From The Dekstop of MakCikPC®

July 2006 archive

Aku yang menghitung masa…

Hari nie genap usia baby dalam perut 37minggu lebih. Bila-bila masa sahaja aku boleh di hantar ke hospital. Jika kehendak Yang Maha Kuasa inginkan aku bersalin sekarang. Sekarang jugak la aku bersalin. Kun Faya Kun….
Perasaan nebes giler toksah cakapla. Puas jugak bie pujuk tapi jauh di sudut hati Tuhan saja yang tahu betapa nebesnye aku. Semalam aku tak larat nak pergi keje. Betis kiri sakit yang amat. Tapi malam tu tak pula aku cramp ke apa..agaknye kekalahan France dah kebuduhan Zidane menawarkan diri menerima kad merah membuatkan betis aku sakit agaknye. Ada kene mengena ke? Walaumacamna pun aku galakkan diri supaya jangan terlalu manja. Petang semalam ajak hubby makan kat luar walaupun dalam keadaan cuti kecemasan, cari air kelapa. Ikut petua orang-orang lama. Cari air zam-zam dan beli minyak itam keta. Malam pulak aku buat mee goreng untuk hubby. Dalam keadaan membawa perut yang semakin ke bawah dan terasa amatlah berat aku gagahkan juga melakukan kerja-kerja tu semua. Lagi aku rehat lagi aku rasa sakit. Patut la selama ni aku tengok orang mengandung sarat dok tampung perut dengan tangan. Rupanya berat tak larat nak bawa sendiri. Bila aku jalan tampung perut dengan tangan aku rasa selesa sikit. Baru aku tahu betapa susahnya masa mak mengandungkan aku. Ntah-ntah dalam berat-berat tu aku lak kat dalam bukan main nakal menendang perut emak.
Semua persediaan ke hospital aku dah ketepikan dan letak di tempat yang mudah bie capai. Cuma benda terakhir yang aku nak buat ialah mintak ampun dengan mak abah adik beradik semua sekali dengan family in law aku. Dengan bie tak jemu2 aku mintak maaf dan mintak keredhaan darinya.


Kongsi Cerita

Aku jatuh lagi…uhuhuhuh..jatuh kat hati goku aku

Di manakah pemandangan terindah di dunia?
Puas ku cari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu

Dengan setiap renungan
Terpesona ku rasakan
Dengan setiap belaianmu hati makin tersentuh

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Dalam berjuta-jutaan lagu
Tiada satupun dapat menenteramkan kalbu
Melainkan bila kau menyebut
Ke telinga bahawa kau juga sayang padaku

Dengan setiap lafaz kata
Harapan makin menyinar
Untuk kita bersama membina hidup bahagia

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Ku rasa setuah-tuah manusia
Nikmati hidup dengan wanita yang ku cinta

Kongsi Cerita

Brazil Ntah Apa Apa Ntah

Photobucket - Video and Image Hosting

Tension aku tengok quarter final brazil kalah 0-1 di tangan France yang tak konsisten tu. Tak berbaloi langsung. Penat je berjaga. Ronaldinho pun macam tak main je. Aku rasa baik tukar dia je ganti adriano awal2. Biar Kaka, Ronaldo, Robinho dgn Adriano yang main. Aku harap France kalah dengan Portugal semi-final ni. Harap Zidane je la…..



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.