From The Dekstop of MakCikPC®

June 2006 archive

We're The Champion!!!

Musim bola!!!!…
Sapa yang korang rasa layak menjadi champion world cup nih?
Since aku pun tengah layan game dalam perut ni. Makin nak dekat final makin banyak pula baby buat training. Kalau dulu “dia” ikut tidur sekali tapi sekarang ni malam pun dia kick!. Takpe baby..teruskan menendang lebih 10 kali dalam 12 jam. Ummi tak risau. Muah kat kaki baby. Alamak tak sampai la mulut aku nak pi perut. Layan lagu tema bola di bawah nih.

Kongsi Cerita

The Fast and the Furious: Tokyo Drift

Starring:
Lucas Black, Shad ‘Bow Wow’ Gregory Moss, Sung Kang, Brian Tee, Nathalie Kelley

Sean Boswell (Lucas Black) is a hot-headed, underdog street racer who runs afoul of the police. To avoid jail time, Sean is sent to live with his gruff, estranged father, a career military-man stationed in Tokyo. He finds action when a fellow American, Twinkie (Shad ‘Bow Wow’ Gregory Moss), introduces him to the underground world of drift racing. On his first time out drifting, Sean unknowingly takes on D.K. (Brian Tee), the “Drift King,” a local champ with ties to the Japanese crime machine Yakuza. But when Sean falls for D.K.’s girlfriend, Neela (Nathalie Kelley), an explosive series of events is set into motion.

Semalam layan movie ni dengan hubby. Apa-apa mengenai kereta cute-cute ni memang faveret aku dengan hubby. Mula-mula tak minat pun cuma layan saja apa yang hubby cerita. Lama-kelamaan suka pula ambil tahu. Ok balik semula cerita tentang Tokyo Drift ni. Apa yang kita tau drift ni race yang jenis layan korner tu. Tarik hand brake. Aku pun tak pandai sangat tapi antara race drag dengan drift aku suka drift lagi. Tapi hancus la tayar erk..nak-nak pakai rim 17″ tu habis la sekali race je kene tukar tayar. Dah la tayar tu mahal. Ok kembalik balik pasal citer tokyo drift ni. Aku boleh bagi 4 bintang je sebab jalan cerita dia tak pelbagai. Macam cerita KL Menjerit tu la. Nama pun action film so banyak aksi dari cerita la. Tapi bow wow cute sangat dalam citer ni. Hehehehehe… Sayang tengok evo calar balar di buat dek hero filem ni ..yerla mat salleh US sana mana layan drift ni. Jepun je yang terrer. Sekali buat drift habis semua dinding dia belasah..dengan orang-orang kat tepi pun tempias. Fuh. Takyah cakap banyak la bak kata farah fauzana.. layan!!!!

Kongsi Cerita

First Anniversary!! 11 Jun 2006

Hubby,
Dulu masa kita bertunang kita jauh sangat kan. Hubby di Kuantan Honey di KL. ..teringat masa tu nee cemburu sangat dengan kawan-kawan yang pasangannya masing-masing dekat di mata. Balik kerja ambil pergi kerja hantar. Nee? Sorang-sorang jalan pergi LRT, balik kerja pun sorang-sorang. Bila hujung minggu diorang tengok wayang dan window shopping bersama, tapi nee tido dan main pc game. Sekali kita jumpa sekejap betul masa jalan.

Tapi sekarang hari-hari kita jumpa. Tutup mata nampak bie bukak mata esoknya nampak bie lagi. Nee pun dapat merasa bie hantar dan ambil nee balik kerja. Dan semua tu berlaku dah setahun pun kan?

Walaupun sepanjang setahun kita bergelar suami isteri macam-macam yang telah kita hadapai ibarat pasang surut nya air laut. Walaupun selalu tenang kadang-kadang bergelora juga. Semua itu mengajar kita memahami antara satu sama lain.

Pada hari bermakna ini, nee ucapkan selamat hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama. Apa yang selalunya seorang isteri mengharapkan dari suami ialah isteri sentiasa berada di dalam hati suami, tiada orang lain. Begitu juga nee, nee mahukan hanya nee sahaja yang bertakhta di hati bie selama-lamannya sehingga nee hembuskan nafas terakhir di pangkuan bie. (Nee rela pergi dulu dengan keredhaan bie)

Semakin hari aku rasalah
Kita macam makin serasi
Kau rasa tak?

Semakin hari semakin serasi
Bagai pagi dengan sinar matahari
Bagai malam dengan kerdipan bintang yang berseri

Terlintas saja hati belum ku luahkan
Kau dah pun tahu bagai tiada lagi rahsia
Antara diri kita berdua

Semakin hari semakin serasi
Bagai gelora dan laut air dan tasik
Tak dicemari bagai puncak dan lembah lereng dan titi

Terguris saja hati belum ku tangis ku
Dah kau belai seperti sakit ku ini
Kau yang terasa jiwa kita serupa

Kita bagai satu permata
Terbelah bercantum semula
Hingga langsung tiada terlihat garisnya
Pemisah halus rambut dibelah halus

Kita bagai satu jiwa
Yang bercerai terpatri kembali
Hingga langsung tiada terlihat lainnya
Di dalam hanya ada kekasih hati

Kekasih hati ku



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.