macam ni sakitnya..
aku di cucuk di bahagian atas punggung dekat dengan pinggang rasanya..nurse pun blah..hubby minta izin aku isap rokok di bawah..aku cuma boleh angguk kepala je sebab kesan suntikan tahan
sakit tu buat aku mengantuk..

0300hrs
Ntah bila aku tak sedar pun hubby naik tau-tau tengok dia tertidur di kerusi sebelah katil aku..sian aku tengok dia tidur dalam keadaan tak selesa tu..
aku panggil dia baring sebelah aku dan aku nak peluk dia..baru 10minit nurse datang buat monitor jantung baby dan tanyakan tentang sakit kontraksi yg aku
alami..aku cakap kurang sikit..mungkin kesan ubat tahan sakit tu..nurse tu blah je aku suruh hubby sambung tidurnye di seblah aku. Sian tengok dia.Aku pula tak boleh tidur sebab ubat tahan sakit tu dah makin kurang.

0600hrs
Sampai la ke subuh aku cuma boleh tidur-tidur ayam je. Hubby nak balik rumah mandi dan sembahyang subuh memandangkan hubby tak bawa pakaian lebih. sempat aku berpesan pada dia supaya doakan aku mudah bersalin..dan pagi tu juga tak putus-putus aku
mohon kemaafan dan keredaan darinya..hubby mengangguk dan kiss pipi aku je.hubyy…….

0700hrs
aku siap-siap mandi dan buang air macam biasa. Aku jamah sarapan yang di sediakan. Hubby pun sampai tak lama lepas tu. Dia kata dia belum sarapan dan nak pegi sarapan di bawah tu je. aku suruh dia cepat balik sebab aku takut..
Dr.sue datang cek aku..tanya aku dah buang air atau belum..dan dia beritahu pukul 9.00 aku akan masuk labour room. Sakit kontraksi makin kerap di rasa..setiap 10 minit mesti terasa…adeih..mana hubby ni…hubby sampai ..aku nak minum air kembang fatimah
yang mekar betul kembangnye sejak mlm tadi. aku tak banyak bersembang dengan hubby dan hubby pun faham untuk beri aku ruang bertafakur dan membaca ayat-ayat yang patut..cuma yang aku plg kerap ulang doa dalam perut ikan paus tu…tak henti-henti mulut aku kumat kamit..

0900hrs
Tiada nurse datang panggil aku pun..sakit kontraksi tadi masih teratur aku rasakan. aku minum air kembang fatimah yg di beri oleh hubby…dan sambung berbaring di katil..tenangkan fikiran dan masih lagi membaca apa-apa yang patut..

1100hrs
Nurse memanggil aku untuk ke labour room…sakit kontraksi semakin kerap pula..memulas-mulas..kali ni dr suea pecahkan pulak ketuban aku..terasa meleleh panas keluar dr situ..aku tgk glove dr sue ada darah hhuhuhuhuh…
rasanya macam tak lama lagi aku akan lahirkan ammar..kali ni sakit dia aku dpt rasa selang 2 minit…jantung ammar semakin tak laju dah..bukan lemah..bila aku sakit jantng dia mcm lemah..tapi bila hilang jantung dia laju balik..aku makin tak tahan dan aku mintak nak teran juga..
rasa macam nak buang air besar pun ada..menggigil aku tahan…dr sue pun ok je..

1230hrs – 1327hrs
Sepanjang masa ni aku berperang meneran ammar…dengan rasa mengantuknye di sebabkan ubat tahan sakit tadi..lepas tu tekak aku pulak rasa sejuk sebab di lekatkan apa ntah kat hidung aku tu..bila tarik nafas rasa sejuk je..oksijen kot..
waktu ni yang terlintas kat hati aku doa dlm perut ikan paus dgn petua dan nasihat kawan-kawan supaya teran bila sakit..ada sekali aku rasa tak sakit aku berhenti meneran dan dr sue pun galakkan aku teran bila sakit betul..masa aku tunggu sakit tu aku rasa nak tidur..hubby kejutkan aku..
dan sekali lagi adeih..kontraksi bercampur rasa nak teran…teran sekali dr sue bagitau ammar dah keluar kepala..sekali lagi aku teran…dah tengah-tengah…dan teran yang penghabisan…ummpphhhhh…….keluarla ammar tepat jam 1.27tgh waktu org tengah sembahyang jumaat..ammar tak nangis..aku risau dah..dr sue usik..ammar bukak mata terus uwaaaaaaaaa….terus dr sue
bagi ammar kat aku..aku pandang hubby…hubby senyum dan aku rasa mcm tak percaya…Alhamdulillah…aku selamat..ammar pun selamat..ammar la bie..putihnye dia..nurse yg sambut ammar pun puji ammar putih..

1400hrs
aku masih lemah untuk susukan ammar..lagipun susu aku belum ada lagi..aku beri pada nurse untuk di mandikan..semantara dr sue jahitkan luka…aku sembang dgn hubby pasal ammar…hubby nak azankan ammar dan suapkan air zam zam dan madu ke mulutnya…sementara tu aku masih berbaring di labour room keletihan dan mengantuk..aku peratikan nurse yang sedang mencuci uri ammar dan membalutkannya kain putih..
aku minta nurse simpan dulu uri dalam peti ais bila discharge baru ambil..nurse menurut je…hubby datang bawa ammar…bulatnye mata dia…hubby sibuk bercerita waktu dia azankan ammar, dia tenung je muka hubby…sampai hubby segan nak azankan dia..tiba-tiba nurse dtg ke labour room kelam kabut..rupanya dia cari ammar heheheh…hubby pulak main dukung je..patut bawak sekali la dengan basinet tu..hehehe…
aku ada kekuatan sikit untuk pulang semula ke ward..maybe aku tinggal sehari lagi..sebab keadaan aku masih lemah..aku mengantuk sgt jadi aku tertidur..hubby la yang melayan ammar kat nursery..bukan aku tak excited..aku tak tahan dgn ubat tahan sakit tu yg buat aku rasa mengantuk..ammar pun tidur je..aku rasa dia pun tersampuk sama…heheheh

Pengalaman bersalin..takda epidural, tak topeng gas, takda vaccum, takda forsep. Cuma suntikan tahan sakit di pinggang.

Selepas 2 jam Ammar di lahirkan, heheh mulut comot muak susu.
Photobucket - Video and Image Hosting



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.