From The Dekstop of MakCikPC®

Resepi Bubur Bayi 6-7 bulan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,

Kalau entri yang lepas makcik tulis ringkas je kisah bubur bayi , tapi kali ni makcik detailkan ye seiring perkembangan Ariq. Ariq skrg dah hampir 7 bulan. Masa umur dia mencecah 6 bulan makcik mula kenalkan dia dengan makanan pejal ataupun bubur.

Memandangkan komen-komen di entri bubur bayi yang lepas nampak mcm-mcm kemusyikilannya. Ok kali ni makcik share untuk yang 6-7 bulan pertama dulu ye.

Untuk permulaan makanan pejal makcik akan buat bubur nasi kosong je. Tanpa apa-apa campuran bagi mevariasikan rasa dan tekstur kerana bayi waktu ini baru mengenal makanan pejal yang masuk dan kena pada tunas rasa lidah bayi,.

Resepi Bubur Pertama Bayi 6 bulan

Sejemput beras ( dicuci bersih)

Air bersih – 2 cawan

Cara-cara:-

Beras di campur dengan air dan dimasak di atas api yang sederhana. (makcikpakai rice cooker) Biar kan nasi kembang dan lembut.

Kisar nasi yang telah di masak. Kisar halus. Suapkan ke mulut bayi.

Untuk waktu ini, saya beri dia mkn 3 kali sehari.setiap kali waktu makan jumlah potion adalah anggaran 2-3 sudu besar. Suap kemulut bayi menggunakan sudu dan mangkuk khas untuk baby. Semua alatan yang digunakan untuk menyuap bayi perlu disteril.

Gambar di bawah untuk bubur yang dah ditambah dengan lobak merah.Bubur seperti ni saya beri pada Ariq sekarang yang sudah hampiur mencecah usia 7 bulan,

 

 

Kongsi Cerita

6 bulan lulus Diploma Penyusuan Ekslusif

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,

Sudah 6 bulan saya berjaya menyusukan Ariq sepenuhnya. Walaupun terpaksa beri susu ibu yang dibekukan bila Ariq tinggal di taska. Tapi apabila saya berada dirumah dengannya saya beri dia susu segar la. Salah satu cara ransangan untuk memperbanyakkan susu.

Saya tak buat stok EBM (Expressed Breast Milk) banyak-banyak sampai perlu beli deep freezer. Stok saya cukup untuk cover seminggu sahaja iaitu waktu-waktu kecemasan. Saya selesa dengan cara begini. Ariq pun sudah 6 bulan dan sudah mula dengan makanan pejal. Susu sekarang sebahagian dari pemakanannya. Sehari saya akan membuat stok dalam 10oz sehari.

Ariq sejak berumu 6 bulan ni sudah pandai mengengsot macam askar. Percubaan untuk diri nampak bersungguh Ariq lakukan. Tak pernah pula cuba untuk rangsang dia belajar duduk.

Layan pic Ariq bersama abang dan kakaknya. Serabut sikit mereka bertiga. Maklumla dah ada kawan jadi keadaan diorang masa bermain jadi comot la.

Kongsi Cerita

Dalam Kenangan…

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,

Lama tak menjenguk rumah ni. Perasaan “sepi” sedang melanda saya. Sehingga sekarang masih terngiang-ngiang 3 bulan terakhir dia “membuat perangai”. Saya langsung tak terfikir tentang itu rupanya dia “membuat perangai”. Hanya Al-Fatihah mengiringi pemergiannya. Damailah dikau disana……

Abah dalam kenangan…

01.12.1939 ~ 03.03.2012

Pic abah bersama Ammar. Raya 2011 terakhir bersama kami.

Kongsi Cerita

Valentine’s Day Suck!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,

Sorry..sgt benci ok dengan Valentine Day….ari tu nampak ada promotion hotel..bilik murah sempena Valentine Day.Untuk apa tu semua?Untuk suami isteri?Ok la fine suami isteri nak berubah taste. Abis tu remaja-remaja tak amik kesempatan ke? Jahanam!!!!

Semoga budaya kuning dan tak senonoh ni dijauhi dari jiwa anak-anak ku. Sama-sama menerap kehidupan budaya Rasullullah S.A.W yang indah itu.

Kongsi Cerita

Sudah 31

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,

Kalau orang lain takut betul nak tayang nombor umur. Makcik tak kisah tayang pun. Stendet “makcik-makcik”  katakan. Tak tau nak wish kepada diri sendiri sepena hari lahir ni. Cuma rasa setiap tahun sudah ada hadiah terbaik iaitu keluarga tersayang. Setiap tahun berharap keluarga ini masih lengkap seperti tahun-tahun sebelumnya cuma sizenye sahaja berubah. Moga tahun hadapan kita sekeluarga masih bersama. Amin….



Related Posts with Thumbnails

Kongsi Cerita
 
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.